Isnin, 28 Disember 2009

BOLEH BACA JIKA ANDA BERMINAT

Guan Eng jangan cakap sedap mulut – Khalid
Disember 26, 2009 pada 12:19 am · Dikirim dalam berita hari ini

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mungkin diambil tindakan mengikut Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan kononnya Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut pada persidangan Konvensyen Pakatan Rakyat, baru- baru ini.

Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh polis sendiri di sebuah balai polis di Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, sesiapa pun termasuk Guan Eng tidak mempunyai hak untuk membincangkan mana-mana perkara yang masih dalam inkues.

“Saya nasihatkan Yang Berhormat supaya tidak bercakap sesedap mulut. Bila bercakap pasal bunuh, ia boleh menghasut orang mempercayai yang mangsa dibunuh walhal inkues masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang ke-54 di Pangkalan PSP di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Khalid meminta Setiausaha Agung DAP itu supaya tidak mengganggu perkara yang belum diputuskan.

Kata beliau, tindakan Guan Eng itu boleh diambil tindakan mengikut Akta Hasutan.

http://utusan.com.my/

Komentar

Rosli letak jawatan: Tempelak buat Nik Aziz
Disember 24, 2009 pada 11:00 am · Dikirim dalam berita hari ini

KOTA BHARU 23 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO negeri menyifatkan langkah Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kadir meletakkan jawatan sebagai suatu tempelak kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketuanya, Anuar Sapian berkata, beliau percaya Rosli bertindak demikian kerana masalah peribadi yang tercetus ekoran kes poligami beliau dan mungkin ia tidak memberi banyak kesan kepada parti itu.

Namun, katanya, tindakan Rosli itu telah memperlihatkan bahawa beliau mempunyai prinsip dan tanggungjawab untuk menjaga integriti parti.

“Secara tidak langsung ia menempelak Nik Abdul Aziz yang masih mempertahankan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Abd. Rahman walaupun banyak pihak dalam Pas sendiri mahu beliau segera berundur,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu sepatutnya meletakkan kepentingan kerajaan dan imej bapa mertuanya lebih tinggi dalam pelan peletakan jawatan yang hanya ditetapkannya pada Mac depan.

Bagaimanapun beliau yakin Abdul Ariffahmi yang juga anggota dewan Pemuda Pas tidak akan berganjak.

“Peletakan jawatan Rosli mungkin dianggap ‘balasan’ pendedahan dalam media Ahad lalu mengenai cadangan gesaan Dewan Pemuda Pas negeri agar Abdul Ariffahmi segera berundur,” katanya.

Abdul Ariffahmi terseret dalam kemelut politik negeri ekoran isu menunaikan haji bersama Nik Abdul Aziz melalui tajaan, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di PMBK dan masalah dalaman pentadbiran syarikat milik kerajaan negeri itu.

Rosli mengumumkan peletakan jawatannya semalam ekoran Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu kelmarin mengarahkan beliau tinggal berasingan dengan isteri keduanya, Ilyani Mohd. Noor, 30, kerana status perkahwinan mereka pada Disember tahun lalu diragui.

Bekas Pegawai Khas kepada seorang Exco kerajaan negeri tersebut mengakui menjadi mangsa sindiket perkahwinan dan menegaskan, dalam kes yang dibawa ke mahkamah oleh mertuanya itu, beliau berada di pihak yang benar.

Menurut Anuar, Pemuda UMNO membuat gesaan lebih awal agar Abdul Ariffahmi segera melepaskan jawatan dengan harapan tidak menjejaskan tumpuan sebenar kerajaan negeri.

“Kita tidak mencari kesempatan politik dalam soal itu tetapi bagi memastikan tumpuan terhadap kepentingan rakyat tidak terjejas dengan kemelut berlarutan,” ujarnya.


http://www.utusan.com.my/

Komentar (1)

Dr. Rosli lepas semua jawatan Pas – Utusan Malaysia
Disember 23, 2009 pada 9:02 am · Dikirim dalam berita hari ini

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

DR. Rosli Allani Abd. Kader ketika hadir untuk mengadakan sidang akhbar mengenai peletakan semua jawatan dalam Pas di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 22 Dis. – Sehari selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah agar tidak tinggal bersama isteri keduanya, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kader meletakkan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta- merta.

Keputusan itu diambil beliau selepas kes perkahwinannya dengan Ilyani Mohd. Noor, 30, mendapat liputan meluas media hari ini.

Menurut Dr. Rosli Allani, 35, surat peletakan jawatannya akan dihantar kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPNK) dalam masa terdekat.

Beliau turut memohon maaf kepada pucuk pimpinan dan ahli-ahli Pas jika masalah peribadinya telah mencalar imej atau mendatangkan masalah kepada parti.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui menjadi mangsa sindiket perkahwinan diuruskan oleh seorang bekas imam muda yang memberikan sijil dan kad perkahwinan tidak didaftarkan.

Menurutnya, walaupun yakin berada di pihak yang benar, peletakan jawatannya itu adalah untuk menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat terhadap Pas.

“Saya meletakkan kesemua jawatan dalam Pas berkuat kuasa serta-merta. Saya juga telah meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri sebagai pegawai khas kepada ahli Exco pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Begitu pun saya masih kekal dan setia sebagai ahli Pas. Saya serahkan masa depan politik saya sepenuhnya kepada pertimbangan pucuk pimpinan dan ahli-ahli Pas untuk menentukannya,’’ katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini bagi menjelaskan isu perkahwinan keduanya selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam memerintahkan dia dan isteri keduanya tinggal berasingan, sehingga keputusan dibuat.

Ia berikutan permohonan bapa mertuanya, Mohd. Noor Che Man, 58, seorang ahli perniagaan untuk membatalkan perkahwinan pasangan tersebut kerana percaya perkahwinan yang berlangsung di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008, tidak sah.

Dr. Rosli Allani berkata, perkahwinan dengan isteri keduanya itu dilakukan dengan hati yang suci setelah menyedari wujudnya perasaan kasih antara mereka berdua.

“Saya dan isteri telah banyak kali cuba mendapatkan persetujuan bapa mertua, namun berdepan dengan kegagalan sekalipun isteri pertama saya telah memberi persetujuan untuk berpoligami.

‘‘Disebabkan halangan bapa mertua, saya menggunakan wali hakim, ini pun setelah saya diberi jaminan oleh rakan yang pernah memegang jawatan imam muda sebuah masjid negeri bahawa perkahwinan yang diuruskan tidak menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Dr. Rosli Allani bagaimanapun menafikan peletakan jawatan itu disebabkan wujudnya tekanan ekoran kenyataannya agar Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Abd. Rahman melepaskan segera jawatannya demi kepentingan parti.

Ditanya sama ada Abdul Ariffahmi patut mengikut langkahnya dengan meletakkan segera jawatan demi kepentingan parti, beliau enggan mengulas.

http://utusan.com.my/

Komentar (1)

Siasat tanpa had waktu – Utusan Malaysia
Disember 18, 2009 pada 5:21 pm · Dikirim dalam berita hari ini



Anak Nik Aziz masuk gelanggang siber – Malaysiakini
Disember 15, 2009 pada 10:17 pm · Dikirim dalam berita hari ini

Jimadie Shah Othman
Dis 15, 09
1:04pm

Anak perempuan menteri besar Kelantan, Nik Amalina Nik Aziz, meneroka gelanggang siber dengan membuka blog sendiri Jumaat lalu yang turut mengulas pergolakan politik dalaman negeri itu berkaitan suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Nik Amalina menjadi tumpuan ramai apabila blog ahli parlimen PAS Dr Siti Mariah Mahmud menyiarkan suratnya, yang meluahkan perasaan berhubung isu peletakan jawatan suaminya itu sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Dalam blognya Sari Suri, anak kesembilan Datuk Nik Aziz Nik Mat turut mengulas mengenai kehidupannya sebagai seorang suri rumah dan cabaran membesarkan anak-anak hasil perkahwinanya dengan Abdul Ariffhami sejak 10 tahun lalu.

Antara tulisan awal dalam blognya kelmarin, Nik Amalina dilihat cuba menggeletek seorang exco negeri itu, yang tidak dinyatakan namanya.

Dalam tulisannya yang berjudul “Alahai…”, Nik Amalina berpendapat, hanya seorang exco Kelantan wajib meletakkan jawatan, bukannnya semua.

“Kalau ditanya saya, tentunya saya jawab, kalau adapun exco yang patut letak jawatan, saya wajibkan seorang exco itu saja yang letak jawatan.

“Ada berani exco yang seorang itu menyahut cabaran?” katanya, dengan nada mencabar.

Nik Amalina dipercayai mengulas kenyataan bekas pegawai perhubungan korporat PMBK Syed Azidi Syed Abdul Aziz – yang bertembung dengan suaminya – yang berpendapat suratnya dalam blog Dr Siti Mariah tentang ‘persidangan meja bulat’ Nik Aziz, secara tidak langsung menyinggung peranan exco negeri.

Syed Azidi berkata, kalau diikutkan pandangan Nik Amalina itu, semua exco kerajaan negeri patut meletakkan jawatan kerana ia menggambarkan keputusan melantik Abdul Ariffahmi dibuat dengan merujuk kepada ahli keluarganya semata-mata.

Dalam tulisannya kelmarin, walaupun Nik Amalina tidak menyebut langsung nama exco yang dirujuknya, beliau diketahui tidak selesa dengan pengaruh Datuk Husam Musa, exco kanan kerajaan negeri yang dianggap anak didik Nik Aziz.

Abdul Ariffahmi, yang bergelut dengan kontroversi pelantikannya sebagai peneraju utama PMBK, bercadang menyerahkan notis pada 24 Disember ini sebelum peletakan jawatannya berkuatkuasa 23 Mac depan.

Selain berdepan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegaran Rasuah (SPRM), Abdul Ariffahmi juga sering diasak oleh musuh politiknya Syed Aziz melaluinya blog Kickdafella yang mempunyai ramai pembaca.

Nik Amalina mula dilihat terbabit dalam konflik terbuka tersebut apabila beliau dengan penuh emosi mempertahankan suaminya, sekaligus mengkritik keras Syed Azidi melallui blog ahli jawatankuasa pusat PAS itu, hujung bulan lalu.


http://www.malaysiakini.com/news/119867



Penjelasan Kor Ming tidak cukup – Utusan Malaysia
Disember 12, 2009 pada 1:56 pm · Dikirim dalam berita hari ini

Oleh ARSHAD KHAN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO tidak boleh menerima penjelasan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengenai isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam kerana isu pokok dalam hal itu tetap sama.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, jika penjelasan itu diamati, jelas bahawa Kor Ming sendiri mengakui beliau telah membuat perbandingan antara peruntukan membina dan menyelenggara 611 buah masjid dengan peruntukan RM9 juta untuk rumah ibadat bukan Islam.

“Pergerakan Pemuda UMNO merasa penjelasan yang dibuat tidak boleh diterima kerana dia tidak nafi kenyataan awal iaitu pokoknya ialah soal perbandingan pembinaan masjid dengan tempat-tempat ibadat yang lain.

