Isnin, 13 Disember 2010

cerita pendek unt cikgu danial -fasilatator kat IPPTAR


There was a rich merchant who had 4 wives. He loved the 4th wife the most and adorned her with rich robes and treated her to delicacies. He took great care of her and gave her nothing but the best.

He also loved the 3rd wife very much. He's very proud of her and always wanted to show off her to his friends. However, the merchant is always in great fear that she might run away with some other men.

He too, loved his 2nd wife. She is a very considerate person, always patient and in fact is the merchant's confidante. Whenever the merchant faced some problems, he always turned to his 2nd wife and she would always help him out and tide him through difficult times.

Now, the merchant's 1st wife is a very loyal partner and has made great contributions in maintaining his wealth and business as well as taking care of the household. However, the merchant did not love the first wife and although she loved him deeply, he hardly took notice of her.

One day, the merchant fell ill. Before long, he knew that he was going to die soon. He thought of his luxurious life and told himself, "Now I have 4 wives with me. But when I die, I'll be alone. How lonely I'll be!"

Thus, he asked the 4th wife, "I loved you most, endowed you with the finest clothing and showered great care over you. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?" "No way!" replied the 4th wife and she walked away without another word.

The answer cut like a sharp knife right into the merchant's heart. The sad merchant then asked the 3rd wife, "I have loved you so much for all my life. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?" "No!" replied the 3rd wife. "Life is so good over here! I'm going to remarry when you die!" The merchant's heart sank and turned cold.

He then asked the 2nd wife, "I always turned to you for help and you've always helped me out. Now I need your help again. When I die, will you follow me and keep me company?" "I'm sorry, I can't help you out this time!" replied the 2nd wife. "At the very most, I can only send you to your grave." The answer came like a bolt of thunder and the merchant was devastated.

Then a voice called out : "I'll leave with you. I'll follow you no matter where you go." The merchant looked up and there was his first wife. She was so skinny, almost like she suffered from malnutrition. Greatly grieved, the merchant said, "I should have taken much better care of you while I could have !"

Actually, we all have 4 wives in our lives

a. The 4th wife is our body. No matter how much time and effort we lavish in making it look good, it'll leave us when we die.

b. Our 3rd wife ? Our possessions, status and wealth. When we die, they all go to others.

c. The 2nd wife is our family and friends. No matter how close they had been there for us when we're alive, the furthest they can stay by us is up to the grave.

d. The 1st wife is in fact our soul, often neglected in our pursuit of material, wealth and sensual pleasure.

Guess what? It is actually the only thing that follows us wherever we go. Perhaps it's a good idea to cultivate and strengthen it now rather than to wait until we're on our deathbed to lament

Sabtu, 21 Ogos 2010

Ramadhan

Kedatangan Ramadhan sentiasa mengingatkan kita kepada kejayaan-kejayaan generasi Islam yang awal. Sebagai menggambarkan betapa kekuatan umat Islam yang sebenar adalah pada iman dan komitmennya terhadap perintah Allah, bulan Ramadhan terus menggagahi mereka untuk mara menempa kecemerlangan, sama ada dalam rangka usaha menyampaikan risalah Islam ke kawasan-kawasan baru, mahu pun mempertahan diri dari ancaman musuh dan penjajahan kufar.

Renungilah catatan-catatan di bawah, semoga pulih kembali semangat kita untuk bangkit mengibarkan panji Rasulullah SAW. Pada malam Lailatul Qadar, Allah SWT menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfudz ke Baitul ‘Izzah (Langit Pertama), Hal ini dijelaskan oleh firmanNya di dalam surah Al-Qadr. Ini berdasarkan keterangan Ibnu Abbas RA : “"Allah menurunkan Al-Quran Al-Karim keseluruhannya secara sekali gus dari Luh Mahfudz ke Baitul'Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW sesuai dengan konteks pelbagai peristiwa selama 23 tahun." Al-Quran seterusnya diturunkan buat kali pertama kepada junjungan mulia Rasulullah SAW oleh Jibrail AS pada bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Hijrah iaitu firman Allah SWT di dalam Surah Al-Alaq ayat 1-5. Pada tahun ke-3 sebelum Hijrah, Saidatina Khadijah RA telah kembali ke rahmatullah.

Manakala pada tahun 1H, Rasulullah SAW menghantar Hamzah bin Abd Muttalib RA bersama 30 orang pengiring ke Saif Al-Bahr menyiasat 300 tentera Quraish yang berhimpun di sana. Baginda juga telah memerintahkan supaya Masjid Dhirar yang dibina oleh kaum Munafiq dirobohkan. Pada tahun 2H, Zakat fitrah mula disyariatkan. 17 Ramadhan 2H Peperangan Badar Al-Kubra terjadi. Ia merupakan pertempuran besar-besaran pertama kaum muslimin menentang kufar. 5H persiapan dimulakan untuk menghadapi serangan yang kemudiannya berlaku pada bulan Syawal iaitu Peperangan Khandaq (Al-Ahzab). Pada tahun 6H, Zaid bin Harithah RA dihantar ke Wadi Al-Qura untuk bertemu dengan Fatimah bt Rabiah, permaisuri di kawasan berkenaan. Pihaknya telah merompak rombongan Zaid RA sebelum itu. Fatimah terbunuh di bulan Ramadhan semasa berhadapan dengan tentera muslimin ini. Ramadhan 7H pula, Ghalib bin Abdullah Al-Laithi RA mengepalai 130 gerombolan tentera Islam menentang Bani 'Awâl dan Bani 'Abd bin Tha'lbah. 10 Ramadhan 8H, Nabi SAW mula melancarkan tentera untuk membebaskan Mekah dari kekufuran dan syirik, ekoran dari pencabulan perjanjian Hudaibiyah. 20 Ramadhan tahun itu, Mekah akhirnya berjaya ditawan oleh tentera Nabi SAW. Peristiwa Futuh Al-Makkah ini memberikan anjakan paradigma kepada Islam dan kekuasaannya. Sejurus selepas itu, Baginda SAW mengutus beberapa kumpulan sahabat untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal pada masa itu. Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala al-‘Uza, Amr bin al-‘Ash merobohkan berhala Suwa’ dan Sa’d bin Zaid al-Asyhali merobohkan berhala al-Manat. Manakala pada bulan Ramadhan tahun 9H, Baginda SAW telah pulang bersama tentera Islam daripada Peperangan Tabuk yang berlangsung selama 50 hari. Ia merupakan peperangan terakhir yang disertai oleh Baginda SAW.

Delegasi Tsaqif kemudiannya bertemu dengan Nabi SAW sekembalinya Baginda SAW dari Tabuk dengan tujuan untuk menyatakan keIslaman mereka. Pada bulan itu juga Raja Himyar tiba di Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka. Mereka menjadi tetamu Baginda dan Baginda menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan ini merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan Islam. Pada tahun 10H, Baginda mengutus rombongan yang diketuai ‘Ali bin Abu Talib ke negeri Yaman dengan membawa bersamanya surat Baginda untuk penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan yang kesemua mereka memeluk Islam dalam satu hari. Ramadhan tahun itu juga Baginda SAW telah mengasingkan dirinya selama 20 hari, tidak 10 hari sebagaimana kebiasaan yang Baginda SAW lakukan pada Ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah petanda utama kembalinya Baginda SAW ke rahmatullah beberapa bulan berikutnya. Tahun 53H, pejuang Arab Islam telah berjaya menakluki pulau Rudes. 2 Ramadhan 2H, Al-Maghreeb Al-Awsath telah menerima Islam. 7 Ramadhan 89H, Daher King of Sind terbunuh. Pada tahun 91H, Pejuang Islam di bawah kepimpinan Tariq ibn Ziyad mula mendarat di Selatan Andalus. 28 Ramadhan 92H, Tariq bin Ziyad dan tenteranya dapat mengalahkan King Roderic of the Visigoths di dalam satu peperangan sengit. Pada 1 Ramadhan 114H, Peperangan Balat Asy-Syuhada berlaku. Ramadhan 132H, berakhirnya pemerintahan Bani Umaiyyah. Abu al ‘Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama. 6 Ramadhan 222H, merupakan tarikh pembukaan Islam di kawasan Amouriah. Universiti Al-Azhar telah siap dibina pada Ramadhan 361H. Salahuddin Al-Ayyubi berjaya membebaskan Palestin dan Syam amnya dari penguasaan tentera Salib pada Ramadhan 585H.

