Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT DATANG 2010

"Sempena menyambut ketibaan 2010 ,marilah kita mendoakan perpaduan,keamanan dan kebahagiaan kepada negara.Jauhilah serta buang segala kekeruhan (segala yg negatif)dan tanamkan semangat persaudaraan 1 Malaysia yang teguh" itu lah luahan secara peribadi dariku untuk tatapan rakan blogger semua.

Dalam keghairahan dan keterujaan, kita semua berazam pada awal tahun baru ini maka kita janganlah lupa merenungbalik serta ingat semua apa yg kita azam pada tahun 2009 lalu yg tidak kesampaian atau yg tidak sempat ditunaikan.jadi genggamkan tangan dgn penuh yakin boleh untuk langsaikan pada tahun 2010 ini dimana kita sebagai rakyat cinta kpd negara dan tanahairnya,kita harus menjadikan tekad untuk memaju,melindungi,mempertahankan dan memartabatkan bumi bertuah ini sebagai antara keazaman dalam menyambut tahun baru.Maksudnya julangkan teknologi hijau diutamakan.

marilah kita menjadikan 2010 sebagai medan memupuk perpaduan,mengenetepikan perbezaan,memacu pertumbuhan dan memperkasakan kedaulatan negara dengan gahnya.Tunjangi dan perluaskan kefahaman Dasar 1 Malaysia dengan jayanya semoga 2010 semua warga berpengetahuan tentang hasrat dan cita-cita negara.

SELAMAT TAHUN BARU.