“Kami memahami sekiranya ada pihak yang mahu memperjuangkan peruntukan lebih bagi tempat-tempat ibadat agama lain, itu tidak ada masalah, jika ada parti politik atau ahli politik hendak minta lebih untuk kuil, gereja dan lain-lain, kita tidak ada halangan.

“Namun, bila buat perbandingan, maka ini sudah jadi isu sensitif, memperlihatkan DAP tidak menunjukkan sensitiviti agama di Malaysia.

“Ini bukan kali pertama, berulang kali dibuat DAP, saya kira majoriti orang Islam terutama di Malaysia rasa amat tersinggung dengan perbandingan yang dibuat Nga Kor Ming,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan kepimpinan muda parti Golkar di pejabatnya di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Kor Ming dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan di Parlimen beberapa hari lalu menyatakan bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM748.26 juta untuk pembinaan masjid dari 2000 hingga 2008 tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam.

Beliau juga melahirkan rasa kesal rakyat bukan Islam dianaktirikan.

Beliau menyatakan agar agihan lebih adil disalurkan kepada masyarakat bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah ‘Kepercayaan kepada Tuhan’.

Kenyataan Kor Ming dijawab seorang Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari bahawa Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 12 (2) dan Perkara 3 sebenarnya memberikan kuasa kepada Kerajaan Pusat untuk tidak menyalurkan satu sen pun kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam di negara ini.

Namun, menurut Abdul Aziz, kerajaan tetap bertindak pemurah dan menunjukkan sifat ihsan apabila tetap memperuntukkan RM9 juta untuk membantu rumah-rumah ibadat bukan Islam dalam tempoh 2000 hingga 2008.

Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga kurang senang dengan sikap Kor Ming membandingkan peruntukan untuk Islam dengan bukan Islam.

Kor Ming pula menuduh beberapa media telah memutar-belitkan kenyataan bertulisnya itu.

Tambah Khairy, pihaknya juga kesal kerana setelah beberapa hari kenyataan itu dibuat, kepimpinan tertinggi Pas masih berdiam diri dan belum menyatakan pendirian sebenar mereka berhubung isu itu.

“Saya begitu rasa sedih apabila tidak ada apa-apa komen daripada kepimpinan tertinggi Pas, sekali lagi ini memperlihatkan prinsip dan asas perjuangan dikorbankan untuk kepentingan politik jangka masa pendek,” katanya.

Jelas beliau, kenyataan DAP itu mencerminkan ia tidak menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan dan sikap seperti itu akan hanya membawa kepada budaya mengguris hati antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Jelasnya, andai tindakan seperti yang dibuat Kor Ming diteruskan, maka akan ada pihak-pihak yang cuba membandingkan apa yang diterima masyarakat bukan Islam pula di negara ini.

“Sudahlah memijak gambar, sekarang buat kenyataan mengguris hati, tidak mencerminkan budaya ketimuran kita yang dikongsi semua kaum di negara ini, kita mesti tolak budaya yang dibawa DAP,” katanya.

Beliau juga menyaran pihak berkuasa agar bertindak atas beberapa laporan polis yang dibuat sebelum ini mengenai isu berkenaan.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm



Modul BTN Perlu Dikekalkan – Dr Mahathir
Disember 7, 2009 pada 12:47 pm · Dikirim dalam berita hari ini

Isnin Disember 7, 2009

KUALA LUMPUR: Modul Biro Tatanegara (BTN) perlu dikekalkan dan tidak dirombak kerana ia sudah cukup baik dalam memupuk semangat kenegaraan di kalangan rakyat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berpendapat kurikulum BTN dapat memupuk semangat perpaduan kerana kursus anjuran agensi itu turut dihadiri rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Tidak perlu dirombak… saya ingat kekal (modul BTN),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Aids Sedunia 2009 di sini semalam.

Baru-baru ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kurikulum BTN akan dirombak bagi mencerminkan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tub Razak.

Isu kursus anjuran BTN mendapat perhatian ramai apabila kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini melarang kakitangan awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri mengikuti kursus berkenaan berkuatkuasa serta-merta kerana didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecah-belahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, tidak ada apa-apa yang tidak betul mengenai kursus BTN kerana kurikulumnya cukup baik untuk memberi kesedaran tentang pentingnya kehidupan bernegara.

Malah katanya beliau juga pernah memberikan syarahan pada kursus anjuran BTN dan antara perkara yang diterangkan ialah mengenai sejarah Malaysia.

“Kadang-kadang ramai orang tidak faham nilai yang dapat menerusi kursus BTN. Saya tidak nampak BTN buruk selain dapat diterangkan tentang sejarah negara,” katanya.

Sementara itu ketika mengulas saranan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pemerhati bebas dari Australia dilibatkan bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13, Dr Mahathir dengan sinis berkata: “Kalau orang putih dia percaya, kalau orang Melayu dia tak percaya.”

Mengenai langkah kerajaan merancang memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula Dr Mahathir berkata, perlu ada kajian mendalam mengenai perkara itu supaya tidak membebankan rakyat. Sebelum ini, Perdana Menteri menjelaskan bahawa pengenalan GST di Malaysia adalah satu bentuk keperluan jangka panjang memandangkan pergantungan negara kepada sektor petroleum sebagai penyumbang utama pendapatan perlu diganti dari sekarang.


BERNAMA


sumber : Mstar

Komentar

SPRM digesa segera siasat pemilikan saham individu
Disember 4, 2009 pada 12:03 pm · Dikirim dalam berita hari ini


Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Pihak berkuasa diminta mendedahkan status laporan berhubung pemilikan saham oleh beberapa individu termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang didakwa mencecah lebih RM8 juta.

Pendedahan itu perlu bagi memastikan ketelusan perjalanan kes tersebut selain berlaku adil kepada pengadu.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, hingga ke hari ini tiada sebarang perkembangan dimaklumkan termasuklah sama ada siasatan berkenaan sudah dimulakan atau tidak.

Katanya, jika ada sekalipun ia hanyalah mengenai makluman yang kes tersebut kini dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan itu pun berdasarkan laporan pihak media.

“Jadi, masuk hari ini sudah dua minggu lebih dan nampaknya tiada tindakan susulan diambil SPRM dan perkara ini secara peribadi mendatangkan kesusahan kepada saya selaku pengadu kerana rakyat nak tahu apakah tindakan susulan kes ini.

“Justeru saya menggesa SPRM menyegerakan siasatan demi memastikan ketelusan perjalanan kes ini memandangkan ia melibatkan nama-nama besar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketika membuat laporan polis berhubung kes ini pada 17 November lalu, Anuar turut menyerahkan dokumen berkaitan dakwaan isu pemilikan saham oleh Azmin dan isterinya, Shamshidar Taharin yang dikatakan bernilai jutaan ringgit itu.

Dua hari selepas itu, SPRM dalam kenyataan akhbarnya mengesahkan telah menerima laporan daripada pihak polis berhubung kes tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya

Sementara itu kata Anuar, oleh kerana tiada sebarang perkembangan dalam kes tersebut maka nama baik beliau selaku pengadu turut terjejas apabila sudah ada tuduhan liar dilemparkan ke atasnya.

Namun demikian, katanya, beliau tetap bertegas yang laporan ini dilakukan dengan hanya satu niat iaitu untuk mencari kebenaran dan desakan supaya siasatan disegerakan pun bukanlah untuk menghukum mana-mana pihak.

‘‘Sebaliknya saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk jalankan tindakan selanjutnya. Cuma saya nak siasatan ini disegerakan kerana kita nak kebenaran.

‘‘Mungkin di pihak keluarga Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga mahu tahu kebenaran dokumen-dokumen tersebut yang menunjukkan saham-saham ini banyak dinamakan atas nama Azmin dan Shamsidar,’’ jelasnya.

Ditanya sama ada kes ini tidak dapat disegerakan kerana individu yang dikaitkan tidak berada dalam negara selepas laporan itu dibuat, Anuar berkata: “Mungkin.”

Katanya, sebab itu desakan ini dibuat kerana apa sekalipun, SPRM perlu memaklumkan status perkembangan siasatan kes walaupun diikutkan siasatan tidak perlu libat masa yang panjang kerana dokumen yang disertakan sudah lengkap.

‘‘Dokumen pemilikan saham bertarikh 1992 hingga 1994 itu menunjukkan Azmin selaku pegawai muda kerajaan boleh mempunyai wang untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit. Maka, jika di situ ada penyelewengan kita minta siasat.

“Di sini saya tiada niat nak menghukum mana-mana pihak. Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga ingin tahu kebenaran dan SPRM juga perlu bersikap adil kepada semua dengan bukan sahaja segera menyiasat kes libatkan UMNO tetapi juga PKR,” katanya

Khamis, 24 Disember 2009

FACEBOOK yang mendakwa memiliki 350 juta pengguna kini menyimpan sepuluh bilion gambar pengguna laman web tersebut.

Dipetik sepenuhnya daripada Akhbar Kosmo 24 Dis 2009
Kesan aplikasi sosial maya

Oleh SYAHRIR MAT ALI dan FATIN HASNAN

Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial dinasihatkan supaya tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kerdit, pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya.



FACEBOOK yang mendakwa memiliki 350 juta pengguna kini menyimpan sepuluh bilion gambar pengguna laman web tersebut.

--------------------------------------------------------------------------------


PENGGUNAAN Internet di kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesat dan mula mengubah cara hidup mereka.

Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research, pengguna Internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta orang pada 2012.

Kepenggunaan aplikasi rangkaian sosial di Malaysia pula telah mencatat sebanyak 66 peratus pada bulan Disember 2008 iaitu di tangga ketiga selepas Singapura dan Korea Selatan dengan masing-masing mencatat 74.3 peratus dan 68 peratus.

Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah mula menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna Internet di seluruh dunia.

Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.

Sehingga kini, terdapat sejumlah 170 rangkaian sosial interaktif yang terkenal dan aktif digunakan di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace, Tagged dan sebagainya.

Facebook yang mendakwa memiliki sejumlah 350 juta pengguna dari segenap pelosok dunia, kini menyimpan lebih daripada 10 bilion gambar yang dikongsi oleh pengguna-pengguna laman rangkaian sosial tersebut.

Impak pada masyarakat

Berdasarkan statistik dari sumber Alexa dan Google Ad Planner, laman rangkaian sosial Facebook telah dikunjungi oleh kira-kira 6.2 juta pengguna Internet di Malaysia dan kira-kira 4.2 juta pula mengunjungi laman Friendster.

Rangkaian sosial interaktif MySpace pula dikunjungi oleh 2.1 juta pengguna Internet di Malaysia manakala Twitter menerima kira-kira 750,000 pengunjung.

Walaupun fenomena rangkaian sosial global yang popular sepertiFacebook telah mula menembusi pasaran dunia, terdapat juga beberapa aplikasi rangkaian sosial tempatan yang menawarkan kandungan dan perkhidmatan tempatan yang aktif digunakan sepertieKawan, Ruumz, GoEatOut, Circles99, FriendX, eMeiMei serta Pacmee.

Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial menyediakan ruang bagi penggunanya untuk meletakkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor telefon dan maklumat penting yang lain.

Ciri asalnya bertujuan membantu memudahkan pengguna satu-satu perkhidmatan rangkaian sosial berkenalan dan berhubung telah secara tidak langsung mendedahkannya kepada risiko kecurian maklumat pengguna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Laporan yang dikeluarkan oleh Sumber Media, Markmonitor bagi suku pertama tahun 2009 menunjukkan peningkatan hampir 240 peratus terhadap serangan phishing di Amerika Syarikat (AS) yang ditujukan terhadap perkhidmatan rangkaian sosial.



LAMAN sosial Twitter menerima kira-kira 750,000 pengunjung.

--------------------------------------------------------------------------------


Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Markmonitor, Frederick Felman, serangan phishing itu merupakan salah satu inovasi terbesar. Perkhidmatan rangkaian sosial menjadi sasaran utama penggodam Internet lantaran ia menyimpan banyak maklumat peribadi pengguna yang sangat bernilai.

Setiap maklumat peribadi tersebut dikatakan boleh dijual di pasaran gelap pada harga AS$1 (RM3.80).

Selain itu, syarikat perisian antivirus F-Secure turut melaporkan tentang peningkatan risiko perisian berbahaya (malware) dalam perkhidmatan rangkaian sosial berikutan peningkatan serangan sebanyak 100 peratus pada tahun 2007.

Terdapat juga perisian berbahaya yang menyamar seperti tampalan keselamatan (security patch) untuk memperdayakan pengguna perkhidmatan rangkaian sosial agar memuat turun dan memasangnya.

Hampir kesemua aplikasi rangkaian sosial tidak memiliki kaedah untuk mengesahkan umur sebenar setiap penggunanya, melainkan dinyatakan secara sukarela oleh golongan pengguna yang mendaftarkan diri.

Ini mendedahkan golongan kanak-kanak kepada risiko masalah fidofilia iaitu salah laku seksual antara golongan dewasa dan kanak-kanak. Ia berlaku apabila pengguna dewasa boleh menyamar sebagai kanak-kanak dan menjalin hubungan dengan mereka.

Kebanyakan aplikasi rangkaian sosial membenarkan pengguna meninggalkan komen pada catatan atau gambar pengguna lain. Kemudahan itu telah membuka ruang berlakunya kejadian buli dan gangguan siber.

Keselamatan

Kegilaan pengguna Internet, terutamanya golongan remaja, terhadap aplikasi rangkaian sosial telah menjadi sesuatu yang membimbangkan. Misalnya, seorang gadis berusia 17 tahun di Romania yang galak menggunakan aplikasi rangkaian sosial Twittertelah terbunuh akibat kejutan elektrik ekoran menggunakan komputer ribanya ketika berendam di bilik mandi.

Aplikasi rangkaian sosial turut dikatakan menjadi penyumbang kepada pelbagai masalah disiplin terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak yang menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan komputer.

Budaya itu akan membawa kepada masalah kesihatan mata, postur badan disebabkan kedudukan yang tidak ergonomik dan sebagainya.

Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial perlu sentiasa peka dan mengambil langkah keselamatan seperti tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kredit, nombor pin, kata laluan pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya di mana-mana aplikasi rangkaian sosial.




--------------------------------------------------------------------------------


Selain itu, setiap pengguna juga perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima kenalan yang ditemui dalam rangkaian sosial.

Pengguna perkhidmatan rangkaian sosial diingatkan agar tidak mudah percaya dengan identiti yang dipaparkan kerana terdapat pelbagai kes identiti palsu melibatkan orang yang baru dikenali. Ini boleh membuka jalan kepada berlakunya pelbagai jenayah seperti kes rogol, rompak dan penipuan.

Pengguna juga dinasihatkan agar tidak sesekali klik pada pautan atau menerima dan memasang perisian yang diterima daripada orang yang tidak dikenali.

Fungsi privasi juga perlu diaktifkan pada akaun rangkaian sosial (sekiranya ada) yang digunakan untuk mengawal kumpulan individu tertentu daripada melihat maklumat penuh atau gambar-gambar milik pengguna-pengguna yang boleh dijadikan bahan ugutan.

Hati-hati ketika meletakkan mesej dan gambar yang boleh memberikan petunjuk kepada identiti atau lokasi sebenar pengguna.

Rabu, 16 Disember 2009

KUMTIS DUN WAKAF BHARU PADA 19 DIS 2009

PROGRAM KUMTIS (KUMPULAN TINDAKAN SIVIK)
DUN WAKAF BHARU 2009
PADA
19 DISEMBER 2009

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG BATANG
TUMPAT, KELANTAN.
MASA
DARI JAM 7.30 PAGI HINGGA 3.00 PETANG

AKTIVITI

1. PAMERAN DAN PERKHIDMATAN KAUNTER AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA

2. SENAMROBIK PAGI DAN SENAMROBIKTON

3. PEMERIKSAAN MOTORSIKAL OLEH JPJ BERSAMA GIATMARA TUMPAT

4. PAMERAN OLEH AADK, PERTANIAN,VETERINAR, JPAM, NILAM OPTIK, ARKIB, ERA EDAR,FARMASI, NESCAFE TARIK, MARA, JKM, JABATAN KESIHATAN TUMPAT.

5. KAUNTER PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA - KIST

6. PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TABIKA (KOLAJ)

7. GOTONG ROYONG – BERSIH KUBUR

8. SUKANEKA KANAK-KANAK (SK KUBANG BATANG)

9. PERTANDINGAN KARAOKE KENEGARAAN

9. JAMUAN TENGAHARI


ROY KAPILLA – PENYANYI UNDANGAN KHAS,
INTAN SYAZWINA BT. SUHAIMI DAN
INTAN SYAZLIANA BINTI SUHAIMI (Artis Kelantan FM)
KONTI RADIO PUISI PESISIR DIBUKA –UNT TUNAI LAGU-LAGU PERMINTAAN DAN INFO SEMASA
SELINGAN –SIMFONI MUZIK ETHNIK IRAMA RAKYAT 1MALAYSIA DGN LAGU-LAGU EVERGREEN.
PERSEMBAHAN SIMFONI KOMUNITI BESTARI DELIMA
DRAMATARI MAKYONG SRI TEMENGGONG

HAMPER CABUTAN BERTUAH DISEDIAKAN
TIKET KERETAPI PERGI – BALIK TUMPAT KE KUALA LUMPUR DAN BARANGAN ELEKTRIK DAN PELBAGAI LAGI

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE
PROGRAM KUMTIS DUN WAKAF BHARU
DI SK KUBANG BATANG, TUMPAT, KELANTAN.

Jumaat, 4 Disember 2009

HARI SUKARELAWAN 5 DIS 2009

Teringat saya pada Ikrar ini:;-


o IKRAR SUKARELAWAN

Kami, sukarelawan, yakin dengan pembentukan masyarakat sivil bahawa setiap individu berpeluang menjalani kehidupan bermakna, mulia dan bahagia.
Maka, kami berikrar:
 Menghayati dan mengamalkan semangat kesukarelawan

 Berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta ikhlas dan rendah diri

 Menghormati adat resam serta kepercayaan pelbagai budaya

 Memupuk semangat persaudaraan di kalangan masyarakat


Tuan/puan ,jika ingin tahu lebih lagi berkaitan kesukarelaan ini bolehlah layari laman web ini(di bawah ini)

http://74.125.153.132/search?q=cache:yCBDTWRoseYJ:www.saifuddinabdullah.com.my/gerakankesukarelaan.doc+ngo+kesukarelaan&cd=4&hl=en&ct=clnk&gl=my

dan jika tuan/puan/cik/encik ingin turut serta bolehla ikuti:-

Sukarelawan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan adalah diminta untuk mengirim CV / Resume kepada saya.
Tiada sebarang janji boleh saya berikan, cuma saya boleh tolong salurkan kepada mana-mana NGO / Badan yang memerlukan khidmat sukarelawan.
Nyatakan juga bidang kepakaran tuan / puan serta kecenderungan… ini akan membantu saya untuk menyalurkan anda kepada mereka.
SHAHRUL PESHAWAR – shahrulpeshawar@yahoo.com

dan
anda bolehlah melayari laman web berikut jika anda seoarang sukarelawan

http://www.penyayang.org.my/PenyayangBm/bm/kesukarelawan.html



http://www.mod.gov.my/organisasi/jlkn.html


terima kasih....semoga usaha anda semua mendapat kerahmatan dari allah dan pahala berganda.amin.....

Sabtu, 28 November 2009

Jerit perit rintih merintih panggilan pulau


Terdapat 6 buah rumah telah dihanyutkan semasa banjir pusingan ke-2 yang berlaku di Kg. Teluk Renjuna Tumpat Kelantan. Mereka menyambut hari raya dalam suasana "terkejut" bimbang sehinggakan hanya seekor lembu sahaja dikorbankan sebagai melangsaikan tanggungjawab pada hari raya korban. Masih kedapatan rumah yang bakal dihanyutkan jika berlaku sekali lagi air pasang besar banjir pusingan ke-3. Selanjutnya ikutilah berita dari Sinar Harian pada 27hb Nov 2009.

Rakyat beraya dalam banjir

KOTA BHARU - Menjelang tibanya Aidiladha esok, rakyat negeri ini dijangka menyambut hari kebesaran Islam dalam suasana kesederhanaan diselangi degan keadaan yang masih lagi dilanda banjir.

Malah, tinjauan mendapati beberapa pusat pemindahan sudah mula menyediakan keperluan serba ringkas kepada penghuninya untuk menyambut lebaran bersama keluarga.

Setakat jam 5 petang semalam , jumlah mangsa yang dipindahkan menunjukkan angka penurunan ketara iaitu 2,311 orang berbanding 3,513 orang semalam, namun dijangka tidak kekal memandangkan keadaan hujan masih lagi melanda di beberapa tempat di negeri ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri, berkata sehingga jam 6 petang semalam paras air masih meningkat terutama di Pasir Mas menyebabkan seramai 1,257 mangsa banjir berpindah pada sembilan pusat pemindahan di jajahan itu.

“Jajahan Tumpat pula kini mencatat mangsa pemindahan seramai 833 orang pada dua pusat pemindahan.

“Bagi jajahan Kuala Krai, jumlah mangsa berpindah semakin berkurangan kepada 210 orang pada tiga pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, di Machang pula, jumlah keluarga yang berpindah seramai 11 keluarga pada satu pusat pemindahan.

Sementara itu, keadaan cuaca yang masih lagi tidak stabil, selain beberapa tempat masih digenangi air tidak menghalang perantauan yang mula pulang berhari raya bersama keluarga masing-masing.

Tinjauan Sinar Harian di jalan Gua Musang-Kuala Krai mendapati jumlah kenderaan yang memasuki Kelantan melalui sempena cuti perayaan Aidiladha bertambah bermula malam dijangka meningkat malam ini.

Beberapa lokasi tumpuan seperti Stesen Minyak Shell, Dataran Kesedar dan Hentian Rehat Gua Musang mendapati telah ramai perantauan mula memenuhi kawasan tersebut untuk berehat dan juga mengisi minyak.