Tentera Islam pula telah berjaya mengalahkan tentera Perancis yang dipimpin oleh Louis the 9th. Louis telah dipenjarakan di Mansurah pada tahun 647H. 25 Ramadan 658H, Peperangan Ain Jalut berlaku. Saifuddin Al-Qatz berjaya mengalahkan tentera Tatar yang telah menghancurkan Baghdad daripada bergerak ke Mesir bagi menawan Kaherah. 14 Ramadhan 666H, kawasan Antakya yang menjadi pusat Kristian telah berjaya ditawan. Sesungguhnya masih banyak lagi cacatan mengenai peristiwa-peristiwa seumpama ini yang boleh dicatatkan, terutamanya di zaman pemerintahan Khilafah Othmaniyyah sendiri. Walau bagaimana pun, apabila penggunaan kalender Islam mengalami perubahan, catatan juga telah dilakukan dengan menggunakan taqwim yang berbeza

Selepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah pada tahun 1924, umat Islam secara rasminya mula menggunakan kalender Gregorian dan meninggalkan kalendar Islam mahu pun kalender Othmaniyyah sendiri. Namun Insya Allah, masalah ini boleh diatasi dengan usaha gigih kita untuk mengembalikan identiti Islam di dalam segenap aspek kehidupan, individu, keluarga, masyarakat mahu pun negara. Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadi pemangkin yang membarakan semangat jihad di dalam diri kita. Sesungguhnya mereka yang mati dalam keadaan tidak pernah berjihad atau memasang niat untuk berjihad, maka matinya adalah di atas salah satu cabang nifaq!

