Ahad, 28 Februari 2010

MAULID RASULLULLAH SAW


MAULID MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH

SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM

Ya Nabi Ya Rasul. Detik terindah dalam sejarah hidup manusia. Ya nabi, kau datang bawa Rahmat dan Cahaya pada seluruh alam. Kau bawa kasih sayang cinta dan kalam kebenaran.

Ya Rasul, salam dan selawat ke atasmu. Salam Maulidur Rasul terhadap umat Islam seluruh dunia

Apakah dia nas atau pun dalil yang terdapat didalam Al-Quran dan As-sunnah mengenai sambutan Maulid (kelahiran) Rasulullah (s.a.w)? Apakah pendapat para Imam dan Ulama keempat-empat Mazhab? Apa pula pendapat ulama zaman sekarang, yang menggelarkan diri mereka "salafi"? Mereka menghalangnya kerana menganggap sambutan Maulid itu bida'ah antara mereka ialah Albani, Bin Baz, al-Jaza'iri, Mashhur Salman, 'Uthaymin. Bagaimana pula mereka yang berpendapat tidak perlu berdiri setelah selesai membaca rangkaian selawat, darud dan puji-pujian semasa penghujung majlis Maulid - walaupun mereka meraikannya? Ada pula yang menolak untuk mengucap "Assalamu'alaika Ya Rasulullah" (s.a.w) dan tanggapan mereka bahawa kita tidak boleh menyeru Rasulullah dengan perkataan "Ya" ataupun "Oh"

Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w).

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Nabi (s.a.w) menyambut Hari-hari Bersejarah

Nabi (s.a.w), biasanya menghubungkaitkan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain ini, "Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadith ini merupakan hadith yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut ('Ashura) dan hari sebelumnya.

Allah Berfiman," Berselawatlah Kamu Kepada Nabi"

Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.

AaMIN... SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN.

Selasa, 16 Februari 2010

murai oh murai


Burung murai bawa tuah kepada Siong
PENGKALAN KUBOR - Siapa sangka burung murai batu hadiah dari kawannya tiga tahun lalu membawa tuah kepada Siong apabila burungnya itu sering mendapat nombor satu setiap kali menyertai pertandingan. Siong atau nama sebenarnya, Lim Choon Siong, 48, antara peserta pertandingan burung murai batu dan burung murai kampung anjuran Persatuan burung murai Pantai Geting dengan kerjasama Pusat Khidmat Rak-yat (BN) Pengkalan Kubor yang disertai 200 peserta dari seluruh Kelantan. Siong muncul juara kategori burung murai batu manakala juara burung murai kampung disandang oleh Nazarudin Nor, 35 dari Kubang Golok, Bachok yang tidak kurang hebatnya apabila lebih 10 kali burung murainya muncul juara. Siong berkata, walau pun pertandingan burung hanya popular di kalangan orang Melayu, tetapi baginya itu bukan sesuatu yang pelik sekiranya kaum Cina turut berminat dalam dunia ini. “Lagipun saya sejak dari kecil lagi berkawan dengan orang Melayu dan dari kecil juga sudah meminati memelihara burung dan pantang sahaja ada burung dalam semak, mahu ditangkapnya,” katanya. Menurutnya, hobinya ini tidak sia-sia kerana burung murai batu yang diberi nama MU ini tidak menghampakannya apabila lebih lima kali muncul juara. Katanya, dia menjaganya sejak tiga tahun yang lalu dan kerana kemerduan suaranya, dia pernah mendapat sebuah motosikal apabila muncul juara dalam satu pertandingan. “Ini hadiah daripada seorang kawan dan untuk menjaga kemerduan suaranya, ia dimandikan hari-hari serta diberi makan cengkerik,” katanya yang mendapat hadiah sebuah televisyen 15 inci. Menurutnya, walau pun ada yang menawarkan harga yang tinggi, namun dia tidak berminat untuk menjualnya kerana MU ini sebahagian daripada hidupnya. “Saya tidak akan menjualkan kepada sesiapa walau pun harga yang ditawarkan nanti beribu-ribu ringgit sekali pun,” katanya yang merupakan enjen insurans yang mempunyai dua ekor burung murai batu. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar menyampaikan hadiah barangan elektrik kepada pemenang pertandingan burung murai di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat (BN) Pengkalan Kubor bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud kamaruddin.