Cuti sekolah yang telah bermula sejak Jumaat lalu digunakan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah untuk pulang awal ke kampung halaman.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, bagi mengelakkan berlakunya kemalangan, polis trafik telah pun ditugaskan untuk membuat pemantauan keadaan lalu lintas di jalan-jalan utama di daerah ini.

Menurutnya, laluan yang menjadi tumpuan adalah Gua Musang Kuala Krai dan Gua Musang Merapoh.

“Sepanjang tempoh perayaan ini, kita telah menugaskan anggota trafik untuk memantau keadaan lalu lintas bagi memastikan kenderaan dapat bergerak dengan lancar,” katanya.


Banjir di Kelantan

KOTA BHARU - Banjir di Kelantan hampir pulih sepenuhnya apabila sehingga petang semalam hanya dua pusat pemindahan di jajahan Tumpat masih dibuka.

Pusat pemindahan di jajahan lain telah ditutup sepenuhnya.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Negeri berkata, jumlah mangsa pemindahan yang ditempatkan di jajahan terbabit kini seramai 561 orang membabitkan 154 keluarga.

“Banjir yang semakin kering dan surut sepenuhnya ekoran cuaca panas di Kelantan sejak semalam (kelmarin) menyebabkan kesemua mangsa pemindahan di semua jajahan selain Tumpat telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara beransur-ansur sejak pagi tadi (semalam).

“Keadaan lalu lintas juga semakin pulih apabila hanya satu jalan di jajahan Tumpat yang masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti di Kilometer 6-7,” katanya.

Sungai yang berada di atas paras bahaya ialah Sungai Golok di Rantau Panjang manakala Sungai Kelantan di jambatan Guillemard pula berada atas paras berjaga-jaga.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir di daerah Kerian sehingga jam 5 petang semalam masih kekal seramai 562 orang.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenda Mat Fauzi Nayan berkata, mereka masih ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan Bagan Serai, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bagan Serai, dan Sekolah Kebangsaan Matang Buluh.

Mereka berasal dari Ladang Sungai Bogak, Ladang Sungai Kerian, Kampung Euw Sing dan Kampung Parit Simpang Lima, katanya.

Mat Fauzi berkata, air di kampung terbabit masih bertahan sedalam satu meter sejak lebih dua minggu lepas akibat limpahan daripada empangan Kolam Bukit Merah serta Sungai Beriah.


Tiga pusat pemindahan banjir dibuka


TUMPAT - Tiga buah pusat pemindahan banjir mulai dibuka apabila beberapa buah kampung di sepanjang Sungai Golok dan Sungai Kelantan mula dinaiki air sejak awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Khalid Munap berkata, tiga pusat pemindahan banjir tersebut adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan dan SK Pengkalan Kubor 2 untuk mangsa banjir yang dipindahkan dari kampung sepanjang Sungai Golok melibatkan Kampung Simpangan, Kampung Kuala Jambu, Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Pisau Raut.

Menurutnya, satu lagi pusat pemindahan banjir adalah di SK Kok Keli untuk mangsa banjir sepanjang Sungai Kelantan melibatkan Kampung Laut, Kampung Pak Nelarang, Kok Majid, Kampung Chat dan Kampung Kok Keli.

“Setakat jam 1 tengah hari, seramai 709 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan banjir tersebut.

“Pusat pemindahan banjir SK Pengkalan Kubor 2 baru dibuka hari ini (semalam) apabila air hujan dari hulu mulai turun ke daerah ini,” katanya.

“Keadaan air semakin naik dan lebih ramai lagi mangsa banjir akan dipindahkan dan mana-mana penduduk di kawasan rendah, bersiap sedia untuk pindah sekiranya diarahkan berpindah,” katanya.

Menurutnya, pemantauan dari semasa ke semasa di sepanjang Sungai Golok dan Sungai Kelantan diadakan dalam menghadapi banjir gelombang kedua ini.

Khamis, 26 November 2009

Daerah Tumpat-Hari Raya Korban, Banjir, Dikir Barat



Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Kepada jemaah haji semoga mendapat haji mabrur.

Banjir yang melanda Tumpat kini reda dan semakin surut sama redanya konflik politik di Kelantan buat masa kini. Terdapat lebih lima ribu orang masih lagi berada di pusat pemindahan banjir di Kelantan dan Terengganu. Di Daerah Tumpat hanya tinggal 2 pusat pemindahan banjir yang masih beroperasi iaitu di SK Bunohan dan SK Pengkalan Kubor. Antara kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Pulau Ular, Simpangan, Mentua, Teluk Jering, Cherang Melintang, Kg. Ana, Kg. Tok Oh, Kok Majid, Teluk Ranjuna dan Kg. Laut. Bagaimanakah penduduk-penduduk di kampung tersebut merayakan Hari Raya Aidil Adha? Justeru itu wajarlah Perdana Menteri menyeru bagi warga yang berada di luar kawasan banjir menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir samada beruba barangan atau wang ringgit demi meringankan beban dan kemusnahan harta benda mangsa-mangsa banjir tersebut.

Tuntutan ibadah korbanmenggambarkan kesyukuran kepada Tuhan dan kejayaan besar bagi umat yang dapat membuat pengorbanan kerana konsepnya dapat disemarakkan sepanjang masa. Oleh itu ibadat korban bukti gambaran kesyukuran dan dapat mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam.

Dalam masa yang sama, Daerah Tumpat telah di glamourkan dengan sensasinya melalui Dikir Barat Kenegaraan Peringkat Kebangsaan yang telah disiar secara langsung oleh TV2 pada malam 22 Nov yang lalu dari Auditorium Perdana Angkasapuri Kuala Lumpur di mana Kumpulan Seri Arena diterajui oleh Hussain B Ab. Rahman sebagai Juara dan Mohd Zahari sebagai Tukang Karut. Kumpulan ini merupakan antara puluhan kumpulan yang terdapat di Jajahan Tumpat. Ditubuhkan pada Februari 2003 dengan inisiatif sendiri dan berbekalkan semangat cintakan seni budaya. Kumpulan ini juga seringkali mengambil bahagian dalam Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan Anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia tetapi hanya mampu ke pringkat suku akhir dan separuh akhir sahaja. Kumpulan ini selalu mendapat undangan untuk membuat persembahan di majlis-majlis rasmi di dalam dan luar Negeri Kelantan. Selain itu pernah diundang untuk mewakili Negeri Kelantan ke Festival Kebudayan Antarabangsa di Seremban, Negeri Sembilan. Kumpulan Sri Istana merupakan pencabar utama yang diterajui oleh Mohd Rodhi Bin Mamat sebagai Juara dan Azhar Bin Yaacob sebagai Tukang karut kumpulan tersebut. Kumpulan ini ditubuhkan di sekitar tahun 2004. Pada asalnya kumpulan ini hanya bergiat dalam kawasan istana Tumpat kerana dahulunya ahli-ahlinya bekerja dalam istana. Pada mulanya kumpulan ini hanya dianggotai seramai 20 orang. Kumpulan ini juga banyak membuat persembahan di khalayak ramai termasuk persembahan sempena Majlis Ramah Mesra Pegawai Kerajaan Malaysia/Thailand yang berlangsung di Tak Bai, Thailand. Syabas kepada kedua-dua pasukan ini kerana sekurang-kurangnya diary tahun 2009 yang akan melabuhkan tirainya dapat diselitkan secalit jua peristiwa manis untuk Jajahan Tumpat. Sehubungan itu Pejabat Penerangan Tumpat pun terpalit jua dalam publisiti ini.

"Majulah Seni untuk Budaya Bangsa"

Selasa, 24 November 2009

Kumpulan Sri Arena, Tumpat Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2009

Kumpulan Sri Arena, Tumpat Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2009
Kuala Lumpur 22 Nov – Sri Arena Tumpat Kelantan telah berjaya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000 apabila di nobatkan sebagai johan pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM. Manakala naib johan pula disandang oleh kumpulan Sri Istana, Tumpat dengan hadiah sebanyak RM 15,000. Bagi Juara terbaik pula disandang oleh Hassan Sri Panggung (Sri Arena, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000, manakala Tukang karut terbaik pula di sandang oleh Azhar atau Kohar Teknik (Sri Istana, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000. Kedua-dua kumpulan dikir barat tersebut telah memberikan persembahan yang terbaik tetapi nasib lebih menyebelahi kumpulan Sri Arena walaupun terdapat kecacatan persembahan semasa tukang karut menyampaikan persembahan. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada kumpulan Sri Arena Tumpat Kelantan dari Komuniti Dikir Barat.net kerana berjaya menjadi johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM. Bagi kumpulan yang tidak berjaya di harapkan jangan berputus asa cuba lagi di tahun hadapan.

Sabtu, 14 November 2009

MENDERMA DARAH AMALAN MULIA

Dimaklumkan dengan hormatnya

Unit Tabung Darah HUSM memerlukan kerjasama orang ramai agar menderma darah bagi mempastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.
Kiosk/kaunter derma darah dibuka di SK Morak Tumpat pada 14 November 2009 (Sabtu) sempena Program Sepakat Bestari Daerah Tumpat anjuran Pejabat Penerangan Daerah Tumpat dengan kerjasama K-Bestari Daerah Tumpat bermula 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Menderma darah adalah amalan mulia, setitik darah sejuta jasa.
Selamat menderma.
Terima kasih.

Jumaat, 13 November 2009

sepakat bestari

Dimaklumkan dan dijemput hadir ke:

PROGRAM SEPAKAT BESTARI DAERAH TUMPAT 2009

PADA : 14 NOVEMBER 2009(Sabtu)

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK TUMPAT , KELANTAN.

MASA:
DARI JAM 8.00 PAGI HINGGA 2.00PTG

AKTIVITI

1.PAMERAN DAN PERKHIDMATAN KAUNTER MULA 9.30 PG - 2.00 PTG

2.SENAMROBIK PERDANA DAN THAI CHI SEE KONG..8.30 PAGI

3.PAMERAN AGENSI OLEH AADK, PERTANIAN, KIST, KEBAJIKAN,
JAB. KESIHATAN DAN DERMA DARAH-HOSPITAL USM,NILAM OPTIK DLL

4.SEMUA K. BESTARI DAERAH TUMPAT MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERTANDINGAN
GUBAHAN DAN MEMASAK.

5.KAUNTER PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA.

6.PERTANDINGAN MEWARNA(KOLAJ) KANAK-KANAK TABIKA Jam 9.30 pg

7.ACARA SUKAN RAKYAT DAN SUKANEKA KANAK-KANAK - Jam 9.00PAGI

10.KENDURI KAMPUNG - GULAI KAWAH JAM 12.00 TGH

11. ACARA PERSEMBAHAN TOMOI (Pengurus Pak Nik Him & PPM Abg Soh)

12. SIMFONI TRADISIONAL-AMIN AND GROUPS
SELINGAN : SIMFONI TRADISIONAL DGN LAGU-LAGU EVERGREEN.(FENDI KENALI
PENYANYI UTAMA DLL)

HAMPER CABUTAN BERTUAH DISEDIAKAN PADA JAM 9 PAGI-2 PTG.