Selamat datang ya Ramadhan

Rabu, 11 Ogos 2010

Ibadah Di Bulan Ramadhan


Raja Othman, Ibadah Di Bulan Ramadhan

Ibadah Di Bulan Ramadhan
Kongsi

Muqaddimah
Islam merupakan ad-din yang syumul dan serasi dengan fitrah kejadian manusia. Kesyumulan dan keserasian ini dapat dilihat pada peraturan dan garis panduan yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah yang meliputi selutuh aspek kehidupan manusia sama ada tuntutan rohani, jasmani mahupun akli. Dalam melengkapi peredaran bulan mengelilingi bumi sebanyak 12 kali dalam tempoh satu tahun, Ramadhan telah ditentukan oleh Allah Ta’ala sebagai bulan suci untuk melatih hambaNya membersihkan jiwa dan mencapai ketakwaan melalui ibadah puasa. Oleh kerana tetamu yang mulia ini mengunjungi kita setahun sekali maka sudah pasti ada perkara-perkara yang kita terlupa mengenainya dan perlu mengulangkaji dan memperbaharui ingatan tersebut serta berusaha mendapatkan pedoman yang sewajarnya melalui majlis-majlis ilmu seumpama ini supaya dengan itu kita dapat menjalani ibadah tersebut dengan lebih sempurna berbanding tahun-tahun yang lalu, insyaAllah. Justeru itu kertas ini akan membincangkan tentang beberapa kemusykilan berkaitan ibadah yang sering timbul di kalangan umat Islam setiap kali menjelang Ramadhan dan Syawal. Pembentangan akan terus menjurus kepada isu yang dipilih. Mudah-mudahan pembentangan ini akan dapat memberi sedikit pedoman yang sewajarnya untuk dikongsi bersama.
1
Kemusykilan Sekitar Ibadah Puasa
1) Tidak sah puasa apabila sesorang lupa berniat puasa di malam hari hingga terbit fajar kerana ia adalah syarat sah puasa. Namun begitu dia masih diwajibkan imsak di siang hari dan wajib qadha.
2) Menurut Mazhab Syafie, niat puasa Ramadhan perlu dilakukan tiap-tiap hari sebagai syarat sah puasa. Namun begitu untuk lebih berhati-hati dan jika khuatir terlupa, maka digalakkan berniat puasa Ramadhan pada malam pertama Ramadhan dengan berniat puasa seluruh Ramadhan dengan mengikut pendapat Imam Malik.
3) Sah puasa jika makan dan minum (bersahur) selepas waktu imsak sehingga pasti terbit fajar (masuk waktu subuh) kerana permulaan puasa ialah bermula dengan terbit fajar sadiq. Namun begitu berhenti makan dan minum sebelum waktu imsak adalah afdhal kerana mengikut sunnah dan sebagai langkah berhati-hati dan bersedia mempersiapkan diri untuk memulakan ibadah puasa. Yang dimaksud dengan waktu Imsak adalah waktu untuk menahan diri dari melakukan perkara-pekara yang membatalkan puasa, maka sebaiknya kita berhenti makan ketika waktu Imsak telah masuk. Rasulullah SAW dalam satu riwayat yang sahih menyebutkan, baginda setelah sahur sempat membaca 50 ayat Quran kemudian baru masuk waktu azan Subuh. Ini membuktikan bahawa tidak makan sahur hingga sampai saat azan subuh berkumandang. Wallahu A'lam.
2
4) Sah puasa seseorang yang bersahur meluahkan makanan yang ada dalam mulutnya ketika terbit fajar (azan Subuh). Batal jika ditelan dengan sengaja.
5) Sah puasa seseorang yang berada dalam keadaan berhadath besar dan belum mandi ketika masuk waktu subuh. Makruh jika melewatkan mandi hadath besar hingga selepas terbit fajar.
6) Batal puasa jika menelan dengan sengaja sesuatu walau sebesar biji sawi atau sisa makanan di gigi.
7) Orang yang berpuasa tetapi melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat dengan sengaja seperti meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat, mengumpat, berbohong, menonton acara hiburan yang melalaikan, melihat, membaca atau berbicara tentang perkara yang menimbulkan syahwat secara langsung atau tidak seperti melalui telefon, sms, internet, televisyen dan sebagainya adalah sah tetapi dikhuatiri tidak diterima oleh Allah kerana mengurangkan atau menghilangkan pahala puasa. Puasa yang berfaedah dan diterima adalah puasa yang dapat mendidik jiwa dan mampu menggerakkan diri untuk mengerjakan kebaikan serta dapat membuahkan ketakwaan sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183)
3
8) Isu waktu berbuka puasa :
Hukum syara’ menetapkan bahawa waktu berbuka puasa adalah apabila terbenamnya keseluruhan bulatan matahari di ufuk barat (masuk waktu maghrib) tidak kira di mana seseorang itu berada. Penentuan terbenamnya matahari boleh diketahui melalui pandangan mata kasar atau kaedah perkiraan falak berdasarkan ukuran jam yang membentuk Kalender Waktu Berbuka Puasa/Imsak yang dipaparkan di akhbar, televisyen, laman web atau alat telekomunikasi. Pengumuman waktu berbuka lazimnya diketahui melalui laungan azan sama ada di masjid/surau atau di corong radio dan televisyen. Sumber maklumat yang pelbagai ini kadangkala menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai apabila berlaku perbezaan pengumuman waktu berbuka puasa. Orang yang berbuka puasa berdasarkan khabar yang diterimanya dari orang yang tidak adil bahwa waktu maghrib sudah masuk, tetapi sebetulnya waktu maghrib belum masuk, sedangkan ia mampu meneliti kebenaran khabar tersebut maka puasanya batal dan wajib ke atasnya qadha’.
Bagi mengelak daripada berlaku perkara ini dan mengatasi kekeliruan maka panduan berikut harus diikuti:
a) Jawatankuasa masjid hendaklah memastikan jam yang digunapakai sebagai rujukan di masjid/surau hendaklah tepat perkiraannya dengan membuat semakan dari masa ke semasa kepada pihak berkaitan. Sebaik-baiknya ada lebih dari sebuah jam dalam masjid/surau supaya boleh buat semakan dan mengesan perbezaan jika ada.
4
b) Muazzin yang bertugas hendaklah melaungkan azan tepat pada waktunya atau lewat sedikit dan jangan terawal.
c) Penduduk setempat hendaklah menyedari bahawa waktu berbuka puasa rasmi adalah berpandukan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Melaka. Penetapan waktu tersebut adalah berdasarkan perkiraan falak yang diperakukan dengan merujuk kepada titik rujukan paling barat iaitu Kg. Nelayan, Kuala Sungai Baru.
d) Pengumuman waktu berbuka puasa di radio Melaka.fm juga boleh dijadikan panduan kerana berpandukan jadual rasmi yang dibekalkan.
e) Bagi penduduk yang boleh melihat sendiri seluruh bulatan matahari terbenam di ufuk terutama yang tinggal di sebelah pantai barat, bolehlah menjadi ia sebagai panduan menentukan masuknya waktu berbuka puasa/maghrib.
9) Seseorang itu bolehlah memulai puasanya apabila dia telah melihat hilal atau anak bulan Ramadhan tidak kira di negara mana ia berada ketika itu. Kemudian seseorang itu boleh berbuka atau berhari raya ketika melihat hilal atau anak bulan Syawal walau di mana dia berada. Dalam sebuah hadis ada di jelaskan maksudnya: "Berpuasalah kamu kerana telah melihatnya (hilal Ramadhan) dan berbukalah kamu kerana telah melihatnya (hilal Syawal)". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
5
Jika awal puasa di Makkah bermula sehari lebih awal dari negara kita, maka seseorang yang berada di Makkah pada ketika itu wajib berpuasa kerana telah melihat anak bulan Ramadhan. Setelah beliau kembali ke tanah air maka ikutlah kaedah di sini iaitu jika diisytiharkan anak bulan Syawal telah kelihatan berdasarkan rukyah atau hisab maka berbukalah (menyambut hari raya). Tidak perlu dikira jumlah bilangan hari dia berpuasa sama ada kurang atau lebih dari 29 atau 30 hari lantaran proses pertukaran tempat, tetapi sebaliknya bersyukurlah atas rahmat yang Allah berikan itu. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sekiranya ummatku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan itu, sudah pasti mereka akan sentiasa mengharapkan agar semua bulan yang lain menjadi Ramadhan" (Maksud Hadis)
10) Tidak boleh berbuka dan berhari raya bagi orang yang memulakan puasa Ramadhan di Mekah lebih awal satu hari dari Malaysia, di mana apabila beliau balik, puasanya sudah cukup 30 hari dan penduduk di Malaysia masih berpuasa lagi. Dalam hal ini, dia hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia. Demikian juga jika seseorang pergi ke negara di mana telah lebih awal berpuasa Ramadhan berbanding Malaysia dan mereka berhari raya sedangkan beliau bepuasa baru 28 hari, maka wajib atasnya berbuka puasa dan berhari raya mengikut negara berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqadha'kannya kemudian.
6
11) Tidak harus memulai puasa Ramadhan atau mengakhirinya dengan mengikuti penduduk Mekah kerana kita tidak berada dalam satu matla’. Begitu juga tidak harus mengikuti negara yang berdekatan kecuali berada dalam satu matla’ dan mengikut keputusan pemerintah.
Berubat Ketika Puasa
1) Orang yang lelah (asma) ketika puasa dan terpaksa menyedut ubat gas ventolin inhaler ke dalam mulutnya sekadar perlu untuk mengelakkan kemudharatan yang boleh mengancam nyawa maka dibolehkan sebagai keringanan baginya dan tidak batal puasanya. Penggunaan dalam keadaan biasa bolek membatalkan puasa kerana cecair gas itu boleh terasa di kerongkongan.
2) Tiadak batal puasa orang yang menderma darah ketika berpuasa tetapi makruh, begitu juga berbekam.
3) Tidak batal puasa orang yang terpaksa mendapatkan suntikan daripada doctor bagi tujuan perubatan kerana darurah.
4) Batal puasa orang yang menjalani pemindahan darah atau memasukkan cecair gelukosa dan sebagainya ke dalam badan melalui suntikan pada urat kerana ‘ain benda itu akan masuk ke rongga perut dan mengalir ke seluruh tubuh badan serta menyebabkan rasa kenyang.