Isnin, 15 Februari 2010

Warga Tua e-kasih dan angguk murai


Pengkalan kubor-14 Febuari 2010 bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Dun Pengkalan Kubor (Gelanggang Futsal Pejabat Dato Di) diadakan pertandingan burung murai dan merbok pada jam 9 pagi. Seramai 200 orang peminat burung murai menyertai pertandingan tersebut.

Sementara di luar pejabat Dato Di, berkumpul seramai 500 orang warga tua (senarai e-kasih) menerima bantuan daripada YB Dato Noor Zahidi Adun Pengkalan Kubor.



Wakil rakyat BN, walaupun cuti tetap meneruskan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat. Bukan sahaja warga emas masyarakat Melayu tetapi Masyarakat Siam turut serta diberi bantuan. Sementara wakil rakyat PAS hanya pandai berceramah dan menjanjikan royalti minyak yang belum tentu dapat dinikmati oleh pengundinya.



Tumpat merupakan daerah yang dikategorikan sebagai jajahan yang kedua mempunyai penduduk miskin tegar dimana mengikut statistik e-kasih seramai 1175 ketua isi rumah miskin. Sesuailah slogan 1 Malaysia rakyat Didahulukan menjadi platform wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat.




Sabtu, 6 Februari 2010

SEBAHAGIAN PENDAPAT YG DIBAHASKAN DLM FACEBOOK




Afandi Yusoff
Mari kita debat tentang Hukum Hudud, Pas janji akan laksana hukum hudud kpd org Islam shj jika memerintah negara, manakala org bukan Islam dikecualikan drp hukum hudud, yakni org bukan Islam akan diadili dgn undang2 CIVIL. apakah hukum Islam yg sebenar dlm sebuah Daulah Islamiah? mari pakat bg hujjah..
Mat "Had" atau "Hudud" itu dalam pengertian istilahnya yang asal ialah "Keseksaan" yang mempunyai dua ciri penting. Pertama ia merupakan keseksaan-keseksaan yang rigid bentuknya dan tidak boleh berubah atau diubah-ubah oleh hakim atau pemerintah kerana semua aspek didalamnya telah ditentukan sendiri secara rigid oleh syarak, dan kedua, ianya dikenakan bagi tujuan menjamin hak-hak Allah atau dengan katalain boleh disebut sebagai kepentingan awam.
Rozaki Bakar setuju boss
Sekretariat Misi Cakna Palestin SDra Afandi kan baik kalau saudara pelawa atau ajak kawan-kawan sdra pergi sertai sembahyang hajat di Stadium Sulatan Mohamed IV Kota Bharu, hari Khamis malam Jumaat ni bersama Yang Teramat Mulia Pemangku Sultan Kelantan kemudian pada 28hb. January ni ke tempat yg sama mendengar Ucapan Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah mengenai Royalty Minyak .
Paparan Lanjutadalah Hak Milik Negeri Kelantan bukan Wang Ihsan, ada baiknya juga drp memperkatakan perkara2 yg dah basi. Haaaa kemudian sdara cadangkan supaya sdra d masukkan dalam senarai pendebat mengenai isu ni yg akan d adakan pada 13/02/2010 d balai Islam, Kota Bahru. Haa a baru lelaki namanya (blm boleh d iktiraf sebagai pejuang lagi tau.
Azizzuddin Hussein berpendapat tidak perlu debat lagi sebab Pas sudah meninggalkan rancangan perlaksanaan hukum Hudud kerana mereka sebenarnya tahu tidak dapat hendak dilaksanakan di Malaysia kerana composisi wakil Parlimen yang tidak 100% memihak kepada perlaksanaan kerana pelbagai bangsa dan agama. Hanya bahan kempen putar belit mereka untuk meraih undi daripada ... Paparan Lanjutpengundi yang tidak faham dengan Perlembagaan Negara. Kesimpulannya merugikan masa sahaja berdebat, lebih baik kita cari tajuk lain seperti macam manakah caranya untuk kita Umat Islam/Melayu menguasai kuasa ekonomi di tanah air kita ini, kita sensitif sangat dengan Hudud tapi masih ramai dikalangan kita yang nak makan pun susah!!!
Harubiru Ska Nak istihar negara islam pun,,kena langkah mayat karpal singh..pas dah tak bising dah,,UMNO Lak dok ... dok buat peer
Suharto Abdullah sdr azizzudin kenapa perlaksaan hudud ni nak suruh PAS buat adakah orang2 umno tidak menganut agama islam ? sepatut nya umno lah mendahului dari PAs kerana telah perintah malaysia selama 53thn tolong jelaskan utz pendi , jwp guna otak atah palo deh..
Harubiru Ska Pas adalah satu parti yang bagus..semua yang dibuatnyeer cukup bagus...yang tak bagus tu,,umno tak lehh nak jalankan hudud kerana pernah dikafir,, 3 jam yang lalu Ahwie Jibril Slyness eloklah hudud..dari mahkamah kita yg hodoh skrg ni...heh.heh.. 2 jam yang lalu Suharto Abdullah mana ustaz pendi ni , senyap g mana 2 jam yang lalu Afandi Hussin
Zariman Mustapa Dah ada 33 comment, penganjurnya mana? Kalau kawe la....x rela ore lain duk kubang d wall kawe.... 2 jam yang lalu Rozaki Bakar pendpt azizuddin tu memang betul dan tepat, sb pas nak guna isu tu utk tarik org dlm pr. pah tu dok belit hak tula jah, pening rakyat jelata, 2 jam yang lalu Mohamad Rasdi Mat Sebelum kita mengkritik dan memberi pandangan haruslah kita melapik perdebatan kita dengan ilmu. Kerana kata-kata tanpa ilmu diibaratkan membelah kayu api diatas kaki sendiri. Menurut Imam Syafie, setiap pandangan itu mesti berdasarkan atas ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan itu datangnya dari Tuhan yang menciptakan 2 jam yang lalu Harubiru Ska Nak ilmu!!!!!! berguru dengan syaitan
Rozaki Bakar peduli la, hentam je, pah tu, kita pakat pikir la mana tau jupo satu kesimpulan hak comel. dok gitu ustaz. tp lagu mano pun ust kena gak jwb sblm tutup tirai. 2 jam yang lalu Harubiru Ska Tabik la ustaz...nanti kita minum teh tarik kat pwtc..saya tahu ustaz leh jawab,,walaupun kita berbeza politik tapi kita kawan..
Nur Azley Stanley PAS perlu sedar perlaksanaan ISLAM yg dibawa sudah mula tersasar, buktinya apabila seorg ulama boleh jatuhkan hukum terhadap manusia antaranya mengkafirkan org & tentukan siapa ke syurga & neraka. PAS kata mereka pegang pada Quran & sunnah tp sy rasa Rasulallah sendiri tk pernah jatuhkan hukum terhadap seseorg kerna yakin ALLAH itu MAHA Mengetahui... Paparan Lanjut...sbb itu Rasulallah sanggup terus menyuapkan makanan pada sang yahudi buta walaupun dicaci, dihina & dikeji....mulianya sifat Rasulallah utk kita jadikan pedoman....namun ulama yg dikatakan mewarisi sifat para-para nabi tidak sedemikian....jadi sunnah sapa yg ulama PAS bawa sy tk pasti.