RADIO PUISI PESISIR AKAN MELAYAN ANDA UNTUK MEMENUHI LAGU-LAGU PERMINTAAN
SEPANJANG PESTA TERSEBUT.

CABUTAN BERTUAH- TV 29 INCI DAN BARANGAN ELEKTRIK SERTA 50 HAMPER DISEDIAKAN
UNTUK ANDA SEMUA.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE
PROGRAM SEPAKAT BESTARI 2009
DI SK MORAK , TUMPAT, KELANTAN.

ANJURAN : PEJABAT PENERANGAN DEAERAH TUMPAT DENGAN KERJASAMA KOMUNITI
BESTARI DAERAH TUMPAT.

Terima kasih.

Isnin, 7 September 2009

SEMUTAR MERAH


Khas untuk petugas gerak raya di Bagan Pinang
Seingat penulis semasa menerima arahan daripada Datuk Pengarah JPP di Dewan Besar RTM Wakaf Che Yeh berpesan agar petugas-petugas pilihan raya kecil Manik Urai agar memakai baju merah (simbolik) menggambarkan semangat yang kental untuk berjuang.

Jadi, petugas di Bagan Pinang pun haruslah memakai semutar merah....paham-paham lah. Berikut hayatilah kisah di bawah.

(Pahlawan Berserban Merah) Oleh: Abu Dujanah Jr

Nama penuh beliau ialah Abu Dujana Sammak ibn Kharsha. Beliau merupakan
seorang dari kaum Ansar dan merupakan antara yang terawal di kalangan
mereka yang menerima Islam. Di dalam sirah, beliau terkenal dengan
keberaniannya dan sesuatu yang unik tentang beliau ialah beliau memakai
semutar merah yang dililitnya pada kepalanya. Apabila beliau memakai
semutar merah ini, ia melambangkan bahawa semangat juang dan jihad beliau
sedang memuncak dan beliau bersedia untuk berjihad dan syahid di jalan
Allah s.w.t.

Di dalam Perang Uhud, yang merupakan perang yang penting di dalam sejarah
Islam selepas Perang Badar, Rasulullah melarang tenteranya dari memulakan
peperangan kecuali setelah menerima arahan dari Baginda, Rasulullah
menampil dirinya yang lengkap dengan baju besi, seraya merangsang
sahabatnya untuk berperang, mengingatkan mereka supaya bersabar dan
berdaya juang di saat pertembungan sengit, seterusnya Rasulullah memberi
semangat keberanian dan pertahanan diri pada jiwa-jiwa sahabatnya, pada
kemuncaknya Rasulullah mengeluar dan menjulang pedangnya dengan berkata:
“Siapakah yang sanggup mengambil pedang ini dan menunaikan haknya dengan
sebenar? Maka bangunlah beberapa orang untuk mengambilnya, di antara
mereka ialah Ali bin Talib, al-Zubair bin al-Awwam dan Umar bin
al-Khattab, akhirnya bangun Abu Dujanah Sammak bin Kharsyah sambil
bertanya:

“Apakah haknya wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah (s.a.w): “Hendaklah
pukul muka-muka musuh Allah hingga melentok”. Maka jawab Abu Dujanah:
“Akulah orangnya yang akan menunaikan hak pedang itu wahai Rasulullah”.
Lantas Baginda pun menyerahkan pedang itu kepada Abu Dujanah.

Abu Dujanah adalah seorang wira yang berani, beliau menyombong semasa
berhadapan dengan seteru, beliau mempunyai semutar berwarna merah, orang
ramai akan mengetahui bahawa beliau akan berperang hingga ke titisan darah
terakhir bila mana beliau membelit kepalanya dengan semutar merah itu.
Sebaik sahaja beliau menerima pedang itu dari Rasulullah, terus beliau
membelit kepalanya dengan semutar merahnya itu, beliau berjalan di antara
dua saf dengan lagak kesombongannya, di ketika itu Rasulullah bersabda:
“Sebenarnya lagak jalan sebegini dibenci Allah kecuali di suasana
sebegini”.

Ketika asakan begitu sengit di sekeliling panji musyrikin ianya juga
berlaku di tempat-tempat yang lain, semangat orang Islam semakin memuncak
di kalangan mereka, hingga dengan itu mereka terus menerkam ke arah
tentera musyrikin bagaikan ombak melanda benteng, dengan selogan yang
mereka laungkan di hari Uhud, “Amit, Amit” matilah matilah.

Abu Dujanah pula yang telah pun membelit kepalanya dengan semutar merah,
menghunus pedang Rasulullah dengan tekad melaksanakan tugasnya yang
dijanjikan, beliau meluru ke tengah-tengah orang ramai, asal bertembung
dengan musyrik pasti dikerjakannya, beliau bagaikan menolak barisan
musyrikin dengan asakannya. Sebelum ini al-Zubair bin al-Awwam terkilan
juga; “Semasa ku memohon supaya Rasulullah menyerah pedangnnya itu pada ku
lalu Baginda enggan memberinya pada ku malah diserahkan kepada Abu
Dujanah, ku berbisik pada diriku, bukankah aku ini anak Sofiah ibu
saudaranya, daku ini dari bangsa Quraisy pula, daku yang datang sendiri di
hadapan Baginda, daku yang mendahuluinya, namun Baginda tidak
memberikannya, demi Allah aku ingin lihat apa yang beliau hendak lakukan?
Aku ekorinya, kemudian aku ternampak beliau mengeluarkan sehelai kain
merah lalu dililit kepalanya”, maka orang-orang Ansar pun berkata: “Abu
Dujanah sudah pun bawa keluar semutar maut”, di masa itu beliau
berdendang:

Daku ini yang dijanji kekasihku
Semasa dipinggir di tepian tamar itu
Ku bukan wira di belakang saf
Pukulan ku pukulan pedang Rasul dan Allah.

Setiap musyrik melintasi di hadapannya pasti dicantas, di masa itu
terdapat seorang wira di kalangan musyrikin yang tegas, ku berdoa semoga
wira Islam Abu Dujanah bertemu dengan wira musyrik itu, dengan izin Allah
mereka berdua bertemu, masing-masing saling memukul lawannya, si musyrik
tadi menetak Abu Dujanah dengan pedangnya, tapi Abu Dujanah sempat
menangkis dengan perisainya menyebabkan pedangnya patah, apa lagi Abu
Dujanah pun menghayun pedangnya ke badan wira kafir tadi menyebabkan
beliau terhumban ke tanah. Abu Dujanah merempuh baris’an-barisan
peperangan hingga sampai ke barisan pemimpin kaum ibu musyrikin, tanpa
disedarinya kata Abu Dujanah:

“Di sana ku nampak seorang manusia yang mencakar seterunya, aku mara ke
hadapannya sebaik sahaja aku hendak menetaknya tiba-tiba beliau menjerit,
baru aku tahu yang ianya seorang perempuan, daku pun tidak jadi
membunuhnya kerana menghormati pedang Rasulullah, dari membunuh seorang
perempuan”. Perempuan itu rupanya Hindun binti Utbah. Kata al-Zubair bin
al-Awwam: “Daku melihat Abu Dujanah menghayun pedangnya ke atas kepala
Hindun binti Utbah, kemudian beliau tidak jadi menetaknya, ku berkata
hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahui sedemikian”.

Pada permulaan peperangan, Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada
kumpulan pemanah supaya menjaga bahagian belakang kaum muslimin daripada
serangan pihak musuh. Tetapi apabila kaum musyrikin mula berundur, kaum
muslimin pada ketika itu nampak seperti berada di ambang kemenangan. Pada
ketika itulah, 40 orang dari kumpulan pemanah yang diamanahkan untuk
menjaga di atas Bukit Uhud telah turun untuk mengumpul harta perang yang
ditinggalkan oleh kaum musyrikin di atas sangkaan mereka telah mencapai
kemenangan. Apabila kaum musyrikin melihat keadaan ini, mereka pun
bertindak untuk menyerang kaum muslimin dari arah belakang. Pada ketika
ini, kaum muslimin berada di ambang bahaya kerana tersepit di antara dua
kumpulan kafir quraisy. Oleh sebab ini, askar quraisy telah berjaya
mendekati Rasulullah s.a.w dan mencederakan baginda. Selepas itu, ramai di
antara para sahabat yang hebat membentuk perisai atau benteng untuk
mempertahankan baginda. Antaranya ialah Abu Dujana. Beliau menerima banyak
panahan dan tikaman tetapi sedikit pun tidak tergerak daripada posisinya.
Ini membuktikan betapa cintanya para sahabat kepada Rasulullah s.a.w
sehingga sanggup berbuat demikian.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Salam Ramadhan 1430 H

LAFAZ NIAT PUASA DAN BERBUKA PUASA

نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
Lafaz niat utk sebulan puasa
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”


نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
Lafaz niat puasa
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala”


Ini dia doa harian di bulan Ramadhan mulai dari hari pertama bulan Ramadhan sampai ke akhir,

Doa hari – 1

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dan tidunya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku … Wahai Tuhan sekalian alam!!
Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.

Doa hari – 2

Yaa Allah! Dekatkanlah aku kepada keridloan-MU dan jauhkanlah aku dan kemurkaan serta balasan-MU. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua Pengasih!!

Doa hari – 3

Yaa Allah! Benikanlah aku rizki, akal dan kewaspadaan. dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bagian untukku dari segala kebaikan yang KAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!

Doa hari – 4

Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berdzikir mengingat-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan-MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat.

Doa hari – 5

Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang sholeh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya’- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Doa hari – 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku karena perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!

Doa hari – 7

Yaa Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku dzikir berupa dzikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq-MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-onang yang sesat.

Doa hari – 8

Yaa Allah! Berilah aku rizki berupa kasih sayang tenhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-onang mulia, dengan kemuliaan-MU, Wahai tempat berlindung bagi orang-onang yang berharap.

Doa hari – 9

Yaa Allah! Sediakanlah untukku sebagian dri rahmat-MU yang luas, dan beriknalah aku petunjuik kepada ajaran-ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-MU yang penuh dengan kecintaan-MU, Wahai harapan orang-orang yang rindu.

Doa hari – 10

Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakal kepada-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang- orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-MU dengan ihsan-MIU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.

Doa hari – 11

Yaa Allah! Tanamkanlah dalam diniku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diniku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.

Doa hari – 12

Yaa Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diniku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut.

Doa hari – 13

Yaa Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menenima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin.

Doa hari – 14

Yaa Allah! Janganlah.Engkau hukum aku, karena kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala’ dan malapetaka dengan kemualian-MU, Wahai Kemulian kaum Muslimin.

Doa hari – 15

Yaa Allah! Berilah aku rizki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu’. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut.

Doa hari – 16

Yaa Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan seru sekalian alam.

Doa hari – 17

Yaa Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada didalam hati seluruh isi alam. Sholawat atas Mohammad dan keluarganya yang suci.