5) Tidak batal puasa orang yang memakai contact lens (kanta lekap) pada matanya.
7
6) Tidak batal puasa orang yang menitiskan cecair ubat mata pada mata ketika puasa kecuali jika diyakini cecair yang dititiskan itu terasa masuk sampai ke kerongkong dan ditelan, maka batal puasa. Tetapi jika diludahkan maka tidak membatalkan puasa.
Solat Tarawih
1) Mengerjakan solat tarawih secara berjemaah adalah afdhal daripada mengerjakannya bersendirian.
2) Bilangan rakaat solat tarawih beserta witir boleh dilakukan samada 11, 13 atau 23 rakaat kerana masing-masing ada hujjah tersendiri yang menyokong. Bahkan sebahagian kaum muslimin ada yan mengejakan lebih daripada itu menurut yang disanggupi kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menetapkan bilangan yang tertentu. Setiap kali seseorang itu membanyakkan bilangan rakaatnya kerana melaksanakan anjuran menghidupkan malam Ramadhan maka semakin banyak pula pahalanya. Namun begitu, menurut amalan kelaziman di negeri ini bagi memelihara keseragaman dan persefahaman serta mengimarahkan majid dan surau dengan qiyam Ramadhan, maka dianjurkan supaya melaksanakan 23 rakaat secara bejemaah. Hal ini tidak perlu dipanjangkan perbahasannya. Apa yang lebih penting solat tarawih dan witir dapat dilaksanakan dengan penuh ketenangan dan khusyu’ mudah-mudahan diterima oleh Allah Ta’ala dan mndapat ganjaran sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alahi wasallam yang bermaksud :
8
“Barangsiapa yang berdiri solat di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka ia akan diampuni dari dosa-dosa yang lalu”. (Maksud Hadis Riwayat Muslim)
3) Imam dan bilal yang memimpin solat tarawih hendaklah memastikan supaya bersederhana dalam solat dan ucapan salawat antara dua rakaat. Tidak terlalu lambat atau cepat. Dilakukan dengan khusyu’ dan tawadhu’ mudah-mudahan menjadi solat yang berkesan kepada jiwa setiap makmum bagi membentuk peribadi mulia.
4) Hadith yang menceritakan tentang kelebihan mengerjakan solat tarawih pada setiap malam yang kadang kala dibacakan sebelum memulakan solat tersebut atau disebarkan dengan tujuan untuk menggalakkan orang ramai beramal adalah hadith mawdhu’ (palsu). Oleh itu ia tidak boleh dihebahkan kerana merupakan suatu pendustaan terhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Lailatul Qadar / Malam 7 likur
1) Lailatul qadar dapat disaksikan oleh orang yang ikehendaki oleh Allah pada tiap-tiap tahun di dalam bulan Ramadhan.
2) Digalakkan bagi orang yang mengalami lailatul qadar menyembunyikan dan hendaklah berdoa dengan penuh
9
keikhlasan, baik yang behubungan dengan dunia ataupun akhirat.
3) Tidak ada kepastian yang yang jelas mengenai masa berlakunya lailatul qadar. Namun begitu Jumhur Ulama’ berpendapat ia berlaku pada malam yang ganjil daripada 10 akhir Ramadhan berdasarkan kepada petunjuk beberapa hadith sahih anataranya yang diriwayatkan oleh Bukhari dari ‘Aisyah bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam besabda yang bemaksud :
“Carilah dengan segala daya upaya malam lailatul qadar di malam-malam ganjil dari sepuluhan yang akhir dari bulan Ramadhan”.
4) Para Ulama’ berselisih pendapat tentang sama ada tanda-tanda lailatul qadar dapat dilihat oleh mereka yang memperolehinya atau tidak. Namun begitu kebanyakan Ulama’ berpendapat bahawa pahala ibadat diperolehi oleh orang yang beribadat pada malam itu seperti bertarawih, bertadarus, membaca al-Qur’an dan sebagainya meskipun tidak dapat melihat tanda-tandanya.
5) Amalan menyambut malam 7 likur dengan memasang pelita di halaman rumah kerana percaya bahawa roh-roh orang yang meninggal dunia akan kembali bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh syariat dan tiak berasas. Bagaimanapun ia hanyalah adat setempat yang diharuskan selagimana tidak bertujuan sedemikian, dilakukan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran. Yang dituntut melaksanakannya pada 10 terakhir Ramadhan adalah menghidupkan malamnya
10
dengan memperbanyakkan ibadat seperti solat sunat, membaca al-Qur’an, beriktikaf dan sebagainya.
Tadarus Al-Qur’an
1) Merupakan suatu sunnah yang digalakkan kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mudarasah al-Qur’an bersama Jibril a.s setiap tahun sekali dan melaksanakan yang demikian pada tahun kewafatan baginda sebanyak 2 kali.
2) Tadarus atau mudarasah al-Qur’an ini boleh dilakukan dengan sesama sendiri baik sebagai pengajar atau pelajar dan diwujudkan halaqah. Bagaimanapun amalan ini hendaklah dilakukan dengan menjaga adab-adabnya sperti membaca dengan tenang, hadir hati, menyedari kebesaran kalamullah, tadabbur, tartil dan sebagainya.
Zakat Fitrah
1) Kadar zakat fitrah di negeri Melaka ialah RM 4.50 seorang bagi tahun 1426H.
2) Boleh dibayar bermula masuknya 1 Ramadhan dan berakhir apabila terbenam matahari 1 Syawal. Waktu diwajibkan ialah apabila terbenam matahari masuk 1 Syawal dan waktu yang afdhal ialah pada pagi 1 Syawal (sebelum solat ‘idul fitri). Bagaimanpun, untuk mengelakkan daripada terlupa dan supaya fakir miskin dapat habuan mereka sebelum hari raya maka digalakkan agar apat disempurnakan awal.
11
3) Kewajipan zakat fitrah tidak gugur jika gagal dikeluarkan pada waktunya, sebaliknya ia tetap menjadi hutang yang wajib dibayar walaupun diakhir umur. Haram melambatkan zakat fitrah dengan sengaja hingga berkahir waktunya.
4) Wajib bayar fitrah kepada ‘amil sekiranya pihak pemerintah telah melantik ‘amil.
Tatacara menyambut ‘Idul Fitri
1) Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Sesungguhnya laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana hari raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
2) Pada pagi hari raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri dan bukan mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.
3) Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.
4) Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan sembahyang sunat hari raya.
12
5) Menunaikan sembahyang sunat hari raya secara berjemaah dan mendengar khutbah raya.
6) Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain.
7) ‘Idul fitri adalah suatu ibadat oleh itu jangan dicemari dengan aktiviti yang boleh merosakkannya seperti berfoya-foya, berpeleseran tanpa tujuan, menonton wayang, berpasang-pasangan dengan yang bukan muhrim, bergaul bebas lelaki dan wanita bukan muhrim dan sebagainya.
Amalan Ziarah Kubur
1) Amalan berziarah boleh mengingatkan seseorang kepada asal usul kejadian dan menyedarkan bahawa setiap yang hidup pasti akan mati bila tiba masanya. Ini boleh menimbulkan sifat zuhud iaitu tidak rakus dan tamak akan harta dunia kerana harta benda itu tidak dapat dibawa mati.
2) Sunatkan berwuduk terlebih dahulu, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat, bagi lelaki ataupun perempuan.
3) Sunatkan memberi salam kepada ahli kubur. Perbuatan memberi salam itu afdalnya dilakukan dalam keadaan kita berdiri di tepi perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi.
13
4) Sunat membaca Al-Quran seperti Surah Al-Ikhlas sebanyak sebelas kali atau membaca Surah Yaasiin dan pahala bacaan itu dihadiahkan kepada ahli kubur.
5) Sunat berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon ke hadrat Allah semoga roh ahli kubur dilimpahi dengan rahmat, keselamatan, keafiatan dan sebagainya. Setelah itu barulah merenjiskan air ke kubur berkenaan.
6) Sunat meletakkan pelepah daun atau bunga yang masih hijau di atas kubur iaitu sebagai ikutan daripada perbuatan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.
7) Haram untuk meratap ataupun memekik serta memukul pipi disebabkan oleh perasaan yang amat berdukacita di atas pemergian orang yang disayangi. Kita juga dilarang untuk bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah.
8) Makruh hukumnya jika kita duduk di atas kubur yakni bertepatan dengan kedudukan mayat di dalam kubur. Tetapi tidaklah dilarang jika duduk di sekitar atau di sekeliling kubur tersebut.
9) Haram melakukan perkara-perkara khurafat yang menjejaskan akidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah perkuburan dan yang seumpamanya.
14
10) Diharuskan membawa dan menabur bunga secara sederhana dan tidak membazir. Harus menjirus kubur dengan air bunga-bungaan jika dia berupaya dan bermaksud supaya para malaikat hadir kerana malaikat sangat suka kepada bau-bauan yang harum lagi bagus.
11) Haram menyerupai orang yahudi dan nasrani yang membawa kalungan atau jambangan bunga dan meletakkannya di sisi pusara meraka.
PENUTUP
Ramadhan ibarat sebuah madrasah atau sekolah yang ditentukan oleh Allah untuk mentarbiyah, melatih dan mendidik umat Islam agar dapat melahirkan insan bertakwa yang patuh tunduk kepada suruhan dan laranganNya. Bulan yang disediakan di dalamnya pelbagai bekalan untuk diambil sebanyak mungkin oleh para hambaNya yang beriman buat bekalan perjalanan di masa hadapan. Bulan unutk menyucikan diri dari kekotoran dosa dan memperbaharui diri dengan keimanan yang lebih kental guna menghadapi pelbagai ujian yang mendatang dalam bulan-bulan seterusnya. Beruntunglah jika kita dapat menggunakan kesempatan yang bakal tiba dengan sebaik-baiknya dan rugilah mereka yang mengabaikannya. Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.
Petikan dari Mufti Negeri Melaka.