Rozaki Bakar pas x apa dia blh buat hukum sendiri, kalau kena kat dia, cari pula hujah utk lepas diri, so pas akan sentiasa betul, yang tu menyebabkan rakyat pening. sekali buleh skali tak leh. ikut selera dia. kalau semua sedar perkara ni, sy rasa ... tp itu la ore pas dia akan terima apa yg bos dia kata, telan bulat bulat hijau sampai kedlm perut 2 jam yang lalu Mohamad Rasdi Mat Belajar dengan syaitan itu, tidak didapati sahih dari segi sanadnya (jalur riwayat), tapi ia sahih dari segi maknanya (bagi mereka yang melihat dengan hati yang cerah dan bersikap terbuka).
Mohamad Rasdi Mat Dalam menyeru kepada menegakkan agama diatas keredhaan Allah Taala dengan melaksanakan agama Islam yang syumul (menyeluruh) ini dalam segala perspektif, kita harus berfikir sejenak (lebih lama lebih baik) jika terdapat lubang-lubang kelemahan dalam idea untuk mengaplikasikan Hukum Hudud ini.
Ashiq Ashiqsamad afandi ni x baca al-quran ker berkenaan dengan hukum ni.....patut lah masa berhujah kat kelantan tu pakai hukum akal bukan ilmu......
Mohd Zambri Abd Khalid Muhammad Fazli: awak tak cakap lagi baik. tak nampak lah sangat bodoh. Tak pernah dengar konsep federalisme ke?
Mohamad Rasdi Mat Adalah penting jika kita memastikan sebelum Hukum Hudud dilaksanakan, kita mengukur sejauh mana Islamiknya umat kita ni. Adakah mereka menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang utuh dan patuh pada ajaran agama? Apakah dari segi akhlak, perlakuan, pemikiran serta pertuturan menunjukkan identiti Islam yang diakui?
Muslihin Muhammad Ada debat yang sengaja diadakan demi untuk menunjukkan pendebat hebat berdebat, tapi hasilnya menang sorak kampung tergadai 2 jam yang lalu Sulaimi Abu Bakar mengapa umno tak nak laksankan hukum hudud.dah lama merdeka tapi takut nak laksanakan hudud.mengapa? lebih kurang sejam yang lalu Mohamad Rasdi Mat Daripada menyeru kepada Hukum Hudud, mengapa tidak kita menyeru kepada perlaksanaan cara hidup Islam (Ad-deen) yang lebih utuh dengan harapan kita bukanlah hanya sebuah Negara Islam yang dikenali dari segi material. Agar kita dapat menarik lebih ramai manusia melihat betapa Indah dan syumulnya agama suci Allah ini dimana setiap kalimah Quran membuktikan keesaan (satu dan yang tiada sekutu buatNya) dan kebesaranNya dan bukan menakut-nakutkan mereka dengan keadilan yang disalah interpretasikan.
Ab Halim Ismail Buat apa bincang pasal hudud yg PAS nak jalan. Buang masa kerana memang PAS tak nak laksanakannya pun. Itu kan janji utk dapat undi org Melayu saje. Skrg ni PAS tak kisah undi Melayu dah sbb bagi mereka Melayu dah lama mereka tarbiah utk jadi pengikut fanatik mereka. Skrg PAS nak jaga undi bukan Melayu je. Mana ada hudud2 lagi.
Sulaimi Abu Bakar kalau pas tak laksanakan hukum hudud kita pakat2 sokong umnola.mungkin umno akan laksanakan hukum hudud nanti lebih kurang sejam yang lalu Ab Halim Ismail UMNO telah menaikkan taraf mahkamah syariah. Taraf mahkamah syariah skrg sgt jauh berbeza dgn semasa kita merdeka dulu. Hakim2 Syariah kita sgt berwibawa berbanding dahulu. Insya' Allah Hukum Hudud akan terlaksana nanti jika semua prasarana dan kemampuan kita tersedia. Tetapi kalau anda harapkan jawapan seperti inlaksanakan Hukum Hudud sebelum ayam berkokok " Itu saya rasa tak dapatlah.