Doa hari – 18

Yaa Allah! Sedarkanlah aku akan berkah-berkah yang terdapat di saat saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikufi ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.

Doa hari – 19

Yaa Allah! Penuhilah bagianku dengan berkah-berkahnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari ketertedmaan kebaikan- kebaikannya, Wahai Pembed petunjuk kepada kebenaran yang terang.

Doa hari – 20

Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu sorga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu’min.

Doa hari – 21

Yaa Allah! benilah aku petunjuk menuju kepada kenidloan- MU. Dan janganlah Engkau bed jalan kepada setan untuk menguasaiku. Jadikanlah sorga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh kepenluan orang- orang yang meminta.

Doa hari – 22

Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu karunia-MU, turunkan untukku berkah-berkahmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keridloan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam sorga-MU yang luas, Wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Doa hari – 23

Yaa Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus kesalahan onang-orang yang berdosa.

Doa hari – 24

Yaa Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keridloan-MU, dan aku berlindung dengan- MU dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindani kemaksiatan tenhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta.

Doa hari – 25

Yaa Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga hati para Nabi.

Doa hari – 26

Yaa Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar.

Doa hari – 27

Yaa Allah! Rizkikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba- hambanya yang sholeh.

Doa hari – 28

Yaa Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU diantara semua perantara, Wahai Yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.

Doa hari – 29

Yaa Allah! Liputilah aku dengan rabmat dan benikanlah kepadaku Taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamb- hambaNYA yang Mu’min.

Doa hari – 30

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keridloan-MU dan keridloan Rasul. Cabang-cabangnya kokoh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Mohammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Mudah-mudahan dengan kita memperbanyak membaca doa, bulan Ramadhan ini menjadi berkah untuk kita semua. Amin… :-)

Rabu, 13 Mei 2009

BENGKEL RADIO PUISI PESISIR

Saudara/saudari Budiman,
Radio Puisi PESISIR merupakan salah satu aktiviti Kumpulan PESISIR Tumpat meluahkan rasa isi hati karya masing-masing dan info terkini untuk pendengar khususnya warga negara ini melalui capaian http://www.pesisir.net mulai jam 9 malam hingga 12.00 tgh malam.

Pada 23 Mei 2009 nanti, Radio Puisi Pesisir akan membuka konti di SMK Geting,Tumpat sempena Majlis KUMTIS (Kumpulan Tindakan Sivik) peringkat DUN Pengkalan Kubur,Tumpat,Kelantan. Majlis ini adalah anjuran Jabatan Penerangan Daerah Tumpat dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.

Tentatif program ini atau pengisiannya adalah seperti berikut :;-
7.30 pagi - Senamrobik Perdana
- gotong royong bersih Pantai Geting berjalan serentak
gotong royong membaiki rumah orang tua di Kg Ketil P.Kubur
9.00 pagi - Kaunter pameran Agensi/Jabatan/Swasta dibuka
16 agensi terlibat
- Pertandingan Mewarna bagi Kanak-kanak Tadika KEMAS/Perpaduan.
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma / Derma Darah
- Pemeriksaan Motorsikal oleh JPJ dan servis oleh Giat MARA
- Persembahan Simfoni Tradisional/Kebudayaan Tiong Hua dan India
serta Tarian Loy Krathong Siam(Komuniti Bestari Kg Terbak)
11.00 pagi - Majlis Perasmian
Ucapan Pengarah Penerangan Negeri Kelantan
Ucapan Datuk Pengarah JPP Negeri Kelantan
Ucapan Perasmian oleh YB ADUN Pengkalan Kubur

1.00 tgh - Kenduri Kampung

2.30 ptg - Pertandingan Dikir Barat Kenegaraan Komuniti Bestari Daerah Tumpat

6.00 ptg - Rehat

8.45 mlm - Infotaiment

ROY Kapilla,Tuan Kob Raja Saring, Pak Ku Kamal, Kohar Teknik,
Mat Yee Kota Raya, Rodi Seri Istana dan Azam Seruling Kasih.

12.00 mlm - Majlis Bersurai.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE PADANG SMK GETING , TUMPAT, KELANTAN.
PADA 23 MEI 2009
BERMULA JAM 7.30 PAGI HINGGA 12.00 MLM

Isnin, 20 April 2009

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
























Dasar Kebudayaan Kebangsaan
LatarbelakangKebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Rasional Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan - Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

ObjektifPembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:
(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;
(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;
(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.
Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

PenutupPenggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.





Selasa, 14 April 2009

BATU BELACHAN BUKIT SELAMBAU

BAGI PENYOKONG PKR YG BEGITU RAMAI DI LADANG INI, CUBA FIKIR-FIKIR LA MASA DEPAN ANDA.......
KEHIDUPAN MASYARAKAT YG AMAT MENYEDIHKAN DGN KESEMPITAN HIDUP YANG AMAT KETARA SEKALI.
JIKA ANDA TIDAK BERUBAH SELAGI ITU LAH,ANDA HIDUP DALAM KEDHAIFAN DAN KEMELARATAN.
CALON PILIHAN ANDA TIDAK MAMPU MENGUBAH NASIB ANDA.
SEMOGA PIMPINAN MIC, AMBIL CAKNA DI ATAS PERMASALAHAN YG BEGITU KETARA INI.





DI SINI LAH TEMPAT PENGUNDI DI PETI UNDI BATU BELACHAN MEMBUANG UNDI.KEPUTUSAN BERPIHAK KPD CALON BN MELEBIHI SEBANYAK 82 UNDI BAGI PETI UNDI INI.TETAPI APAKAH SEJUMLAH ATAU SEPARUH LAGI DARI WARGA BATU BELACHAN YG MEMILIH YB MANIKUMAR DARI PKR DAPAT MEMBERI ATAU MEMBANTU MEREKA..BAGI MENGATASI MASALAH YG YG TELAH DISENARAIKAN SPT MASALAH KEMISKINAN,KEMUDAHAN ASAS DAN PELBAGAI MASALAH LAGI.


BERMULA DARI TADIKA,ANAK-ANAK DIASUH BAGAIKAN KAIN PUTIH.MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA. OLEH ITU WARGA BATU BELACHAN ,MARI LAH SAMA-SAMA KITA MENJAYAKAN PROGRAM MALAYSIA PERKASA-ONE MALAYSIA RAKYAT DIUTAMAKAN-PERFORMANCE NOW.



MASYARAKAT INDIA DI ESTATE BUKIT SELAMBAU DAN LUBUK SEGINTAH ESTATE PERLU MENUKAR SIKAP MEREKA JIKA KEPENTINGAN PENDIDIKAN MASYARAKAT INDIA DIUTAMAKAN DEMI MENJAMIN MASA DEPAN KAUM INDIA.
ILMU LA H YG DAPAT MENJAMIN MUTU KEHIDUPAN YG SELESA DAN MASYARAKAT AKAN BERUBAH JIKA ILMU DIUTAMAKAN.



PADA HARI TU..PIHAK KEDA DAH MENJENGUK DAN MENINJAU UNTUK PEMBAIKAN SETELAH BERTAHUN WARGA KG INI TERPUTUS PERHUBUNGAN.HANYA MOTORSIKAL DAN BASIKAL YG BOLEH MELALUINYA.INDUSTRI KECIL(KUIH-MUIH) SGT SUKAR UNTUK MEMASARKANNYA DISEBABKAN TERPUTUS JALAN PERHUBUNGAN INI.
ADAKAH YB MANIKUMAR DAPAT MENYEGERAKAN KEPERLUAN KEMUDAHAN ASAS INI.kalau TIDAK nasib la PENGUNDI BKT SELAMBAU YG MENGUNDI DAN MEMILIH CALON yg menjadi PILIHAN MEREKA...




ADAKAH JALAN (PEMBINAAN CULVERT) DI KG PAYA BENDANG INI SUDAH SIAP DIBINA OLEH PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA KECIL LEPAS.
atau adakah ADUN BKT SELAMBAU YB MANIKUMAR TELAH MENJEJAKKAN KAKINYA DI SINI?
ATAU SEKADAR GIMIK POLITIK HANYA MENJENGUK SEMASA MENIKMATI GULAI KAWAH DIRUMAH PAK AYOB SAHAJA??//




Ahad, 12 April 2009

RUKUN NEGARA

Bagaimana Masalah 13 Mei 1969 Boleh Membentuk Perpaduan Negara Malaysia Yang Lebih Baik