Selasa, 22 Jun 2010

Sifat Sabar dan Berlemah-lembut adalah Sifat Terpuji


Sahabat yang dimuliakan,
Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Semua halangan-halangan ini sering dihadapi oleh para pendakwah, sehingga hemah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.

Siapakah yang layak menjadi pendakwah? Adakah hanya ulamak, ustaz atau ustazah sahaja layak menjadi para pendakwah? Sebenarnya semua kita layak menjadi pendakwah .Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya, “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.." (Hadis Riwayat Bukhari)

Kita perlu sampaikan kebenaran Islam walaupun satu ayat daripada ayat al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w.kepada isteri, suami, anak-anak, sahabat-sahabat, saudara-mara, rakan sekerja, jiran tetangga dan masyarakat semuanya. Menyampaikan kebenaran Islam ini adalah fardu ain kepada setiap Muslim.

Dari keterangan ini jelaslah tugas dan tanggungjawab seseorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya. Pendakwah akan menyampaikan dakwahnya kepada orang-orang jahil dan orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yang emosional (sensitif), orang yang mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah tersinggung.

Oleh yang demikian dia wajib menyampaikan dakwah kepada semua golongan itu sesuai dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka. Ia mestilah berusaha menguasai dan memasuki jiwa mereka seluruhnya. Semua ini sudah pasti memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan lemah-lembut. Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi menganjurkan dan mengarahkan agar seseorang pendakwah perlulah memiliki akhlak yang tinggi iaitu dengan sifat sabar, lemah-lembut dan berhati-hati.

Terdapat beberapa ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w yang memerentahkan kita supaya sentiasa bersabar, berlemah-lembut ketika kita berdakwah menyampaikan kebenaran Islam.

1. Firman Allah s.w.t. :

وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

Yang bermaksud:
"Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
(Surah Asy-Syura, Ayat: 43).

2. Firman Allah s.w.t. :

فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ

Yang bermaksud:
"Oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakan kamu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok."
(Surah Al-Hijr, Ayat: 85).

3. Firman Allah s.w.t. :

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
(Surah Az-Zumar, Ayat: 10).

4. Firman Allah s.w.t.

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ

Yang bermaksud:
"Dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?"
(Surah An-Nur, Ayat: 22).

5. Firman Allah s.w.t :

وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

Yang bermaksud:
"Dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."
(Surah Al-Furqaan, Ayat: 63).

Arahan-arahan dari hadis-hadis Nabi s.a.w.ialah:

1.Sabda Rasulullah s.a.w: yang bermaksud : "Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya".

2. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu."

3. Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud :
"Apabila Allah s.w.t menghimpunkan makhluk-Nya di hari kiamat, penyeru pada hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Apabila kami dizalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam Syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang beramal".

Contoh-contoh Praktikal Dari Nabi-nabi:

1. Anas r.a telah berkata: "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah memasuki sebuah masjid. Ia memakai kain selendang buatan Najran yang kasar buatannya. Tiba-tiba seorang Arab Badwi datang dari arah belakang baginda lalu menarik kain tersebut dari belakang sehingga meninggalkan kesan di leher baginda. Badwi tersebut berkata: "Wahai Muhammad, berikanlah kepada kami harta Allah yang ada di sisimu, lalu Rasulullah s.a.w berpaling kepadanya dengan wajah yang tersenyum dan baginda bersabda: "Perintahkan kepada yang berkenaan supaya berikan kepadanya."

2. Abu Hurairah menceritakan: "Bahawa seorang Arab Badwi telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Wahai Muhammad! Bawalah gandum ke atas dua ekor untaku, kerana kalau engkau buat begitu ia bukan harta engkau dan bukan juga harta bapa engkau". Kemudian dia menarik kain selendang Rasulullah s.a.w meninggalkan kesan kemerahan di leher baginda. Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya membawa kepada Badwi tersebut seguni gandum dan tamar."

3. Abu Hurairah r.a menceritakan: "Seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya saya mempunyai kaum kerabat yang selalu saya hubungi mereka tetapi mereka semua memutuskan hubungan dengan saya, saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya, saya berlemah-lembut dengan mereka tetapi mereka bersikap keras kepada saya". Lalu baginda bersabda: "Jika sekiranya engkau berbuat seperti yang engkau katakan seolah-olah engkau menjemukan mereka dan engkau tetap akan mendapat pertolongan dari Allah selama engkau berbuat demikian".

4. Pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang daripada Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Kamu dari Bani Abd. Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang". Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampir-hampir memenggal leher Yahudi itu, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: "Wahai Umar! Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayar dengan baik".

5. Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s bersama para pengikut setianya (Hawariyyun) menjelajah dari satu kampung ke satu kampung yang lain kerana berdakwah. Lalu di dalam dakwahnya itu dia bercakap kepada manusia dengan cara yang baik, sebaliknya mereka membalasnya dengan kata-kata yang buruk, kutukan dan maki-hamun. Para pengikut setia Nabi Isa merasa hairan terhadap tindakan itu lalu mereka bertanya tentang rahsia perbuatan sedemikian. Baginda berkata: "Setiap orang itu mengeluarkan (membelanjakan) apa yang ada padanya".

Sahabat yang dihormati,
Semua peristiwa di atas dan peristiwa lainnya menjadi bukti yang menguatkan lagi tuntutan ke atas para pendakwah supaya bersifat lemah-lembut, sabar dan berlapang dada khususnya apabila cabaran-cabaran yang menyakitkan itu datangnya dari kaum kerabat, sahabat handai, orang-orang yang dikasihi, teman-teman rapat dan saudara mara kerana sifat sabar , lemah-lembut dan berlapang dada itu akan menghasilkan kasih-sayang, kelembutan hati dan menghapuskan perpecahan serta perbezaan. Cukuplah seseorang pendakwah itu melakukan apa yang diredai oleh Allah.

Khamis, 8 April 2010

SIFAT RIYA'

Di dalam al-Qur’an dan hadis, terdapat celaan terhadap riya’, di antaranya melalui firman Allah Subbhanahu wa ta’ala (s.w.t.) berikut:“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya’ dan enggan (menolong dengan) barang berguna.” (al-Maa’uun, 107: 4-7)
Kata asal riya’ adalah dari kata ar-Ru’yah (melihat), orang yang riya’ memperlihatkan pada manusia untuk mendapatkan keuntungan dari sisi mereka, sehingga ia telah mendapat keuntungan peribadi dari amalannya di dunia.Ada pelbagai jenis riya’, dari segi bentuknya yang berbeza-beza, dan kesannya yang buruk.
Riya’ membatalkan amal, sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah. Allah s.w.t. berfirman:“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.
Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (al-Baqarah, 2: 264)
Nabi Shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.) bersabda,“Sesungguhnya yang paling aku takutkan pada kalian adalah syirik kecil, iaitu riya’. Allah akan berfirman pada hari kiamat ketika membalas amalan manusia: “Pergilah kepada orang-orang yang dulu kalian (berbuat) riya’ kepadanya, dan lihatlah, adakah kalian mendapatkan balasannya dari sisi mereka?” (Hadis Diriwayatkan oleh Ahmad, 5/428-429.
Dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah, 4135, dari hadis Mahmud bin Labid Radhiyallahu ‘anhu (r.a.) dengan sanad yang sahih bertepatan dengan syarat Muslim)“Mahukah aku khabarkan kepada kalian dengan perkara yang lebih aku takutkan menimpa kalian daripada al-Masih ad-Dajjal? Iaitu syirik tersembunyi, seseorang bangkit untuk melaksanakan solat, lalu ia memperbaiki (memperelok) solatnya kerana ia tahu ada seseorang yang memerhatikannya.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, 2604, dari Sa’id al-Khudri r.a.)Maka, seharusnya kita semua berhati-hatilah dari riya’ dan syirik tersembunyi ini kerana ia mampu menghapuskan amalan-amalan yang kita lakukan menjadikan ia sia-sia belaka dan tidak berguna di sisi Allah kelak.Bahaya Riya’Penyakit riya’ ini lebih bahaya dari dikejar oleh singa yang ganas, kerana ia menghilangkan nilai-nilai amalan kita. Ia boleh menghigapi sesiapa sahaja sama ada para ulama, ahli ibadah, mahu pun orang awam yang biasa.Perlu diketahui, syarat-syarat diterimanya amalan sekurang-kurangnya terbina dari tiga kriteria, iaitu dengan iman (Islam) dan aqidah yang benar, keduanya ikhlas kerana Allah, dan ketiganya mestilah dengan petunjuk dari al-Qur’an dan sunnah. Ini dapat diperhatikan pada dalil-dalil yang akan dibawakan, dan sebagaimana yang telah dibincangkan di dalam artikel (tulisan-tulisan) yang lalu. Silakan juga merujuk kepada artikel bertajuk “Syarat-Syarat Diterimanya Amalan”. Adapun sebahagian dalil-dalil berkenaan dengannya adalah seperti berikut,Allah s.w.t. berfirman,“Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Rabb-nya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan dengan seorang pun dalam beribadah kepadanya.” (al-Kahfi, 18: 110)“
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (al-Baiyinah, 98: 5)Allah meninggalkan orang yang berbuat Riya’, sebagaimana dalam hadis Nabi s.a.w.,“Allah ta’ala berfirman: “Aku sangat tidak memerlukan sekutu. Barangsiapa beramal dengan suatu amalan, dia menyekutukan selain Aku bersama-Ku pada amalan itu, Aku tinggalkan dia dan sekutunya. (Hadis Riwayat Muslim, no. 2985)“Barangsiapa mempelajari ilmu yang dengannya dicari wajah Allah ‘Azza wa Jalla, namun ia tidak mempelajarinya kecuali untuk meraih kesenangan dunia dengan ilmu itu, ia tidak akan mendapati aroma syurga pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Contoh-contoh Riya’1 – Menampakkan tubuh badan yang tidak sihat, pucat, merendah diri, merendahkan suara, atau seumpamanya dengan niat supaya dia kelihatan seperti orang yang tawaddhu’ dan ahli kebaikan.
2 – Sengaja mewujudkan bekas sujud pada wajahnya, memakai pakaian-pakaian ahli ibadah supaya dia dikenali sebagai orang yang baik-baik. Termasuk dalam hal ini, adalah dengan mengenakan pakaian yang hebat, lalu hatinya memperkecilkan orang lain yang memakai pakaian-pakaian yang biasa-biasa.
3 – Riya’ dengan perkataan iaitu dengan menampakkan kehebatannya dalam berbicara, kehebatannya dalam menghafal sekian jumlah ayat-ayat al-Qur’an serta hadis-hadis, menggerak-gerakkan bibir dalam berzikir ketika berada di hadapan khalayak ramai, mulutnya suka menghinakan orang lain dan meninggikan kelebihan dirinya bukan pada tempatnya, atau seumpamnanya.
4 – Menampakkan dan menceritakan amal-amal ibadahnya seperti solat-solat sunnah, puasa, haji, sedekah dan seumpamanya kepada orang lain.Adapun halnya, segala amalan itu bermula dengan niat. Jika ianya ikhlas, maka kita mendapat selaras apa yang sewajarnya.