Ab Halim Ismail Hukum Islam tidak hanya hudud
Raja Othman Hudud adalah satu drp beberapa byk hukum Allah ke atas umat Islam.di Malaysia HUDUD inilah Hukum Allah yg belum dpt dilaksanakn sdgkn byk sudah dlm bidang lain yg sudah dilaksanakn.Sebab2hudud tidak dlaksanakn ialh krn byk perkara yg TIDAK MAMPU dn bukannya tidak mahu.Pertama Muslim tidak punya kemampuan tenaga pakar perundangan unt menyusun semula menjadi undang2 negara yg brtepatan dgn kehendak keadilan hukum hudud Allah yg sebenar.kedua..
Azizzuddin Hussein bersetuju dgn MRM...Islam Ad-deen, lebih penting dalam kehidupanharian kita umat Islam. Saudara SA & SAB, sejak >50tahun Islam yg ada di Malaysia ini adalah yg dilaksanakan oleh UMNO & tak perlulah kita besarkan perkara yg sekiranya UMNO & Pas Bergabung pun masih tidak mencukupi untuk mendapat >2/3 undi untuk melaksanakan Hudud di Negara kita. Lupa..
boleh buat! Jadi kerajaan BN yg di terajui UMNO akan melaksanakan Hudud bila tiba masanya, insyaAllah, dengan kata lain UMNO menguna otak atah palo, meminjam kata-kata saudara SA. Cuba baca pelembagaan kita akan tahulah cara2 sesuatu Rang Undang/Enakment di luluskan sebagai latar belakang kepada hujah kita, tapi sekiranya nak berhujah cara kedai kopi apakan daya...Yg penting tengok-tengoklah saudara-saudara Islam kita yg miskin & perlu bantuan, masih ramai lagi!
Sulaimi Abu Bakar mcm mana pula dengan bnyk hiburan dlm negara kita sekrng ni.smua benda dengan hiburn.sambut merdeka dngan hiburan, tahun bru dengan hiburan.artis2 seksi2 lak tu.menteri2 pun ada sma.macam menggalakkan jer. negara islam mmg mcm ni ker
Azizzuddin Hussein Saudara SAB, sya bersetuju. Tapi dengar kata di Mesir, sebuah negara Islam yang majoriti rakyat Islam pun ada juga hiburan2 ni, Mesir juga adalah tempat melahirkan Ustaz2 di Al Azahar, apa komen tuan?
Ab Halim Ismail Masalah mmg ada di mana2. Hanya org gila saja yg tiada masalah. Mari lah kita bersama2 menanganinya. Zaman Nabi yg terbaik dalam sejarah itu pun ada yg buat salah. Ada yg berzina, ada yg mencuri. Begitulah manusia. Nilai tak sama antara satu sama lain. Ini bukanlah saya nak excuse. tapi kita kena realistik. Kalau kita bersatu sudah pasti negara kita akan lebih baik dari skrg. Saya pasti. Insya' Allah.
Sulaimi Abu Bakar kalau perkara bertentangan dengan islam buat apa kita ikut.kita lihat islam berdasarkan al-quran dan sunnah.bukan lihat negara lain.tidak kira negara dari mana pun kalau pemimpin mentadbir menyimpang dari islam tetap salah.
Azizzuddin Hussein setuju lagi dengan saudara SAB, agaknya yg pemimpin dari kalangan alim ulamak dosanya amat besar...sama2lah kita berdoa agar negara kita di lindungi & di berkati ALLAH s.w.t
Raja Othman kedua..ketidakmampuan tenaga pakar
hakim syarie bagi menepati 15 syarat menjadi hakim membicarakan kes-kes hudud seperti kehendak Islam.Hakim sahajalah yg boleh menjamin sah atau tidaknya sesuatu perbicaraan di mahkamah syariah dan ketiga..
