Jumaat, 27 Februari 2009

"CELAKA" KARPAL HAMPIR TIBA SAATNYA


Dipetik dari Agendadaily

Akhirnya Karpal Singh hampir celaka...


Kerana mulut badan binasa. Gara-gara menuduh Pemuda UMNO celaka, pengerusi DAP Karpal Singh, petang Khamis hampir menerima padah apabila sekumpulan pemimpin UMNO Selangor menghalang beliau masuk ke bangunan Parlimen selagi belum minta maaf. Insiden kekecohan itu berlaku di pintu masuk lobi menara bangunan Parlimen kira-kira jam 2.30 petang apabila 13 ketua Pemuda UMNO Bahagian di negeri itu sudah bersedia setengah jam sebelum itu menunggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sampai bagi sessi petang sidang Dewan Rakyat.
(Gambar: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menjeritkan sesuatu kepada kumpulan Pemuda UMNO) Walaupun hujan dan sebahagian mereka basah, kumpulan itu terus meluru ke arah Karpal yang baru tiba dan menaiki kerusi roda untuk menuju lif fi lobi menara tersebut. Beberapa pemimpin Pemuda terbabit kemudiannya meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda UMNO celaka" di dalam dewan, Rabu dan meminta pemimpin DAP itu mengulanginya. Mereka juga meminta Karpal meminta maaf tetapi Karpal tidak bercakap apa-apa menyebabkan kumpulan itu terus mendesaknya. Ketika kekecohan itu, beberapa ahli parlimen yang dimaklumkan insiden tersebut, meluru ke arah kumpulan Pemuda UMNO dan hampir mencetuskan ketegangan. Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara tersebut. Namun, keadaan panas semula apabila anak Karpal, Gobind Singh Deo turun dari Parlimen dan mencabar Pemuda UMNO Selangor berdepan dengannya. Cabar mencabar antara kedua-dua pihak kemudian dileraikan pihak berkuasa. Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing dan Ketua Pentadbiran Parlimen, Datuk Kamaruddin Baria serta Penyelaras BN, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Datuk Omardin yang ditemui selepas itu berkata, mereka datang secara baik untuk mendengar sendiri dari mulut Karpal tentang kenyataannya bahawa Pemuda UMNO celaka. “Pemuda UMNO Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam. Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani mengulangi apa dia sebut semalam depan 13 ketua pemuda UMNO bahagian,” tegasnya. Menurut beliau, terlalu banyak kenyataan Karpal yang melukakan hati UMNO dan orang Melayu. “Adalah tidak wajar perkataan celaka disebut dalam Parlimen, tempat yang darjatnya begitu tinggi bagi mendengar masalah rakyat dan negara. Kalau beliau ada masalah dengan Pemuda UMNO, beliau boleh buat kenyataan di luar bukannya berselindung di Dewan Rakyat,” katanya. Katanya, Karpal memulakan perkara ini dan beliau perlu menamatkannya. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang, Md Salleh Engku Jamal berkata, Pemuda UMNO Selangor sanggup mati bagi mempertahankan maruah orang Melayu dan parti UMNO. “Karpal kata Pemuda UMNO celaka bermakna dia juga mengatakan orang Melayu juga celaka,” katanya.- 26/2/2009