Namun, jika keluar dari batasan ikhlas dan mencari tujuan yang lain-lain seperti mencari kebanggaan di depan manusia dan seumpamanya, maka akan hilanglah keikhlasan tersebut atas sebab niat yang tidak ikhlas kerana Allah s.w.t.Daripada Umar al-Khatthab, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan itu terjadi dengan niat, dan setiap orang mendapatkan apa yang diniatkannya. Sebagaimana seseorang yang berhijrah denan niat untuk mengahwini seorang wanita, maka dia mendapat dalam hijrah itu apa yang diniatkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab Wahyu, no. 1)

Isnin, 5 April 2010

Utusan Malaysia Online - Timur

Utusan Malaysia Online - Timur

DENGGI BERDARAH BOLEH MEMBAWA MAUT


Denggi berdarah boleh membawa maut
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAHadawiyah.koh@utusan.com.my
Nyamuk Aedes aktif melakukan gigitan pada pada waktu pagi dan senja.

MINGGU ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pelawak dan penyampai radio, Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih mesra dengan panggilan Din Beramboi. Sebelum ini, Din Beramboi dikatakan terkena penyakit bawaan bakteria air kencing tikus ketika menjalani penggambaran di Zoo Negara.
Bahkan deejay radio Era FM itu turut menghidapi penyakit denggi berdarah yang menyebabkan organ dalamnya gagal berfungsi dan menghadapi pendarahan dalaman.
Pihak hospital memaklumkan organ penting seperti buah pinggang dan hati gagal berfungsi. Darahnya juga telah menjadi masam dan dijangkiti kuman dan bertambah buruk apabila dia dijangkiti denggi berdarah.
Pada hari Jumaat yang lalu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan rapi (ICU), Hospital Selayang. Kejadian ini sedikit sebanyak menyedarkan kita tentang perlunya pengetahuan penyakit seperti denggi berdarah. Mungkin ramai antara kita yang sudah biasa mendengar tentang denggi namun ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Minggu ini kita bersama Pakar Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari untuk mengetahui lebih lanjut tentang denggi berdarah.
Apa itu denggi?
Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.
Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis serotype virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza.
Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu empat hingga lima hari pada tahap awal penyakit.
Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.
Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:
i) Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau breakbone fever.
ii) Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.
Tanda-tanda atau gejala:
1. Demam denggi klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.
2. Demam denggi berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:
Rawatan:
Rawatan demam denggi klasikal:
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.
Rawatan demam denggi berdarah:
Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
l Mudah lebam
l Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
l Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Selasa, 16 Mac 2010

KELEBIHAN MEKAH MUKARRAMAH



Kelebihan-kelebihan Mekah Mukarramah:
Allah Tabaraka Wa Taala menamakannya Ummul Qura berpandukan firman Nya:
Yang bermaksud: Supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk Ummul Qura (Mekah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya.

Ia juga dinamakan dengan al-Baladul Amin (negeri yang aman) di dalam firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud: Demi buah tin dan zaitun dan bukit Tur Sina serta negeri (Mekah) yang aman ini.

Juga firman Allah Taala:
Yang bermaksud: Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini; sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas). Di antara namanya juga ialah Baitul Atiq dimana Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman:
Yang bermaksud: Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
Firman Nya juga:
Yang bermaksud: Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal kehidupan).

Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah berdoa untuknya (Kaabah) dengan ucapannya:

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata:Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.
(Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (a.s.) berdoa dengan berkata:"Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga dia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.

Allah Taala berfirman:
Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidil Haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk serta sujud".

Allah berfirman melalui kata-kata Nabi Ibrahim a.s:
Yang bermaksud: (Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya). Ketika kaum Quraisy mengusir Rasulullah s.a.w, baginda telah berdiri di atas sebuah bukit sambil memandang ke arah Kota Mekah serta perkampungan-perkampungannya lalu berkata: Sesungguhnya aku mengetahui bahawa engkau adalah negeri yang aku amat kasihi dan engkau juga adalah tanah yang Allah amat kasihi. Sekiranya bukan kerana orang-orang musyrikin mengusir aku darimu tentu aku tidak akan keluar.
Terdapat riwayat di dalam dua kitab sahih: Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan negeri ini (Kota Mekah) sewaktu Dia menciptakan langit dan bumi, Allah mengharamkannya berterusan hingga ke hari Kiamat. Rasulullah s.a.w juga telah berdiri di Jamrah Aqabah pada tahun pembukaan Kota Mekah lalu bersabda: Demi Allah, sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik bumi Allah dan engkau juga adalah bumi Allah yang paling aku kasihi, sekiranya aku tidak diusir tentu aku tidak keluar, sesungguhnya dalam Kota Mekah tidak dihalalkan kepada sesiapapun sebelum aku, juga tidak dihalalkan kepada sesiapa selepasku dan aku sendiri hanya dihalalkan seketika sahaja pada waktu siang hari, kemudian ia diharamkan, pokok yang ada padanya tidak boleh ditebang atau mencabut tumbuhan kecil, barang yang hilang atau binatang yang sesat tidak boleh diambil kecuali orang yang ingin mengumumkannya. Mekah adalah merupakan Tanah Haram Allah dan Tanah Haram Rasulullah s.a.w di mana di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya di antaranya ialah)

Makam Nabi Ibrahim.
Zikir dan Doa:
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Ini HaramMu (tempat yang Engkau lindungi) dan tempat yang Engkau peliharakan. Haramkanlah aku terhadap Neraka dan peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau bangkitkan segala hamba-hambaMu dan jadikanlah aku dari golonganMu serta dari golongan orang-orang yang mentaatiMu.