1.0 PENDAHULUAN
Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memeprolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.
1.1 Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969 Banyak faktor yang telah mempengaruhi berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Antaranya ialah:
1.1.1 Dasar Pecah Dan Perintah British Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
1.1.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.
1.1.3 Perbezaan Agama Dan Kebudayaan Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.
1.1.4 Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun keluarga mereka iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonimi secara tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.
1.1.5 Persatuan-persatuan Etnik Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.
1.1.6 Pendudukan Jepun Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.
1.17 Membangkitkan Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum 1969. Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik yang bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara kaum dan akhirnya setelah memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang melayu. Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu melalui UMNO telah mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.
1.2 Gambaran Detik-Detik 13 Mei 1969 Secara Ringkas Pada 13 Mei 1969 anggota Parti Gerakan dan DAP yang telah berjaya memenangi sebanyak 35 kerusi dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerajaan Parti Perikatan telah mengadakan perarakan untuk meraikan kemenangan mereka dalam pilihanraya tahun 1969. Ketika perarakan berlangsung mereka gagal mengawal emosi hingga membangkitkan soal-soal sensitif seperti mempertikaikan ketuanan Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dalam masa yang sama pihak komunis dan kongsi gelap turut memainkan peranan mengeruhkan keadaan hingga berlaku cacian, provokasi dan hinaan terhadap bangsa Melayu. Hal ini telah menimbulkan kemarahan yang amat sangat kaum Melayu lalu mereka bertindak balas selepas sekumpulan Melayu diserang oleh sekumpulan Cina dari Setapak. Orang Melayu yang bertindak balas ini ialah mereka yang mengikuti perarakan anjuran UMNO Selangor yang diketuai oleh Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Perarakan yang dianjurkan oleh UMNO Selangor ini telah mendapat kelulusan daripada pihak polis kerana beberapa sebab iaitu: 1. DAP dan gerakan telah mengadakan perarakan sama ada secara haram atau tidak sejak 11 Mei 1969 lagi 2. Perasaan Orang Melayu di ibu negara pada ketika itu selepas pilihanraya memuncak akibat cacian yang berbaur perkauman dan jika ia dibatalkan ia akan mencetuskan rusuhan kaum. 3. Adalah difikirkan bahawa jaminan yang sebaik-baiknya untuk mencegah kekacauan ialah dengan membenarkan perarakan yang dijalankan secara rapi. 4. Janji Datuk Harun Idris dan pengikutnya untuk berarak secara aman.
Serangan balas oleh Orang Melayu tersebut telah menimbulkan kekecohan yang akhirnya telah mengorbankan banyak nyawa serta telah menyebabkan kerugian harta benda yang banyak. Maka tercetuslah episod berdarah 13 Mei 1969 yang sehingga kini masih diperkatakan.
2.0 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perlkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyaralat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair. Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu : 1) Integrasi Satu merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesuatu unit politik. 2) Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Namun dalam jika diteliti kedua-dua aspek di atas kerajaan lebih banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969.
2.1 Usaha Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
2.1.1 Mengisytiharkan Darurat Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka. Ketiga untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.
2.1.2 Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN ) Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa. Fungsi utama MAGERAN ini ialah: 1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara. 2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna. 3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia. Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
2.1.3 Menubuhkan Majlis Perundingan Negara Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil: a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN. b) Kerajaan-kerajaan Negeri. c) Parti-parti Politik. d) Sabah dan Sarawak. e) Kumpulan-kumpulan Agama. f) Badan-badan Profesional. g) Perkhidmatan Awam. h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan. i) Wartawan. j) Persatuan Guru-guru. k) Kumpulan Minoriti. Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.
2.1.4 Memperkenalkan Rukun Negara. Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah: 1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat. 2) Memelihara cara hidup demokratik. 3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. 4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak. 5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi. Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu: 1. Kepercayaan Kepada Tuhan. 2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara.. 3. Kedaulatan Undang-undang 4. Keluhuran Perlembagaan. 5. Kesopanan Dan Kesusilaan
2.1.5 Pembentukan Majlis Muhibah
Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN. Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Ini bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia. Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.
2.1.6 Penyusunan Semula Politik (Barisan Nasional) Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.
3.0 Dasar-Dasar Kerajaan Untuk Membentuk Perpaduan Yang Lebih Baik Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap perpaduan rakyat Malaysia. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein menyedari akan hal ini kerana jika ia tidak dibendung atau disekat ia akan mencetuskan satu situasi yang tidak diingini sekali lagi. Justeru pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi maslah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa.
3.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu: 3.1.1 Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah. Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut: a) Penyediaan infrastruktur parit dan taliair termasuk pemberian subsidi dan kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun. b) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang ditujukan kepada pekebun kecil. c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan lebih berguna. d) Memlaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA). e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital, sekolah bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah.
3.1.2 Penyusunan Semula Masyarakat Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990. Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB: i) Meningkatkan pendapatan da taraf hidup golongan kurang berupaya. ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti. iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera. v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar Bumiputera. vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta. Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB. Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah: 1. Permodalan Nasional Berhad (PNB). 2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). 3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). 4. Bank Negara. 5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad. 6. Skim Amnah Saham Bumiputera. 7. Majlis Amanah Rakyat (MARA). 8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).
3.1.2 Pencapaian DEB Setelah Tahun 1990. Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB masih lagi belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatn isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan.
3.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah yang telah diambil ialah:
1. Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah rendah. 2. Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah menengah.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu mula diperkenalkan di sekolah rendah pad athaun 1970 tetapi mulai tahun 1983 semua kursus tahun pertama di peringkat universiti diajar dalam Bahasa Melayu. Objektif utama sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya. Antara matlamat lain dasar ini ialah: i) Untuk menghasilkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. ii) Menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga kerja khasnya dalam bidang sains dan teknologi. iii) Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan politik negara. iv) Membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain. v) Mengurangkan pembaziran tenaga kerja akibat terlalu ramai murid yang keciciran dari alam persekolahan pada usia yang muda hingga mengurangkan potensi kerja negara. vi) Mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yag kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar.
Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah: a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. b) Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah. c) Memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 berdasarkan kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988. d) Mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan. e) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan perpaduan. f) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan mempelbagaikan kemudahan pelajaran.
Langkah-langkah di atas amat penting untuk memupuk perpaduan terutamanya langkah yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Ini akan memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat berinteraksi dengan menggunakan satu bahasa tunggal iaitu Bahasa Melayu. Melalui aktiviti ko-kurikulum pula akan dapat melahirkan insan generasi yang dapat menghargai perpaduan dan bermoral tinggi agar tidak berlaku lagi ulangan kepada peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga boleh dihayati menerusi falsafah pendidikan negara yang telah ditetapkan seperti berikut: “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Jika diteliti falsafah pendidikan negara di atas nyata bahawa dasar pendidikan negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada negara yang secara simboliknya menuntut usaha ke arah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tidak akan berulang.
3.3 Dasar Kebudayaan Kebangsaan Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat dignakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia. Dasar Kebudayyan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu: I) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini; II) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan. III) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Dasar ini juga penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang budaya masing-masing agar perasaan prasangka anatara satu sama lain dapat dihindari. Antara lain dasar ini juga menolak unsur-unsur barat yang tidak sesuai daripada meresap masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah: i) Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. ii) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan. iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia.
3.3.1 Pelaksananan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang paling penting ialah soal pelaksanaan keran jika ia hanya sempurna di atas kertas tetapi tidak dapat diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia dibentuk. Begitu jua dalam soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dilaksanakan seperti di bawah agar matlamatnya tercapai: 1. Memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan kebudayaan di peringkat negeri dan nasional. 2. Memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan kebudayaan. 3. Meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara kita. 4. Memupuk kesedaran kebangsaan. 5. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara.
3.4 Dasar Pembangunan Nasional (DPB) Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000. Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil . Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum. DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut: a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. c) Mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia. d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan luar bandar dan bandar. e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara. f) Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden. h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah digariskan kepada pendekatan strategi ekonomi DEB iaitu: a) Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif. b) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera. c) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat d) Memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. DPN merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan menerusi DEB dan bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan sentosa.
4.0 Penutup Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak memberikan kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut yang lain ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentk sebuah negara Malaysia yang aman damai, harmoni hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana yang aman damai. Jika dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin. Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku amak semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan salig membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya. Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional serta wawasan
SAIFUL AZRUL CHE LAH MOHD SYAHIR ISMAIL MOHD RIZAL SHAMSUDDIN
Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti berikut:-
· Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat
· Untuk memelihara cara hidup demokratik
· Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
· Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan
· Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden

Strategi Mencapai Objektif Rukun Negara
· Menubuhkan Majlis Perpaduan Negara / Majlis Penasihat Perpaduan Negara pada tahun 1971
· Memasukkan unsur-unsur rukun negara ke dalam program agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
· Memasukkan unsur-unsur rukun negara ke dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi
· Menyebatikan prinsip-prinsip rukun negara ke dalam peraturan pertubuhan dan dan ikrar rasmi; dan
· Melantik Panel Penasihat Lembaga Perpaduan Negara pada tahun 1974
Apabila Rukun Negara Tidak Dihayati
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 13 Disember 2007

Oleh : Salza Hedra
Ekoran dari rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, lantas Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk memastikan keamanan negara terus terpelihara. MAGERAN kemudiannya telah mewujudkan Majlis Perundingan Negara bagi membincangkan Strategi Perpaduan Nasional. Pada tarikh kemerdekaan negara 31 Ogos 1970 maka ideologi negara iaitu Rukun Negara mula diperkenalkan.
Matlamat utamanya adalah untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. Rukun Negara merupakan satu manifestasi kecintaan kepada negara yang telah berjaya memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Ia adalah sesuatu yang sentiasa relevan dalam konteks negara kita.
Penulis masih ingat lagi di mana setiap pagi dalam perbarisan pagi selepas menyanyikan lagu Negaraku, pelajar-pelajar diwajibkan untuk mengikrarkan Rukun Negara sebelum mendengar ucapan Guru Besar. Rukun Negara juga perlu dihafal oleh setiap pelajar dan kadang-kadang ia menjadi salah satu soalan penting oleh guru kelas. Ianya memberikan makna terbesar dalam kehidupan rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.
Prinsip pertama Rukun Negara yang pertama; Kepercayaan Kepada Tuhan. Di Malaysia, agama Islam adalah agama rasmi negara sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak beragama juga diberikan kepada semua rakyatnya. Mereka bebas menjalankan atau mengamalkan kepercayaan masing-masing. Manusia yang berpegang kepada agama mudah untuk diuruskan.
Mana-mana agama sekalipun menggalakkan kebaikan dan menegah melakukan perkara yang terlarang. Di Malaysia terdapat masjid, tokong, kuil-kuil dan gereja. Ini dengan jelas membuktikan bahawa prinsip pertama Rukunegara dipraktikkan oleh Kerajaan. Lantaran itu, kenapa mesti wujud demonstrasi yang kononnya di Malaysia penganut-penganut agama tertentu dikekang daripada melaksanakan kepercayaan mereka? Apakah benar tuduhan mereka ini?
Isu agama amat sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. Mana-mana perkara yang menyentuh sensitiviti kaum amat dipandang serius oleh kerajaan. Justeru itu kerajaan tidak menggalakkan isu seperti ini dibincangkan secara terbuka. Lebih ditakuti apabila isu sebegini diperalatkan oleh individu-individu atau badan-badan tertentu untuk kepentingan peribadi atau politik mereka.
Prinsip kedua Rukun Negara adalah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Rakyat dituntut untuk setia kepada Raja dan negara. Prinsip ini secara jelas mengakui bahawa DYMM Yang DiPertuan Agong merupakan Ketua Negara dan Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Negeri. Raja adalah lambang kesatuan dan penyatuan rakyat serta pelindung hak istimewa kaum peribumi. Menderhaka kepada Raja bermaksud menderhaka kepada negara. Setiap rakyat sesebuah negara itu wajib setia kepada negara sekiranya mereka mengakui diri mereka adalah rakyat negara itu.
Apa akan jadi sekiranya ada golongan yang memperalatkan Raja demi kepentingan politik mereka? Apa akan jadi sekiranya kesetiaan yang ditunjukkan bukan kepada Raja negara ini tetapi kepada Raja di luar negara? Apa akan terjadi sekiranya ada tindakan mengundang campur tangan pemimpin negara luar dalam hal ehwal dalaman negara sendiri. Dalam senario ini, rasa cinta dan setia mereka kepada Raja dan negara boleh dipertikaikan.
Prinsip ketiga Rukun Negara adalah Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan negara dibentuk dengan berpaksikan kepada senario tanahair tercinta. Ianya luhur, suci, unggul dan merupakan undang-undang utama negara. Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya.
Kita hairan sejak kebelakangan ini seolah-olah adanya usaha daripada golongan tertentu untuk mengubah Perlembagaan apabila mereka mula merasakan bahawa Perlembagaan negara sudah tidak relevan lagi apatah lagi bila dilihat hanya menguntungkan orang-orang Melayu sahaja. Lebih malang lagi, ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak langsung mengetahui dan memahami Perlembagaan Negara sendiri. Justeru itu, mereka mudah dipengaruhi oleh golongan yang mempunyai kepentingan dan agenda tersembunyi.
Prinsip keempat Rukun Negara adalah Kedaulatan Undang-Undang. Rakyat dituntut untuk mematuhi undang-undang dan ditegah melanggarinya. Rakyat bertanggungjawab memelihara kedaulatan undang-undang negara kerana dengannya kita akan hidup aman dan damai.
Akhir-akhir ini juga terdapat golongan tertentu yang memperlekehkan undang-undang negara; melakukan demonstrasi jalanan tanpa permit untuk meluahkan rasa tidak puashati mereka - BERSIH (pilihan raya), HINDRAF (penghapusan etnik) dan pengamal undang undang (sistem pelantikan hakim dan kebebasan bersuara).
Undang undang perlu diberi keutamaan kerana ia adalah lambang kedaulatan negara. Ia merupakan peraturan dan tatacara perlakuan untuk memastikan negara sentiasa selamat daripada ancaman dalaman dan luaran.
Prinsip kelima Rukun Negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan. Kedua-dua perkara ini berkaitan dengan adab dan adat ketimuran yang tinggi nilai dan budayanya. Sebagai negara yang beradab dan berbudaya, jangan sesekali kita menghina dan memalukan negara sendiri dengan tindakan-tindakan yang menyanggahi budaya kita. Jangan kita jadikan budaya luar sebagai galang gantinya kepada adat dan budaya sendiri yang lebih tinggi dan berhemah.
Sanggupkah menggadai keharmornian antara kaum yang telah terjalin sekian lama? Sanggupkah mengundang pertelingkahan kaum yang hanya menjanjikan airmata dan pertumpahan darah? Sanggupkah kita lihat negara kita dicatur oleh negara luar yang langsung tidak memahami budaya kita?
Sejak kebelakangan ini banyak laman web dan blog mengutarakan artikel yang acapkali menghentam pentadbiran kerajaan khususnya Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan parti Barisan Nasional (BN) yang dipengerusikannya. Lebih memilukan apabila isu-isu berbau perkauman dijadikan bahan penulisan kononnya membela golongan yang ditindas termasuk percubaan fitnah dengan memaparkan ketidakadilan oleh pihak kerajaan.
Mengapa prinsip-prinsip yang begitu agung dan cantik dalam Rukun Negara ini sanggup dikesampingkan oleh segelintir golongan rakyat kita ini? Adakah mereka lupa bahawa kita berjaya dan hidup harmoni berpaksikan kepada prinsip-prinsip tersebut?