Selasa, 24 Februari 2009

SEMBAH IKRAR TAAT SETIA PATIK BAGI PIHAK KERAJAAN DAN RAKYAT TUANKU



DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue
:
ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR
Date
:
07/06/2008
Title
:
UCAPAN SEMPENA ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
MENGADAP SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAHMENGADAP SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONGTUANKU NUR ZAHIRAHAMPUN TUANKUSEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN
1. BAGI PIHAK KERAJAAN DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA,
PATIK MELAFAZKAN DOA KESYUKURAN KERANA PADA HARI INI, NEGARA MALAYSIA DAN SELURUH WARGANYA DAPAT SEKALI LAGI MENGADAKAN ACARA SAMBUTAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG.
2. PATIK MENDOAKAN AGAR TUANKU SERTA TUANKU RAJA PERMAISURI AGONG BERADA DALAM KEAFIATAN, BERSEMAYAM DI TAKHTA KERAJAAN DENGAN SEGALA KEBESARAN DAN KEDAULATAN. SELURUH RAKYAT NEGARA INI MEMBULATKAN IKRAR TAAT SETIA KEPADA TUANKU, SEMOGA AKAN TERUS MEMERINTAH NEGARA DENGAN PENUH ADIL DAN TAKZIM, SERTA TERUS BERPERANAN SEBAGAI LAMBANG KEUTUHAN NEGARA. SEMOGA NEGARA DAN RAKYAT YANG BERADA DI BAWAH PAYUNG NAUNGAN TUANKU, AKAN DIKURNIA DAN DILIMPAHKAN OLEH ALLAH S.W.T. SEGALA KERAHMATAN, KEBERKATAN DAN KESEJAHTERAAN JUA HENDAKNYA. AMIN, YA RABBAL ALAMIN.AMPUN TUANKU
3. PELBAGAI PERISTIWA PENTING TELAH BERLAKU DALAM NEGARA INI YANG DINAUNGI PADUKA TUANKU UNTUK TEMPOH SETAHUN TERAKHIR YANG LALU.
PADA OGOS LEPAS, RAKYAT MALAYSIA DI SELURUH PELUSUK NEGARA TELAH SAMA-SAMA MERAIKAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KE-50 YANG DISAMBUT DENGAN PENUH WARNA-WARNI DAN GILANG GEMILANG. PADA 10 OKTOBER YANG LALU, DALAM KEHENINGAN MALAM DI BULAN RAMADHAN,
PERASAAN BANGGA DAN GEMBIRA SELURUH WARGA MALAYSIA JELAS TERPANCAR APABILA SEORANG ANAK MUDA NEGARA BERLEPAS KE STESEN ANGKASA ANTARABANGSA (ISS) MENJADI ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA. DAN PADA BULAN MAC YANG LEPAS PULA,
KITA TELAH SAMA-SAMA MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGA DI SEBUAH NEGARA YANG MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN, MENGUNDI DI DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-12.
4. BERKAT RESTU DAN SOKONGAN TUANKU, KERAJAAN TELAH DIBENTUK DAN KINI KEMBALI MENJALANKAN TUGAS, MELAKSANAKAN PELBAGAI STRATEGI DAN PROGRAM UNTUK MENJANA PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PATIK BERSAMA ANGGOTA JEMAAH MENTERI, DENGAN DIBANTU OLEH BARISAN JENTERA KERAJAAN, UNTUK MENJUNJUNG TITAH TUANKU DAN MEMASTIKAN AGAR TANGGUNGJAWAB MEMBANGUNKAN NEGARA AKAN DILAKSANAKAN DENGAN PENUH AMANAH DAN DEDIKASI.AMPUN TUANKU,
5. KEWUJUDAN INSTITUSI YANG EFISIEN, KUKUH DAN MAPAN MERUPAKAN PRASYARAT UTAMA UNTUK MENCAPAI TAHAP SEBUAH NEGARA YANG MAJU DAN DISEGANI. MENYEDARI AKAN HAKIKAT INI, KERAJAAN SENTIASA BERILTIZAM DAN KOMITED DALAM USAHA MENAMBAHBAIK PELBAGAI INSTITUSI YANG MENJADI TONGGAK PENTADBIRAN DAN PERLAKSANAAN NEGARA. PELBAGAI USAHA TELAH DIGAGAS DAN DILAKSANAKAN DI SEGENAP INSTITUSI DAN KINI, USAHA DAN KOMITMEN TERSEBUT TELAH MULA MEMBUAHKAN HASIL. PERKHIDMATAN AWAM, PERGURUAN, KEPOLISAN DAN KETENTERAAN MERUPAKAN ANTARA INSTITUSI YANG TELAH TERLIBAT DENGAN USAHA INI. NAMUN, USAHA DAN KOMITMEN KERAJAAN DALAM KONTEKS INI TIDAK TERHENTI HANYA SETAKAT ITU. PELBAGAI USAHA TERUS DIRANCANG DAN AKAN DILAKSANAKAN, BAIK UNTUK TERUS MENAMBAHBAIK INSTITUSI-INTITUSI YANG TELAH DIBERIKAN FOKUS SEBELUM INI, MAHUPUN KEPADA INTISTUSI-INSTITUSI YANG LAIN.
6. MENDAHULUI SENARAI ADALAH SISTEM KEHAKIMAN NEGARA. SEBAGAI SALAH SATU DARIPADA TIGA CABANG UTAMA NEGARA, ADALAH AMAT PENTING UNTUK SISTEM KEHAKIMAN DIPASTIKAN MENJADI SEBUAH INSTITUSI YANG ADIL, DIHORMATI DAN DIYAKINI. JUSTERU, INSTITUSI INI MERUPAKAN INSTITUSI YANG MENDAPAT PERHATIAN TERAWAL KERAJAAN SEBAIK SAHAJA PILIHANRAYA UMUM YANG LALU BERAKHIR. KERAJAAN TELAH MENGUMUMKAN PENUBUHAN SATU SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN YANG BERTUJUAN UNTUK MENAMBAHBAIK PROSES PELANTIKAN HAKIM-HAKIM NEGARA SUPAYA LEBIH TELUS DAN SISTEMATIK. STRUKTUR SURUHANJAYA TERSEBUT KINI SEDANG DIBINCANGKAN DENGAN MEREKA YANG BERKEPENTINGAN DALAM BIDANG KEHAKIMAN NEGARA; BUTIRANNYA AKAN DIMUKTAMADKAN DAN DIBENTANGKAN DALAM SESI PARLIMEN YANG AKAN DATANG.