Apabila memasuki Kota Mekah Rasulullah juga menyebut:
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau jadikan ajal aku di sana (Mekah) sehingga kami keluar darinya.Seboleh-bolehnya apabila terlihat Kota Mekah, orang yang berihram menyebut:

Yang bermaksud: Ya Allah! Kurniakan kepada aku di sini tempat tinggal yang tetap dan rezeki yang halal.
----->

Rabu, 10 Mac 2010

menghampiri jejaki tempat yg menjadi impianku selama ini







A. Pengertian Dan ketentuan Haji Dan Umrah
Kata Haji menurut bahasa artimya “Menyengaja”. Menurut istilah Haji berarti mengunjungi
Baitullah di Mekkah dengan niat melakukan Ibadah semata-mata karena Allah SWT. Dengan
syarat-syarat dan waktu yang sudah ditentukan.
Hukum Haji adalah “wajib” bagi orang Islam yang mampu sekali seumur hidup. Sebagaimana
Firman Allah SWT :

Artinya : “….Mengerjakan Haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu bagi orangorang
yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah”. (QS.Ali Imran : 97).
Syarat wajib melaksanakan ibadah haji.
1. Islam
2. Berakal Sehat
3. Baligh
4. Mampu (Istitha’ah) yaitu :
- Sehat Jasmani
- Ada bekal untuk biaya perjalanan dan untuk orang yang ditinggalkan
- Ada kendaraan
- Aman di perjalanannya.
- Bagi Wanita harus ada muhrim
Rukun dan Wajib Haji
Rukun Haji adalah : Segala sesuatu yang harus dikerjakan dalam ibadah Haji jika tidak
dilaksanakan maka ibadah Hajinya tidak syah. Oleh karena itu harus mengulang lagi pada waktu
Yang lain. Adapun yang termasuk rukun Haji adalah :
1. Ihram, yaitu yaitu mengerjakan ibadah haji dengan memakai pakaian Ihram
Yaitu dengan niat :

2. Wukuf, Yaitu berhenti di Arafah dimulai dari tergelincirnya mata hari tanggal 9 Zulhijjah
sampai terbenam matahari
3. Thawaf, Yaitu mengelilingi Ka’bah tuju kali putaran dimulai dari hajar Aswat dengan posisi
Ka’bah selalu berada di sebelah Kiri yang berthawaf.
4. Sa’I, Yaitu berlari-lari kecil dari Bukit Safa ke bukit Marwah sebanyak tuju kali.
5. Tahallul (memotong rambut) Yaitu melepaskan diri dari Ihram haji sesudah selesai
mengerjakan seluruh rangkaian ibadah Haji dengan cara mencukur rambut sekurangkurangnya
tiga helai rambut.
6. Tertib, artinya rukun haji secara berurutan dari awal sampai akhir.

Wajib haji adalah : segala sesuatu yang harus dikerjakan dalam ibadah Haji, apabila tidak
dilakukan atau tertinggal salah satu diantaranya, boleh diganti dengan Dam (denda) dan ibadah
Hajinya sah. Adapun termasuk wajib haji adalah :
1. Ihram dari Miqat. Miqat adalah batas waktu dan tempat yang sudah ditentukan untuk
berihram dengan niat ihram Haji.
2. Mabit di Muzdalifah,
3. Melempar tiga Jumrah yaitu jumrah Ula, Wustha dan Aqabah.
4. Mabit ( bermalam) di Mina.
5. Meninggalkan larangan-larangan Haji
6. Thawaf wada’ (thawaf perpisahan)
Selain Rukun dan Wajib haji, ada juga hal-hal yang disunatkan dalam pelaksanaan ibadah haji
yaitu :
1. Membaca talbiyah
2. Berdoa setelah membaca talbiyah
3. Berdzikir setelah thawaf
4. Masuk ke Ka’bah
5. Melaksanakan haji ifrad
Larangan pada waktu Haji :
1. Larangan jama’ah haji laki-laki :
a. Memakai pakaian yang berjahit
b. Memakai tutup kepala.
2. Larangan Jama’ah Haji perempuan :
a. Memakai tutup wajah
b. Memakai sarung tangan, jika larangan dilanggar ia wajib membayar dam (denda)
3. Larangan jama’ah laki-laki maupun perempuan
a. Memakai wangi-wangian
b. Mencukur rambut atau bulu dada
c. Memotong kuku
d. Menikah atau menikahkan atau menjadi wali nikah
e. Bersetubuh
f. Berburu atau membunuh Binatang liar dan halal dimakan
Dam Dan Jenis-Jenisnya
Dam adalah denda atau fidyah yang wajib dibayarkan karena beberapa sebab di dalam
menunaikan haji dan umrah.
Beberapa jenis dam (denda) :
1. Dam tamatu dan qiran, yaitu dengan cara menyembelih seekor kambing yang syah untuk
Qurban atau berpuasa sepuluh hari (tiga hari dilakukan sewaktu ihram dan tujuh hari
dilakukan setelah sampai di tanah air.
2. Dam karena mengerjakan salahsatu dari beberapa larangan haji, yaitu dengan cara melakukan
salah satu dari tiga pilihan (menyembelih seekor kambing yang syah untuk Qurban, puasa
tiga hari, atau bersedekah dengan 9,3 liter makanan)
3. Dam karena bersetubuh, yaitu dengan cara menyembelih seekor unta, atau sapi, atau tujuh
ekor kambing, atau memberi makanan seharga unta kepada fakir miskin di tanah haram,
kalau tidak sanggup juga maka diwajibkan berpuasa untuk setiap 1 mud makanan dari harga
unta itu berpuasa 1 hari.
4. Dam karena membunuh hewan buruan di tanah haram, yaitu dengan cara menyembelih
hewan jinak yang setara dengan hewan yang dibunuh, jika tidak mungkin boleh bersedekah
dengan makanan seharga hewan yang dibunuh, jika tidak mungkin juga boleh dengan
berpuasa dengan perhitungan tiap mud satu hari puasa.

5. Dam karena tidak bisa melanjutkan perjalanan ibadah haji (terhambat), maka bagi calon
jemaah haji seperti ini hendaklah ia tahalul dengan menyembelih seekor kambing di tempat ia
terhambat, dan mencukur atau memotong rambut kepalanya dengan niat tahalul.
Pengertian Umrah
Umrah disebut juga haji kecil, hukumnya adalah fardlu ain atas setiap muslim sekali dalam
seumur hidup sama halnya denga haji.
Firman Allah dalam Q.S Al Baqarah : 196

Artinya : Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah.
Syarat Umrah
Syarat Umrah sama dengan haji
Rukun Umrah
1. Ihram serta niat
2. Thawaf
3. Sa’i
4. Bercukur atau bergunting (tahalul)
5. Tertib

Wajib Ihram
1. Ihram dari Miqat
2. Menjauhi muharromat umrah (sama dengan muharromat haji)
Miqat dan Macam-macamnya
Dalam pelaksanaan ibadah haji dan umrah ada yang disebut miqat artinya batas atau ketentuan,
miqat ada dua yaitu :
1. Miqat Zamani (ketentuan waktu), untuk ibadah haji miqat zamaninya adalah awal bulan
syawal sampai dengan tanggal 10 Dzulhijjah. Sedangkan untuk umrah miqat zamaninya
sepanjang tahun
2. Miqat makani (ketentuan tempat), yaitu tempat dimana para jemaah melakukan ihram. Miqat
makani untuk haji sama dengan maiqat makani untuk umrah.
Hikmah Haji dan umrah
1. Menciptakan persatuan dan kesatuan
2. Menanamkan kesadaran untuk senantiasa ikhlash dalam memenuhi perintah Allah
3. Mengambil teladan dari pengalaman Adam, Hawa, Ibrahim, hajar, Ismail, dan perjuangan
Nabi SAW
4. Mensyukuri nikmat
B. Memperagakan pelaksanaan Haji dan Umrah
1. Macam-macam cara melakukan ibadah haji dan umrah
Cara melakuakan ibadah haji dapat dilakukan dengan salah satu cara dari tiga cara berikut
ini ;
a. Ifrad, yaitu mengerjakan haji dahulu kemudian mengerjakan umrah (cara ini tidak wajib
membayar dam)
b. Tamatu, yaitu mengerjakan umroh lebih dahulu kemudian mengerjakan haji (cara ini
wajib membayar dam)
c. Kiran, yaitu mengerjakan haji dan umrah bersama-sama dalam satu niat dan satu
pekerjaan sekaligus (cara ini wajib membayar dam)