Rabu, 22 Oktober 2008 11:05
Membina Sebuah Masyarakat yang Progresif

Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuahmasyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.
Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.









Perkongsian ilmu….Rukun Negara MalaysiaKementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan MalaysiaSejak kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, system pemerintahan demokrasi berparlimen yang dipilih oleh Malaysia telah berjalan dengan lancar sehingga kini. Sejarah pilihanraya hanya mencatat sedikit kecemaran pada tahun 1969 dalam pilihanraya keempat setelah merdeka apabila pihak pembangkang yang memperoleh sedikit peningkatan telah terpengaruh dengan emosi perkauman yang membabitkan perasaan marah kepada orang awam. Dan peristiwa pilihan raya tersebut berulang kembali pada pilihanraya ke 12 pada 2008.Mengapa peristiwa pilihanraya ke4 berulang kembali pada 2008???Mengapa berlakunya kecemaran pada pilihanraya ke4???Sedar atau xsedar, 13 Mei 1969 berlaku beberapa hari selepas tamatnya pilihanraya ke4!!!Rusuhan kecil telah berlaku di Kuala Lumpur akibat terlalu ghairah meraikan kemenangan oleh parti pembangkang. Sebelum impaknya merebak, kerajaan telah segera mengambil tindakan mengawal ketenteraman awam dengan mengisytiharkan darurat. Peristiwa rusuhan kecil ini telah mengorbankan 196 nyawa dan ia dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei. Parlimen telah di gantung pada 16 Mei 1969 dan pemerintahan Negara di tadbir oleh Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) yang diketuai oleh YAB Tun Abdul Razak.Mageran telah bertindak pantas dan cemerlang dengan menubuhkan beberapa majlis seperti Sekretariat Hal Ehwal Awam, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Agensi kerajaan ini telah membuat penyelidikan dan kajian untuk mengesan masalah dan punca berlakunya Peristiwa 13 Mei. Faktor utama penyebab adalah perpaduan dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Melalui Majlis Perundingan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara, beberapa dasar telah di lancarkan. Dasar Perpaduan Negara di lancar menerusi Rukun Negara dan ekonomi menerusi Dasar Ekonomi Baru.Isu perpaduan kepada masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum adalah isu terpenting. MAGERAN yang ahli-ahlinya terdiri dari pelbagai kaum dan kepakaran telah menyusun program-program perpaduan. Unsur-unsur perpaduan negara di terapkan dalam semua bidang dan kegiatan seperti ekonomi, seni, politik, sosial dan di dalam dasar pelajaran, perkhidmatan, bahasa dan kesusateraan kebangsaan, seni dan muzik. Ia berkembang dan dikembangkan mengikut teras dan dasar yang tersirat dalam Rukun Negara.Rukun Negara telah di isytiharkan dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara di perkenalkan sebagai pengikat dan pembina perasaan dan semangat cintakan negara di kalangan rakyat. Segala aktiviti dan acara menyambut kemerdekaan pada tahun 1970 telah di isi dengan persembahan yang berteraskan Rukun Negara. Tema Muhibah dan Perpaduan di jadikan tema Hari Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan di namakan sebagai Hari Kebangsaan. Sebagai tonggak negara, Rukun Negara mengandungi prinsip-prinsip yang menjadi panduan untuk semua tindakan negara dalam membina satu masyarakat yang bersatu, demokrasi, adil, liberal dan progresif.Pada 23 Februari 1971 kerajaan berparlimen berfungsi semula dan Rukun Negara terus kekal sebagai panduan dan tonggak segala perancangan. Majlis Perundingan Negara dan Majlis Muhibah telah di bubarkan. Jabatan Perpaduan Negara yang bertanggungjawab telah memastikan Rukun Negara terus di masyarakatkan dan ianya telah di letakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jawatankuasa Muhibah juga telah ditubuhkan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kawasan bagi meneruskan usaha dan memainkan peranan dalam mengadakan program-program perpaduan berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.Rukun Negara pada dasarnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu cita-cita dan prnsip. Cita-cita yang termaktub di dalamnya ialah ke arahmencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatmemelihara satu cara hidup demokratikmencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksamamenjamin satu cara hidup yang liberalmelahirkan satu masyarakat progresif.Prinsip-prinsip Rukun Negara ialahKepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-UndangKesopanan dan KesusilaanRukun Negara merupakan falsafah dan ideologi negara hasil sumbangan pemimpin dan rakyat pelbagai kaum dari kepakaran yang tidak ternilai. Ia perlu di hayati oleh setiap warganegara yang cintakan keamanan dan keharmonian. Falsafah yang bernilai tinggi ini adalah perlu di ingati oleh setiap warganegara Malaysia bagi memastikan kelestarian dan kesesuaiannya sepanjang masa.Malaysia ialah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri dari pelbagai kaum. Berbagai-bagai corak nilai hidup sosial, kebudayaan dan ekonomi yang terdapat dalam masyarakat kita yang pelbagai kaum ini di rumitkan pula oleh keadaan di mana golongan-golongan ekonomi tertentu terdiri dari kaum-kaum tertentu, bertempat di kawasan-kawasan tertentu. Faktor yang membelahbahagikan lagi masyarakat kita ialah jarak generasi yang jelas kelihatan.Ramai di antara kita tentu ingat lagi akan keraguan-keraguan sewaktu kita mencapai kemerdekaan di sebabkan oleh sifat dan corak masyarakat kita. Tetapi keazaman kita hendaklah membina satu bangsa Malaysia yang bersatupadu telah membangkitkan semangat rakyat kita berusaha sedaya upaya dengan di hadapi oleh rintangan-rintangan ini, untuk membina satu masyarakat di mana satu bangsa terdiri dari pelbagai kaum, agama dan kebudayaan akan kekal dan maju. Kita yakin bahawa keadaan kita yang pelbagai corak itu boleh menjadi satu sumber kekuatan kita.Penduduk-penduduk negara ini sudah beberapa keturunan hidup bersama-sama dalam suasana aman dan damai dengan menikmati kekayaan alam tanah air kita. Bersama-sama kita telah berusaha untuk mencapai kemerdekaan dan bersama-sama kita telah menentang beberapa pencerobohan terhadap keutuhan dan kemerdekaan negara kita. Secara berhati-hati tetapi pasti kita telah bersama-sama membina satu masyarakat dalam di mana setiap rakyat mendapat tempat dan kesempatan mencari kehidupan.Namun usaha-usaha kita membina Bangsa dan Negara telah di ganggu oleh kegiatan anasir-anasir perosak. Anasir-anasir ini terdapat di kalangan semua kaum. Dari semasa ke semasa sikap-sikap perkauman dan prasangka-prasangka perkauman yang terpendam telah diperguna dengan berbagai-bagai helah sehingga mengakibatkan berlakunya peristiwa-peristiwa perkauman. Peristiwa perkauman yang mengejutkan sekali ialah rusuhan yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 di ibu kota.Semua faktor-faktor ini menunjukkan betapa perlunya kita berikhtiar semula dan melipatgandakan lagi usaha-usaha kita untuk membina Bangsa dan Negara.Tugas memperkukuh Bangsa dan Negara adalah tanggungjawab setiap rakyat. Tugas ini memerlukan satu penyusunan dan perlaksanaan dasar-dasar dan rancangan-rancangan yang sempurna, dinamik, kemas dan teratur. Kegiatan-kegiatan dalam lapangan politik, ekonomi, pelajaran, kemasyarakatan dan kebudayaan mestilah diselaraskan dengan tujuan perpaduan Bangsa dan Negara.Inilah tugas yang mustahak sekali kita hadapi dan bagaimana kita bertindak menghadapi cabara ni akan menentukan sama ada boleh atau tidak sebagai satu Bangsa dan Negara yang akan wujud kekal dan berjaya . Kita sekarang perlu memperbaharui tekad kita menuju kepada tujuan-tujuan tertentu-tertentu , tujuan –tujuan yang akan melahirkan kepentingan bersama dan perasaan keperibadian bangsa yang sama.Adalah jelas bahawa jalan di hadapan kita tidak luput dari persoalan-persoalan. Bagaimanapun hal ini janganlah menjadi halangan kepada kita. Kehidupan memang penuh dengan persoalan-persoalan. Semua itu bergantung kepada kita. Jika kita dapat menghadapi cabaran-cabaran zaman kita ini dan menggunakan satu peluang nescaya kita akan muncul sebagai satu Bangsa dan Negara yang lebih kukuh dan padu, di satukan oleh kenangan sejarah, kenangan kejayaan dan kesusahan yang kita warisi bersama, serta bertambah yakin akan kesanggupan kita di masa hadapan dan sedia bersama bergerak maju untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi.Dalam usaha kita mencapai tujuan ini kita akan berpandu kepada prinsip-prinsip tertentu yang lahir dari sejarah yang sama,melambangkan saintis fikiran dan perasaan dan termaktub dalam Perlembagaan kita. Tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip ini yang dapat diterima oleh semua dan dapat di gunakan untuk semua akan menjadi ikatan yang menyatupadukan kita. Tujuan-tujuan yang diterima sepenuhnya oleh Bangsa dan Negara kita ini serta prinsip-prinsip yang akan membimbing gerak langkah kita akan bersama menjadi Rukun Negara.