7. KERAJAAN JUGA AKUR DAN AMAT PRIHATIN KEPADA HAKIKAT BAHAWA SESEBUAH NEGARA ITU AKAN LUMPUH DAN TUMBANG JIKA MASALAH RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA TIDAK DITANGANI DENGAN BERKESAN. ATAS DASAR ITULAH, KESERIUSAN DAN KOMITMEN KERAJAAN DALAM USAHA MEMBANTERAS DAN MEMERANGI GEJALA INI SERTA MEMPERKUKUHKAN INTEGRITI, TIDAK PERNAH PUDAR. DALAM TEMPOH SETAHUN YANG LALU INI, KERAJAAN TELAH MENINGKATKAN TAHAP PENGUATKUASAAN DENGAN MENAMBAHKAN BILANGAN PEGAWAI ANTI-RASUAH, TERMASUKLAH GOLONGAN PAKAR SEPERTI JURUAUDIT FORENSIK. KERAJAAN PERSEKUTUAN JUGA TELAH MEMBANGUNKAN AKADEMI BPR BAGI MEMPERTINGKATKAN KEMAMPUAN DAN TAHAP KEMAHIRAN PEGAWAI-PEGAWAI ANTI-RASUAH INI.
8. TIDAK TERHENTI SETAKAT ITU SAHAJA, BAGI MEMPERHEBATKAN AGENDA ANTI-RASUAH NEGARA, KERAJAAN PERSEKUTUAN BARU-BARU INI TELAHPUN MENGUMUMKAN BAHAWA BADAN PENCEGAH RASUAH AKAN DISTRUKTURKAN SEMULA SEBAGAI SEBUAH SURUHANJAYA. DI BAWAH STRUKTUR BARU SURUHANJAYA TERSEBUT, SATU PANEL PENASIHAT BEBAS PENCEGAHAN RASUAH DAN SATU JAWATANKUASA PARLIMEN MENGENAI PENCEGAHAN RASUAH AKAN DIWUJUDKAN. KERAJAAN PERCAYA BAHAWA DENGAN ADANYA PANEL PENASIHAT BEBAS SERTA JAWATANKUASA PARLIMEN INI, KETELUSAN DAN KEBERKESANAN DALAM PERLAKSANAAN FUNGSI SURUHANJAYA TERSEBUT NANTI AKAN DAPAT DIPASTIKAN, DI SAMPING MEMPERKUKUHKAN ELEMEN AKAUNTABILITI DALAM SETIAP TINDAKAN YANG DIAMBIL.AMPUN TUANKU,
9. SEMEMANGNYA USAHA UNTUK MENINGKATKAN TAHAP DAN KEMAPANAN KUALITI HIDUP RAKYAT SENTIASA MENJADI AGENDA PENTING KERAJAAN. TIDAK HANYA SETAKAT MEMENUHI KEPERLUAN ASAS, KERAJAAN JUGA PERCAYA BAHAWA KUALITI HIDUP RAKYAT AMAT BERGANTUNG KEPADA PEMEROLEHAN PENDAPATAN MEREKA. ALHAMDULILLAH, PENDAPATAN ISI RUMAH PURATA DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA TELAH MENINGKAT DARIPADA RM3,249 PADA TAHUN 2004 KEPADA RM3,686 PADA TAHUN 2007 IAITU PENINGKATAN PURATA MELEBIHI 4.3 PERATUS SETAHUN. PENINGKATAN INI MERENTASI KESEMUA KUMPULAN ETNIK, BAHKAN MERAPATKAN JURANG PENDAPATAN ANTARA KUMPULAN ETNIK. PENINGKATAN INI PASTINYA ADALAH HASIL PERTUMBUHAN EKONOMI YANG KUKUH, YANG TELAH MENJANA PELUANG PEKERJAAN DAN MENINGKATKAN PENDAPATAN DI KALANGAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
10. ANTARA PENCAPAIAN YANG PALING MEMBANGGAKAN IALAH APABILA PENDAPATAN ISI RUMAH DI LUAR BANDAR JUGA TURUT MENINGKAT, IAITU PADA KADAR 6.8 PERATUS SETAHUN, DARIPADA RM1,875 PADA TAHUN 2004 KEPADA RM2,283 PADA TAHUN 2007. HASIL DARIPADA PENINGKATAN PENDAPATAN ISI RUMAH DI LUAR BANDAR YANG LEBIH TINGGI, NISBAH KETIDAKSAMAAN PENDAPATAN ANTARA LUAR BANDAR DENGAN BANDAR TELAH BERTAMBAH BAIK, BAHKAN TELAH MELEPASI SASARAN RANCANGAN MALAYSIA KE-9 IAITU 1 : 2.0 PADA TAHUN 2010.
11. KESUNGGUHAN DAN KEGIGIHAN NEGARA DALAM USAHA MENGHAPUSKAN KEMISKINAN TELAH MENUNJUKKAN KESAN YANG BEGITU KETARA. MALAH KITA SEWAJARNYA BERBANGGA KERANA USAHA-USAHA KITA DALAM KONTEKS INI TELAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DARIPADA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU. SECARA KESELURUHAN, PERATUSAN KEMISKINAN TELAH BERKURANG DARIPADA 5.7 PERATUS PADA TAHUN 2004 KEPADA 3.6 PERATUS PADA TAHUN 2007. GOLONGAN MISKIN TEGAR PULA TELAH BERKURANG DARIPADA 1.2 PERATUS PADA TAHUN 2004 KEPADA HANYA 0.7 PERATUS PADA TAHUN 2007. BERASASKAN KEPADA PRESTASI INI, KERAJAAN YAKIN BAHAWA SASARAN RMKE-9 UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR MENJELANG TAHUN 2010 AKAN DAPAT DICAPAI.
12. PENGURANGAN KEMISKINAN BERLAKU DI KEDUA-DUA KAWASAN BANDAR DAN LUAR BANDAR. STATISTIK KEMISKINAN BANDAR BERKURANG DARIPADA 2.5 PERATUS PADA TAHUN 2004 KEPADA 2.0 PERATUS PADA TAHUN 2007, SEMENTARA BAGI KAWASAN LUAR BANDAR PULA, STATISTIKNYA BERKURANG DARIPADA 11.9 PERATUS KEPADA 7.1 PERATUS. SABAH DAN SARAWAK JUGA TURUT MENGECAPI FAEDAH DARIPADA PERTUMBUHAN EKONOMI YANG BERTERUSAN DAN PERLAKSANAAN PELBAGAI PROGRAM PEMBANGUNAN YANG BERTUJUAN MEMBANTU GOLONGAN MISKIN DAN BERPENDAPATAN RENDAH. STATISTIK KEMISKINAN DI SABAH TELAH BERKURANG KEPADA 16.0 PERATUS PADA TAHUN 2007 BERBANDING 23.0 PERATUS PADA TAHUN 2004, MANAKALA DI SARAWAK PULA, STATISTIK KEMISKINAN BERKURANG DARIPADA 7.5 PERATUS PADA TAHUN 2004 KEPADA 4.3 PERATUS PADA TAHUN 2007.AMPUN TUANKU,
13. BAGI MERAPATKAN JURANG PENDAPATAN DI ANTARA NEGERI DAN WILAYAH, KERAJAAN TELAH MELANCARKAN PENDEKATAN KORIDOR-KORIDOR PEMBANGUNAN. INISIATIF KORIDOR-KORIDOR KERAP DISALAH-ANGGAP OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU TETAPI HAKIKATNYA, KORIDOR-KORIDOR PEMBANGUNAN YANG TELAH DILANCARKAN MERUPAKAN TEKAD KERAJAAN UNTUK MENAMBAH PELUANG PEKERJAAN DAN PERNIAGAAN UNTUK RAKYAT NEGERI-NEGERI TERSEBUT KE TAHAP YANG TINGGI DAN MAJU SEPERTI DI LEMBAH KELANG. USAHA-USAHA KE ARAH INI TELAH MULA MEMBUAHKAN HASIL. SETAKAT INI, KORIDOR ISKANDAR MALAYSIA TELAH MENERIMA 160 PELABUR DENGAN JUMLAH PELABURAN DIRANCANG SEBANYAK RM33 BILION. KORIDOR-KORIDOR PEMBANGUNAN DI UTARA, PANTAI TIMUR, SABAH DAN SARAWAK JUGA TELAH MENERIMA MINAT DARI PELABUR-PELABUR. PAKEJ INSENTIF AKAN DIUMUMKAN BAGI KORIDOR-KORIDOR TERSEBUT DALAM MASA YANG TERDEKAT BAGI MENARIK LEBIH BANYAK PELABURAN DAN PELUANG PEKERJAAN.
14. DALAM KONTEKS EKONOMI, TAHUN 2007 MERUPAKAN SATU TAHUN YANG AMAT MENCABAR KEPADA EKONOMI DUNIA. KRISIS PINJAMAN SUBPRIMA YANG BERLAKU DI AMERIKA SYARIKAT MERUPAKAN ANCAMAN YANG MEMUNGKINKAN PERTUMBUHAN EKONOMI DUNIA TERUTAMANYA DI NEGARA MEMBANGUN ADALAH LEMBAB. SEBAGAI SEBUAH NEGARA DENGAN EKONOMI TERBUKA, MALAYSIA JUGA TIDAK TERKECUALI DALAM MENERIMA IMPAK DARI MASALAH INI.
15. NAMUN ALHAMDULILLAH, PERKEMBANGAN EKONOMI NEGARA PADA TAHUN 2007 ADALAH MENGGALAKKAN, SEKALIGUS MEMBUKTIKAN BAHAWA NEGARA BERADA PADA LANDASAN YANG KUKUH. KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) SEBENAR DICATATKAN PADA KADAR 6.3 PERATUS UNTUK TAHUN 2007 WALAUPUN DENGAN PERSEKITARAN EKONOMI GLOBAL YANG BEGITU MENDUGA. KESEMUA SEKTOR MENCATATKAN PERTUMBUHAN YANG KUKUH TERUTAMANYA SEKTOR PERKHIDMATAN, PEMBINAAN, PERLOMBONGAN DAN PERLADANGAN. PERTUMBUHAN PERMINTAAN PENGGUNA BERADA PADA PARAS YANG MANTAP IAITU PADA 11.8 PERATUS. KERAJAAN JUGA TELAH BERJAYA MENURUNKAN KADAR DEFISIT NEGARA KE PARAS 3.2 PERATUS. PERTUMBUHAN INI DISOKONG OLEH DAYA KETAHANAN EKONOMI DALAMAN YANG MANTAP DAN STRUKTUR EKONOMI YANG LEBIH PELBAGAI. PENCAPAIAN INI JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA KERAJAAN SENTIASA MELAKSANAKAN DASAR SERTA STRATEGI PENGURUSAN EKONOMI NEGARA SECARA FLEKSIBEL DAN PRAGMATIK.
16. NAMUN BEGITU, MASIH BANYAK LAGI CABARAN YANG PERLU DITANGANI DEMI MEMASTIKAN NEGARA AKAN TERUS MELANGKAH MAJU KE HADAPAN. PERTUMBUHAN EKONOMI DUNIA DIJANGKA LEMBAB KESAN DARIPADA PERTUMBUHAN EKONOMI AMERIKA SYARIKAT YANG TIDAK BERKEMBANG DAN KESAN LANJUTAN KE ATAS EROPAH BARAT SERTA EKONOMI BARU MUNCUL DAN SEDANG MEMBANGUN. PROSPEK EKONOMI DUNIA DIJANGKA TERUS MENGALAMI KELEMBAPAN BERIKUTAN KEJATUHAN PASARAN GADAIAN SUBPRIMA AMERIKA SYARIKAT YANG MASIH MELEMAHKAN KREDIT DUNIA. PERSAINGAN SERANTAU JUGA SEMAKIN SENGIT DENGAN CHINA DAN INDIA TERUS MENCATATKAN PERTUMBUHAN YANG TINGGI. NAMUN, CABARAN UTAMA YANG DIDEPANI OLEH MASYARAKAT DUNIA YANG JUGA AMAT MENJEJASKAN KITA ADALAH KENAIKAN MENDADAK HARGA KOMODITI DUNIA, TERUTAMANYA MINYAK DAN MAKANAN. LEWAT KEBELAKANGAN INI, HARGA MINYAK MENTAH DUNIA ADALAH SEKITAR 125 – 130 DOLAR AMERIKA SETONG.
17. SITUASI INI MERUPAKAN CABARAN UTAMA NEGARA KITA PADA HARI INI. KERAJAAN SESUNGGUHNYA AMAT PRIHATIN TERHADAP PERASAAN DAN TARAF HIDUP RAKYAT. ATAS SEBAB ITULAH, KERAJAAN TELAH BERTAHAN SEBANYAK DAN SELAMA YANG MUNGKIN, UNTUK MELINDUNGI RAKYAT DARIPADA KENAIKAN HARGA. NAMUN, HARGA KOMODITI DUNIA TELAH MELONJAK NAIK DENGAN TERLALU TINGGI DALAM MASA YANG AMAT SINGKAT. PADA BULAN JANUARI 2007, HARGA MINYAK MENTAH DUNIA HANYALAH SEKITAR USD50 SETONG. KINI, 18 BULAN KEMUDIAN, HARGA MINYAK MENTAH SUDAH MENINGKAT LEBIH 150 PERATUS KE HAMPIR USD130 SETONG. PAKAR-PAKAR DUNIA MENJANGKAKAN BAHAWA HARGA MINYAK MENTAH DUNIA MUNGKIN TERUS MENINGKAT KE PARAS USD200 SETONG. DALAM SITUASI INI, HAKIKATNYA PERBELANJAAN KERAJAAN TIDAK AKAN DAPAT MEMENUHI JURANG DI ANTARA HARGA TERKAWAL YANG RENDAH DENGAN HARGA MINYAK MENTAH DUNIA, WALAUPUN DENGAN PENINGKATAN PEROLEHAN PETRONAS.
18. INI ADALAH CABARAN YANG PERLU DITANGANI DI SELURUH NEGARA. KERAJAAN SEDAR BAHAWA KENAIKAN HARGA BAHAN API MENIMBULKAN KERESAHAN DAN KEBIMBANGAN DI KALANGAN RAKYAT. OLEH ITU, KERAJAAN AKAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK MENGURANGKAN KESEMPITAN YANG DIALAMI, TERUTAMANYA OLEH GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH DENGAN MENAMBAH JUMLAH BANTUAN SECARA LANGSUNG DAN MEMPERKUKUHKAN JARINGAN JAMINAN SOSIAL. KERAJAAN JUGA AKAN BERUSAHA UNTUK MENJIMATKAN PERBELANJAAN SEKTOR AWAM, MEMPERLUASKAN SENARAI BARANGAN KAWALAN, MENINGKATKAN JUMLAH KENDERAAN PENGANGKUTAN AWAM SERTA MENANGGUHKAN PROGRAM-PROGRAM YANG TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN TERKINI. NAMUN PADA MASA YANG SAMA, ADALAH MENJADI HARAPAN KERAJAAN AGAR RAKYAT MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG BETUL DAN SAHIH BERHUBUNG FENOMENA INI AGAR DAPAT BENAR-BENAR MEMAHAMI APA YANG SEDANG DIHADAPI OLEH NEGARA. SETIAP DARI KITA ADA PERANAN DAN TANGGUNGJAWABNYA DALAM MENGHADAPI SUASANA GETIR SEUMPAMA INI. JUSTERU, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGHARUNGI DUGAAN INI DENGAN TABAH, DEMI KESEJAHTERAAN KITA BERSAMA DAN DEMI MASA DEPAN NEGARA INI DAN GENERASI SETERUSNYA. AMPUN TUANKU
19. KERAJAAN PERCAYA TIDAK ADA SEBARANG CABARAN YANG TIDAK DAPAT KITA DEPANI JIKA KITA BERSATU DAN BERSEDIA UNTUK MENDEPANINYA BERSAMA-SAMA. RAKYAT AMAT MEMERLUKAN SOKONGAN RAKYAT DALAM MENGHADAPI SAAT-SAAT DAN UJIAN YANG GETIR INI. PATIK YAKIN, UJIAN YANG MELANDA INI TIDAK AKAN MELEMAH DAN MENUMBANGKAN KITA SEBALIKNYA MENJADIKAN KITA LEBIH KUAT, BIJAK DAN MATANG UNTUK MENGHADAPI HARI-HARI SETERUSNYA. PATIK PERCAYA, DUGAAN YANG BEGITU MENCABAR INI TIDAK AKAN SEKALI-KALI MELEMAHKAN SEMANGAT DAN KEAZAMAN KITA UNTUK MELETAKKAN NEGARA INI SUPAYA DAPAT BERDIRI SAMA TINGGI DENGAN NEGARA-NEGARA MAJU MENJELANG TAHUN 2020 NANTI. JUSTERU, PATIK MENGHARAPKAN RESTU DAN NASIHAT DARI TUANKU, SERTA KERJASAMA DAN SOKONGAN PADU SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
20. PATIK PERCAYA BAHAWA COGANKATA ”KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA” TETAP TERUS MENJADI PEGANGAN SETIAP RAKYAT. NEGARA HANYA AKAN MAJU APABILA RAKYAT TERUS BERSATU DI BAWAH NAUNGAN TUANKU YANG BERDAULAT.
21. KEDAULATAN DAN KEBESARAN SEORANG RAJA PEMERINTAH DIUKUR DARI KEJAYAAN NEGARA DAN PENCAPAIAN KERAJAAN DI BAWAH NAUNGAN BAGINDA. DALAM PADA ITU, PATIK MEMOHON PETUNJUK DAN KEKUATAN DARI ILAHI, UNTUK DAPAT MELAKSANAKAN AMANAH TUANKU DAN AMANAH RAKYAT, MEMBAWA NEGARA MALAYSIA MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG, GEMILANG, DAN TERBILANG.
22. SEMPENA HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN TUANKU, IZINKAN PATIK MELAFAZKAN SEMBAH UCAPAN DIRGAHAYU TUANKU, SERTA MENGULANGI
SEMBAH IKRAR TAAT SETIA PATIK BAGI PIHAK KERAJAAN DAN RAKYAT
TUANKU. SEKIAN,AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN.
Gondangmas said
Cuba tuan/puan /sdra/sdri. Bandingkan dgn agenda Barisan Alternatif(PKR,DAP,PAS dll).adakah termampu mereka laksanakan sebagaimana BN telah laksanakan beberapa item yg telah BN komit dlm ucapan didepan Tuanku tempohari.BA pandai berjanji sahaja tapi melaksana TIDAK.sebaliknya BN teruskan agenda untuk pembangunan rakyat. Tahniah BN...

Jumaat, 20 Februari 2009

SIVAKUMAR VS DR ZAMBRY ABDUL KADIR




Speaker: MB Perak Enggan Ambil Tindakan Secara Melulu
By: Ramjit-->IPOH, 20 Feb (Bernama) --




Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri tidak mahu mengambil tindakan melulu berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar yang menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN.


Beliau juga mengulangi akan menggunakan saluran undang-undang sedia ada bagi menyelesaikan kemelut berkenaan."Kita akan mengikut saluran undang-undang yang ada. Kita tidak mahu bertindak (melulu) seperti mereka, jadi kita akan serahkan kepada undang- undang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Yusuf, Rapat Setia di sini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bila beliau dan Exco terlibat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan Sivakumar itu.Mengenai kenyataan presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang mengatakan keputusan penggantungan terhadap beliau dan enam Exco berkenaan tidak boleh dicabar di mahkamah, Zambry menyifatkan ia hanya satu pandangan."Banyak dan pelbagai lagi pandangan yang dapat dilihat hari ini, apapun saya tidak mahu diseret dalam persoalan ini kerana yang penting saya meneruskan tanggungjawab sebagai menteri besar yang dilantik dan diperkenan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah," katanya.


Dalam perkembangan lain, Zambry kesal dan kecewa terhadap pihak tertentu yang melemparkan pandangan hina dan rendah terhadap institusi mufti dan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria.Beliau berkata rakyat sepatutnya tidak terjerumus dalam polemik sehingga menyebabkan peribadi mufti yang mulia dicemarkan dan institusi mufti tidak dihormati.


Beliau menegaskan bahawa pandangan Harussani sebagai seorang mufti sepatutnya menjadi pandangan yang dihormati oleh semua pihak."Saya ingin sebutkan di sini adakalanya kita di peringkat kerajaan negeri Barisan Nasional sendiri ditegur oleh (Datuk Seri) Harussani. Jadi apabila beliau membuat teguran itu tidak bermakna beliau tidak suka dengan sesuatu tetapi beliau menegur dan bercakap mengenai kebenaran berdasarkan hukum-hakam."Sebab itu apabila beliau menegur, kita tidak akan melenting, mengkritik dengan keras dan tidak menghormati beliau dan pandangannya," katanya.

270,000 rakyat Malaysia sakit jiwa
KUALA LUMPUR -
Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri, Prof Dr Mohammad Hussain Habil. Beliau berkata, kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.
Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata, kemajuan dalam bidang sains perubatan, skizofernia boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal. Beliau berkata, jika penyakit dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.
Menurutnya, adalah penting mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas.
Penyakit ini tidak semestinya disebabkan keturunan, tetapi adalah lebih akibat daripada perubahan kimia dalam sel-sel otak dan ia tidak hanya terbatas dalam kumpulan etnik tertentu atau kepercayaan. Mohammad menasihatkan ibu bapa mengawasi simptom berkaitan kerana penyakit ini dilihat ketara dalam kalangan remaja.

alahai SIVAKUMAR Speaker DUN PERAK



Speaker perlu dapat kelulusan DUN terlebih dahulu - Karpal
Pelapor: Posted by Suzie/Source Bernama
Tarikh: 20/02/2009
Kuala Lumpur - Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu mendapat kelulusan DUN terlebih dahulu sebelum menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN. Beliau berkata Speaker V. Sivakumar sepatutnya memanggil persidangan DUN bagi membolehkan keputusan menggantung itu dibahas dan kemudian dibuat undian. "Mengikut perlembagaan negeri Perak, apabila DUN tidak bersidang, Speaker boleh merujuk sebarang aduan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan yang diketuainya. "Sekiranya beliau mendapati ada kes prima facie, sebarang dapatan dan keputusan mesti dirujuk kepada DUN. Ini pada pandangan saya, bermakna Speaker perlu merujuk perkara ini kepada DUN untuk dibahas dan diluluskan," katanya. Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kes ini adalah seperti ketika beliau digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 2004, setelah dituduh cuba menyeleweng fakta kepada Dewan, apabila berkata Anggota Parlimen mesti mengangkat tangan kanan ketika mengangkat sumpah jawatan. "Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kemudiannya membuat keputusan menggantung saya selama enam bulan. Ini dilakukan selepas perkara itu dikemukakan kepada Dewak Rakyat, dibahas dan dibuat keputusan," katanya. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga berkata Sivakumar silap apabila mengumumkan keputusan jawatankuasa itu menggantung Menteri Besar dan enam exco kerajaan negeri. Beliau berkata Sivakumar sepatutnya merahsiakan perkara itu sehingga DUN bersidang. Beliau juga berkata jumlah keahlian jawatankuasa itu adalah tidak tepat. "Ia lima berbanding satu selepas 8 Mac. Tetapi pada 2009, ia berbeza. Sekurang-kurangnya ia sepatutnya empat berbanding dua, bagi menggambarkan jumlah wakil daripada parti yang menguasai DUN sekarang," katanya. Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang juga Pengerusi Gerakan Perak, berkata cara terbaik bagi menyelesaikan isu ini ialah menerusi mahkamah. Ini berikutan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah membawa ke mahkamah untuk mempertikaian kesahihan kerajaan negeri yang baru. Beberapa ahli politik pembangkang turut tidak bersetuju dengan tindakan Sivakumar. "Ia lebih kepada tindakan sorang peguam atau ahli politik. Saya bimbang ia akan memberi kesan timbal balik kepada kami terutama oleh pengundi Melayu," kata seorang Wakil Rakyat DAP. Seorang Wakil Rakyat Parti Keadilan Rakyat bersetuju dengan pendapatnya. "Anda tidak boleh melakukan seperti ini. Biar mahkamah yang menentukan," kata beliau. Tetapi Naib Pengerusi DAP, Chong Chieng Jien berkata keputusan Speaker tidak boleh dipersoalkan. Beliau yang juga Anggota Parlimen Bandar Kuching berkata perkara itu juga tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana ia akan membuka lebih banyak kes dibawa ke mahkamah.

Selasa, 17 Februari 2009

GAMBAR BOGEL ADUN BUKIT LANJAN(EXCO PKR SELANGOR)



16 Februari, 2009 21:07 PM

Wanita MCA Kutuk Pengedaran Gambar Bogel Adun
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Walaupun berbeza pendirian politik, Wanita MCA hari ini melahirkan rasa simpati terhadap anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong yang menjadi mangsa dalam skandal pengedaran gambar bogel.Ketuanya Datin Chew Mei Fun mengutuk mereka yang bertanggungjawab mengedar gambar Wong kerana perbuatan itu melanggar hak kebebasan peribadi wanita dan merupakan tindakan mengeksploitasi wanita bagi tujuan politik."Kami terkejut dengan perbuatan ini yang menjadikan wanita sebagai objek seks. Ia secara terang-terangan menceroboh hak peribadi wanita serta mengeksploitasi wanita bagi tujuan politik," katanya dalam kenyataan di sini mengenai penyiaran gambar bogel Wong di Internet yang didakwa dilakukan bekas kekasih anggota Exco Selangor itu dan pihak yang ingin membunuh kerjaya politik Wong.Chew berkata perbuatan merakam gambar anggota tubuh wanita tanpa kebenaran atau pengetahuannya adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574), manakala perbuatan menyiarkannya bagi tatapan umum juga, melanggar akta itu."Kami ingin menasihati semua wanita supaya berhati-hati. Kami juga menggesa kerajaan supaya menguatkuasakan dengan tegas Akta berkenaan agar ia benar-benar dapat mencegah perbuatan tidak bermaruah ini," katanya.