2. Kegiatan yang Wajib dilakukan selama ibadah haji
a. bersuci, meliputi mandi dan wudlu
b. Ihram, dimulai dari miqat zamani dan makani dengan berpakaian ihram dan disunatkan
shalat sunat ihram dua rakaat
c. Niat Haji
d. Berangkat menuju arafah
e. Membaca talbiyah
f. Di Arafah pada tanggal 9 Zulhijjah melakukan wukuf
g. Menuju Muzdalifah sehabis maghrib
h. Di Muzdalifah pada tanggal 10 Zulhijjah melakukan mabit
i. Di Mina melakukan mabit dan melontar Jumroh
j. Kembali ke mekkah, melakukan Thawaf ifadah dan thawaf wada (pamitan)
3. Kegiatan yang dilakukan selama Umroh
a. Bersuci
b. Melakukan Ihram
c. Membaca Talbiyah
d. Masuk Mekah dan berdoa
e. Melihat Ka’bah
f. Melintasi maqam Ibrahim
g. Thawaf
h. Sa’I
i. Bercukur atau memotong Rambut (tahalul)

Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membangun Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya.
Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi
Ismail bekerjasama untuk melangsungkan pembangunan dengan mengangkut batu dari berbagai
gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih
merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku
letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan
sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril
a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi
Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau
menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu
(Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar
Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah
disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar
Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium
oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang.
Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat
diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan
oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah,
sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) :
"Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah
S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."
(dari : 1001 kisah teladan)

Ahad, 28 Februari 2010

MAULID RASULLULLAH SAW


MAULID MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH

SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM

Ya Nabi Ya Rasul. Detik terindah dalam sejarah hidup manusia. Ya nabi, kau datang bawa Rahmat dan Cahaya pada seluruh alam. Kau bawa kasih sayang cinta dan kalam kebenaran.

Ya Rasul, salam dan selawat ke atasmu. Salam Maulidur Rasul terhadap umat Islam seluruh dunia

Apakah dia nas atau pun dalil yang terdapat didalam Al-Quran dan As-sunnah mengenai sambutan Maulid (kelahiran) Rasulullah (s.a.w)? Apakah pendapat para Imam dan Ulama keempat-empat Mazhab? Apa pula pendapat ulama zaman sekarang, yang menggelarkan diri mereka "salafi"? Mereka menghalangnya kerana menganggap sambutan Maulid itu bida'ah antara mereka ialah Albani, Bin Baz, al-Jaza'iri, Mashhur Salman, 'Uthaymin. Bagaimana pula mereka yang berpendapat tidak perlu berdiri setelah selesai membaca rangkaian selawat, darud dan puji-pujian semasa penghujung majlis Maulid - walaupun mereka meraikannya? Ada pula yang menolak untuk mengucap "Assalamu'alaika Ya Rasulullah" (s.a.w) dan tanggapan mereka bahawa kita tidak boleh menyeru Rasulullah dengan perkataan "Ya" ataupun "Oh"

Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w).

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Nabi (s.a.w) menyambut Hari-hari Bersejarah

Nabi (s.a.w), biasanya menghubungkaitkan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain ini, "Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadith ini merupakan hadith yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut ('Ashura) dan hari sebelumnya.

Allah Berfiman," Berselawatlah Kamu Kepada Nabi"

Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.

AaMIN... SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN.

Selasa, 16 Februari 2010

murai oh murai


Burung murai bawa tuah kepada Siong
PENGKALAN KUBOR - Siapa sangka burung murai batu hadiah dari kawannya tiga tahun lalu membawa tuah kepada Siong apabila burungnya itu sering mendapat nombor satu setiap kali menyertai pertandingan. Siong atau nama sebenarnya, Lim Choon Siong, 48, antara peserta pertandingan burung murai batu dan burung murai kampung anjuran Persatuan burung murai Pantai Geting dengan kerjasama Pusat Khidmat Rak-yat (BN) Pengkalan Kubor yang disertai 200 peserta dari seluruh Kelantan. Siong muncul juara kategori burung murai batu manakala juara burung murai kampung disandang oleh Nazarudin Nor, 35 dari Kubang Golok, Bachok yang tidak kurang hebatnya apabila lebih 10 kali burung murainya muncul juara. Siong berkata, walau pun pertandingan burung hanya popular di kalangan orang Melayu, tetapi baginya itu bukan sesuatu yang pelik sekiranya kaum Cina turut berminat dalam dunia ini. “Lagipun saya sejak dari kecil lagi berkawan dengan orang Melayu dan dari kecil juga sudah meminati memelihara burung dan pantang sahaja ada burung dalam semak, mahu ditangkapnya,” katanya. Menurutnya, hobinya ini tidak sia-sia kerana burung murai batu yang diberi nama MU ini tidak menghampakannya apabila lebih lima kali muncul juara. Katanya, dia menjaganya sejak tiga tahun yang lalu dan kerana kemerduan suaranya, dia pernah mendapat sebuah motosikal apabila muncul juara dalam satu pertandingan. “Ini hadiah daripada seorang kawan dan untuk menjaga kemerduan suaranya, ia dimandikan hari-hari serta diberi makan cengkerik,” katanya yang mendapat hadiah sebuah televisyen 15 inci. Menurutnya, walau pun ada yang menawarkan harga yang tinggi, namun dia tidak berminat untuk menjualnya kerana MU ini sebahagian daripada hidupnya. “Saya tidak akan menjualkan kepada sesiapa walau pun harga yang ditawarkan nanti beribu-ribu ringgit sekali pun,” katanya yang merupakan enjen insurans yang mempunyai dua ekor burung murai batu. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar menyampaikan hadiah barangan elektrik kepada pemenang pertandingan burung murai di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat (BN) Pengkalan Kubor bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud kamaruddin.

Isnin, 15 Februari 2010

Warga Tua e-kasih dan angguk murai


Pengkalan kubor-14 Febuari 2010 bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Dun Pengkalan Kubor (Gelanggang Futsal Pejabat Dato Di) diadakan pertandingan burung murai dan merbok pada jam 9 pagi. Seramai 200 orang peminat burung murai menyertai pertandingan tersebut.

Sementara di luar pejabat Dato Di, berkumpul seramai 500 orang warga tua (senarai e-kasih) menerima bantuan daripada YB Dato Noor Zahidi Adun Pengkalan Kubor.



Wakil rakyat BN, walaupun cuti tetap meneruskan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat. Bukan sahaja warga emas masyarakat Melayu tetapi Masyarakat Siam turut serta diberi bantuan. Sementara wakil rakyat PAS hanya pandai berceramah dan menjanjikan royalti minyak yang belum tentu dapat dinikmati oleh pengundinya.



Tumpat merupakan daerah yang dikategorikan sebagai jajahan yang kedua mempunyai penduduk miskin tegar dimana mengikut statistik e-kasih seramai 1175 ketua isi rumah miskin. Sesuailah slogan 1 Malaysia rakyat Didahulukan menjadi platform wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat.