Khamis, 8 April 2010

SIFAT RIYA'

Di dalam al-Qur’an dan hadis, terdapat celaan terhadap riya’, di antaranya melalui firman Allah Subbhanahu wa ta’ala (s.w.t.) berikut:“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya’ dan enggan (menolong dengan) barang berguna.” (al-Maa’uun, 107: 4-7)
Kata asal riya’ adalah dari kata ar-Ru’yah (melihat), orang yang riya’ memperlihatkan pada manusia untuk mendapatkan keuntungan dari sisi mereka, sehingga ia telah mendapat keuntungan peribadi dari amalannya di dunia.Ada pelbagai jenis riya’, dari segi bentuknya yang berbeza-beza, dan kesannya yang buruk.
Riya’ membatalkan amal, sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah. Allah s.w.t. berfirman:“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.
Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (al-Baqarah, 2: 264)
Nabi Shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.) bersabda,“Sesungguhnya yang paling aku takutkan pada kalian adalah syirik kecil, iaitu riya’. Allah akan berfirman pada hari kiamat ketika membalas amalan manusia: “Pergilah kepada orang-orang yang dulu kalian (berbuat) riya’ kepadanya, dan lihatlah, adakah kalian mendapatkan balasannya dari sisi mereka?” (Hadis Diriwayatkan oleh Ahmad, 5/428-429.
Dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah, 4135, dari hadis Mahmud bin Labid Radhiyallahu ‘anhu (r.a.) dengan sanad yang sahih bertepatan dengan syarat Muslim)“Mahukah aku khabarkan kepada kalian dengan perkara yang lebih aku takutkan menimpa kalian daripada al-Masih ad-Dajjal? Iaitu syirik tersembunyi, seseorang bangkit untuk melaksanakan solat, lalu ia memperbaiki (memperelok) solatnya kerana ia tahu ada seseorang yang memerhatikannya.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, 2604, dari Sa’id al-Khudri r.a.)Maka, seharusnya kita semua berhati-hatilah dari riya’ dan syirik tersembunyi ini kerana ia mampu menghapuskan amalan-amalan yang kita lakukan menjadikan ia sia-sia belaka dan tidak berguna di sisi Allah kelak.Bahaya Riya’Penyakit riya’ ini lebih bahaya dari dikejar oleh singa yang ganas, kerana ia menghilangkan nilai-nilai amalan kita. Ia boleh menghigapi sesiapa sahaja sama ada para ulama, ahli ibadah, mahu pun orang awam yang biasa.Perlu diketahui, syarat-syarat diterimanya amalan sekurang-kurangnya terbina dari tiga kriteria, iaitu dengan iman (Islam) dan aqidah yang benar, keduanya ikhlas kerana Allah, dan ketiganya mestilah dengan petunjuk dari al-Qur’an dan sunnah. Ini dapat diperhatikan pada dalil-dalil yang akan dibawakan, dan sebagaimana yang telah dibincangkan di dalam artikel (tulisan-tulisan) yang lalu. Silakan juga merujuk kepada artikel bertajuk “Syarat-Syarat Diterimanya Amalan”. Adapun sebahagian dalil-dalil berkenaan dengannya adalah seperti berikut,Allah s.w.t. berfirman,“Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Rabb-nya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan dengan seorang pun dalam beribadah kepadanya.” (al-Kahfi, 18: 110)“
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (al-Baiyinah, 98: 5)Allah meninggalkan orang yang berbuat Riya’, sebagaimana dalam hadis Nabi s.a.w.,“Allah ta’ala berfirman: “Aku sangat tidak memerlukan sekutu. Barangsiapa beramal dengan suatu amalan, dia menyekutukan selain Aku bersama-Ku pada amalan itu, Aku tinggalkan dia dan sekutunya. (Hadis Riwayat Muslim, no. 2985)“Barangsiapa mempelajari ilmu yang dengannya dicari wajah Allah ‘Azza wa Jalla, namun ia tidak mempelajarinya kecuali untuk meraih kesenangan dunia dengan ilmu itu, ia tidak akan mendapati aroma syurga pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Contoh-contoh Riya’1 – Menampakkan tubuh badan yang tidak sihat, pucat, merendah diri, merendahkan suara, atau seumpamanya dengan niat supaya dia kelihatan seperti orang yang tawaddhu’ dan ahli kebaikan.
2 – Sengaja mewujudkan bekas sujud pada wajahnya, memakai pakaian-pakaian ahli ibadah supaya dia dikenali sebagai orang yang baik-baik. Termasuk dalam hal ini, adalah dengan mengenakan pakaian yang hebat, lalu hatinya memperkecilkan orang lain yang memakai pakaian-pakaian yang biasa-biasa.
3 – Riya’ dengan perkataan iaitu dengan menampakkan kehebatannya dalam berbicara, kehebatannya dalam menghafal sekian jumlah ayat-ayat al-Qur’an serta hadis-hadis, menggerak-gerakkan bibir dalam berzikir ketika berada di hadapan khalayak ramai, mulutnya suka menghinakan orang lain dan meninggikan kelebihan dirinya bukan pada tempatnya, atau seumpamnanya.
4 – Menampakkan dan menceritakan amal-amal ibadahnya seperti solat-solat sunnah, puasa, haji, sedekah dan seumpamanya kepada orang lain.Adapun halnya, segala amalan itu bermula dengan niat. Jika ianya ikhlas, maka kita mendapat selaras apa yang sewajarnya.

Namun, jika keluar dari batasan ikhlas dan mencari tujuan yang lain-lain seperti mencari kebanggaan di depan manusia dan seumpamanya, maka akan hilanglah keikhlasan tersebut atas sebab niat yang tidak ikhlas kerana Allah s.w.t.Daripada Umar al-Khatthab, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan itu terjadi dengan niat, dan setiap orang mendapatkan apa yang diniatkannya. Sebagaimana seseorang yang berhijrah denan niat untuk mengahwini seorang wanita, maka dia mendapat dalam hijrah itu apa yang diniatkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab Wahyu, no. 1)

0 ulasan: