Jumaat, 20 Februari 2009

SIVAKUMAR VS DR ZAMBRY ABDUL KADIR




Speaker: MB Perak Enggan Ambil Tindakan Secara Melulu
By: Ramjit-->IPOH, 20 Feb (Bernama) --




Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri tidak mahu mengambil tindakan melulu berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar yang menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN.


Beliau juga mengulangi akan menggunakan saluran undang-undang sedia ada bagi menyelesaikan kemelut berkenaan."Kita akan mengikut saluran undang-undang yang ada. Kita tidak mahu bertindak (melulu) seperti mereka, jadi kita akan serahkan kepada undang- undang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Yusuf, Rapat Setia di sini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bila beliau dan Exco terlibat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan Sivakumar itu.Mengenai kenyataan presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang mengatakan keputusan penggantungan terhadap beliau dan enam Exco berkenaan tidak boleh dicabar di mahkamah, Zambry menyifatkan ia hanya satu pandangan."Banyak dan pelbagai lagi pandangan yang dapat dilihat hari ini, apapun saya tidak mahu diseret dalam persoalan ini kerana yang penting saya meneruskan tanggungjawab sebagai menteri besar yang dilantik dan diperkenan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah," katanya.


Dalam perkembangan lain, Zambry kesal dan kecewa terhadap pihak tertentu yang melemparkan pandangan hina dan rendah terhadap institusi mufti dan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria.Beliau berkata rakyat sepatutnya tidak terjerumus dalam polemik sehingga menyebabkan peribadi mufti yang mulia dicemarkan dan institusi mufti tidak dihormati.


Beliau menegaskan bahawa pandangan Harussani sebagai seorang mufti sepatutnya menjadi pandangan yang dihormati oleh semua pihak."Saya ingin sebutkan di sini adakalanya kita di peringkat kerajaan negeri Barisan Nasional sendiri ditegur oleh (Datuk Seri) Harussani. Jadi apabila beliau membuat teguran itu tidak bermakna beliau tidak suka dengan sesuatu tetapi beliau menegur dan bercakap mengenai kebenaran berdasarkan hukum-hakam."Sebab itu apabila beliau menegur, kita tidak akan melenting, mengkritik dengan keras dan tidak menghormati beliau dan pandangannya," katanya.

270,000 rakyat Malaysia sakit jiwa
KUALA LUMPUR -
Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri, Prof Dr Mohammad Hussain Habil. Beliau berkata, kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.
Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata, kemajuan dalam bidang sains perubatan, skizofernia boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal. Beliau berkata, jika penyakit dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.
Menurutnya, adalah penting mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas.
Penyakit ini tidak semestinya disebabkan keturunan, tetapi adalah lebih akibat daripada perubahan kimia dalam sel-sel otak dan ia tidak hanya terbatas dalam kumpulan etnik tertentu atau kepercayaan. Mohammad menasihatkan ibu bapa mengawasi simptom berkaitan kerana penyakit ini dilihat ketara dalam kalangan remaja.

2 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

salam dari otai

Pak Pelandok berkata...

JIKA MASIH TAK HABIS-HABIS PROTES DAN BERPOLITIKING......MAKNANYA DERHAKA, TAK HORMAT DAN TAK MENGAKU MENJADI RAKYAT SULTAN PERAK LA TU......

APA LA NAK JADI DENGAN RAKYAT DI MALAYSIA NI....
NAK KENA STUDY BALIK PERLEMBAGAAN....RUKUN NEGARA DAN KENA BAGI KESEDARAN SIVIK LA PULA KEPADA MEREKA-MEREKA YG MENGAKU JADI PEMIMPIN NI....