• Raja Othman ketiga..Jikalau kedua2 kemampuan di atas tidak mampu dimiliki maka sudah tentu berlaku spt mana"Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993Kelantan(Hudud PAS):,byk peruntukan yg bercanggah dgn HUDUD ALLAH yg sebenar.Sekaligus ianya mencemarkn keunggulan Hudud Islam.HUDUD yg asal tidak boleh dipinda mengikut selera sendiri;apatah lagi amat malang jikalau berlaku proses hudud dibuat dgn penuh kegelojohan dan tergopoh-gapah untk kepentingan politik semasa ianya mengkhainati hukum Allah itu sendiri. 44 minit yang lalu • Sulaimi Abu Bakar saudara AH, mengapa saudara mengatakan pemimpin alim ulamak dosa besar.pemimpin bukan alim ulamak dosa kecil ker.bagaimana pula pemimpin yang menggalakkan pertumbuhan pusat2 judi,pusat hiburan.bagaimana pula pemimpin yang membiar sahaja isteri dan anak2 tidak menutup aurat.dosa kecilkah mereka?
Azizzuddin Hussein Saudara SAB sila rujuk penjelasan Raja Othman supaya saudara faham sikit tentang Hudud. Sya belum ke Kedah sejak di tadbir ole Kjaan PAS, masih ada lagi ke pusat hiburan, kedai judi, kelab2 malam di sana? 37 minit yang lalu DrZainudin Awang Sebenarnya PAS yg bercakap pasal Hukum Hudud pun sudah meninggalkan perjuangan ini sejak bersekongkol dgn DAP dan PKR. Pemimpin PAS sendiri pun dah tak cakap pasal Hudud takut DAP dengar dan marah. Jadi tak perlu debat.
Anhar Mahyidin lapar nak berdebat nmpak 30 minit yang lalu Raja Othman adik kakak ambo belaka..wei..satu lagi iaitu yg ke4,sbgaimana ex YB AH katanya,satu lagi kemampuan yg sangat penting dalam sistem pemerintahan demokrasi ialah bilangan majority 2/3 ahli parlimen tujuan meminda perlembagaan negara bagi memasukkan hukum Allah yg muslim mukmin kehendaki supaya menjadi sebahagian ketetapan perlembagaan negara
Raja Othman ke lima..Kefahaman seluruh rakyat, lebih-lebih lagi muslim sendiri tentang keadilan hudud itu sendiri adalah penting bagi menjaga keselamatan negara agar tidak diancam kegelisahan dan penentangan.Oleh itu proses menyediakan segala kemampuan yg diperlukan mengikut kehendak Islam adalah merupakan prasyarat pelaksanaan hudud dan ini juga suatu langkah menuju pelaksanaan hukum Allah yang sepenuhnya secara beransur-ansur seperti kehendak Islam sendiri. WALLAHUAKLAM.
Azizzuddin Hussein Saudara RO, skiranya ada lagi nak guna isu Hudud ini pastinya nak putar belit untk mendapat Undi inilah kesimpulannya, harap jaguh2 penyokong Hudud tu biar faham latarbelakang dahulu...
Anhar Mahyidin paham apa aziz? nampak macam bijak jer
Azizzuddin Hussein saudara AM bukan soal bijak soal isu sebenar, bukan kah kita umat Islam menegak kebenaran, itu sahaja
Anhar Mahyidin ohh ok. saudara aziz.. elok benda sama umat ni bincang secara tertutup nanti org x faham baca.. intergriti org islam sendiri akan jatuh...
Azizzuddin Hussein sya setuju saudara, elok benar cuma apa yg sya beri pendapat tu adalah perkara sebenar bukan mainan isu...
DEMIKIAN ISU YG DIBAHASKAN DLM FACEBOOK YG SEMPAT DIRAKAMKAN.