ELIZEBETH WONG EXCO PKR SELANGOR

Eli, jangan letak jawatan!
Oleh Zulkifli Sulong
Inilah kenyataan demi kenyataan yang dibuat kepada YB Elizabeth Wong, Adun Bukit Lanjan, berikutan tersebarnya gambar beliau sedang tidur dalam keadaan kurang sopan.
Media mulai beberapa hari lalu menerima gambar-gambar ini. Yang menariknya, hanya media yang ada kaitan dengan parti-parti dalam BN yang menerima gambar ini.
Malam tadi, 15 Februari, Elizabeth membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya. Mengikut Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, kenyataan itu ringkas sahaja dan pihaknya akan mendapatkan kenyataan lebih lanjut dari Eli selepas ini.
Sebelum akhbar The Sun menyiarkan kisah ini, orang ramai tidak mengetahuinya. Namun selepas disiarkan muka depan hari ini dan laporan polis Eli pada malam tadi, semua pihak mula memperkatakannya.
Sebagaimana dijangka (mungkin sudah ada dalam skripnya), bekas MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo membuat kenyataan mendesak Eli meletakkan jawatan.
“Ini adalah isu moral, samada gambar itu diambil dengan kehendaknya atau tidak, itu soal lain.”
“Saya tidak boleh menerima seorang Adun yang dipertikaikan moralnya,” kata Khir sebagaimana yang dilaporkan laman web ini.
Di pejabat kerajaan negeri Selangor, Eli resah menerima tekanan ini. Beliau terkejut dan tidak sangka sampai begitu sekali usaha akan dibuat untuk menjatuhkan kerajaan negeri beliau. Eli adalah salah seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor.
Sebagaimana yang diketahui banyak pihak, selepas Perak, BN sedang menggoncang beberapa kerajaan negeri Pakatan yang lain termasuklah Selangor dan Kedah.
“Tetapi beliau tidak sangka sampai begitu rendah sekali moral pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negerinya,” kata sumber yang rapat dengan beliau.
Persoalannya senang sahaja. Gambar yang disebarkan itu adalah gambar Eli sedang tidur. Beliau tidak tahu dan tidak membenarkan gambar itu diambil apatah lagi diedarkan. Menurut sumber, bekas teman lelaki beliau yang mengambil gambar itu.
Komen-komen dalam blog (termasuk laman ini) menyifatkan tindakan Khir Toyo mendesak Eli meletakkan jawatan atas isu moral sesuatu yang sangat tidak wajar dibuat.
* Sejak bila, sesaorang yang telanjang dalam bilik tidur sendiri dianggap salah.
* Dia bukan ada suami, lainlah kalau dia seorang Muslim.
* Membandingkan dengan Chua Soo Lek tidak masuk akal langsung kerana Eli tidak berbuat apa-apa berbanding video Chua.
* Saya yakin, Khir akan menyalahkan anaknya jika anaknya dirogol nanti.
* Usahanya untuk menunjukkan dialah jaguh menjelang perhimpunan agung Umno.
Inilah komen-komen terhadap Khir Toyo apabila beliau membuat kenyataan yang mendesak agar Eli meletakkan jawatannya.
Persoalannya, apakah Khir sedar dengan komen-komen ini? Atau kalau dia membacanya, apakah dia akan insaf dan memperbetulkan kenyataannya?
Saya yakin, sebagaimana pemimpin BN di Perak, Khir tidak akan sedar dan tidak akan menghentikan cara berpolitik yang diambilnya kini. Selepas ini, Khir akan berarak lagi (mungkin ke Bukit Lanjan) untuk menceritakan kepada orang ramai “Elizabeth Wong tidur telanjang dalam biliknya”.
Besar kemungkinan juga beliau akan memimpin Pemuda Umno yang menyokongnya berarak ke Istana Melawati sekali lagi mendesak Sultan Selangor agar menitahkan supaya Eli meletakkan jawatan kerana memalukan baginda Sultan.
Di samping Khir Toyo, saya yakin akan ada juga para penyokong Pakatan Rakyat sendiri akan digunakan untuk menekan Eli.
Untuk, saya suka menyebut di sini “Eli, jangan letak jawatan”.

Sabtu, 14 Februari 2009

JANGAN BIADAP


KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.
Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.
Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.
Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)SULTAN SELANGOR. 13 Februari 2009

UNDI POS MASIH RELEVAN

BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU
Undi Pos adalah salah satu kemudahan mengundi yang disediakan kepada golongan tertentu yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab mengundi secara biasa kerana kesibukan bertugas atau berada di luar negara. Terdapat dua kategori undi pos iaitu mereka yang dikategorikan sebagai pengundi tidak hadir dan golongan pemilih biasa yang diberi kemudahan oleh SPR untuk mengundi secara pos.
Undi pos dikawal oleh Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (pengundian Pos) 1959 yang telah digunapakai sejak pilihan raya umum pertama diadakan pada tahun 1959.
Sepertimana di kebanyakan negara, kertas undi pos dikeluarkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat, lebih awal daripada kertas undi biasa. Kertas undi biasanya dikembalikan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya tidak lewat daripada 5.00 petang pada hari pengundian. Kertas-kertas undi pos yang tiba selepas waktu tersebut tidak akan dikira. Golongan-golongan yang dikeluarkan dengan undi pos adalah seperti berikut:
(a) Pengundi Tak Hadir
i. Anggota tentera;ii. Isteri/Suami anggota tentera; iii. Pegawai Kerajaan bertugas di luar sempadan Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak;iv. Isteri/Suami Pegawai Kerajaan bertugas di luar sempadan Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak;v. Pelajar yang menuntut di luar sempadan Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak;vi. Isteri/Suami pelajar yang menuntut di luar sempadan Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak;
(b) Pemilih Biasa yang diberi undi pos
i. Pegawai-pegawai Pilihan Raya;ii. Anggota Polis Biasa;iii. Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertugas di luar Malaysia pada hari mengundi;iv. Anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya;v.Golongan-golongan yang diwartakan oleh SPR sebagai layak untuk mengundi secara pos.
Sebenarnya pengundian secara pos merupakan satu kaedah yang digunapakai oleh semua negara di dunia. Di Malaysia ianya telah mula digunakan sejak pilihan raya umum pertama pada tahun 1959 dan berterusan setiap pilihan raya umum berikutnya. Walaupun terdapat pihak yang mempertikaikan sistem pengundian secara pos tetapi hakikatnya ialah pengundian pos tetap masih relevan dan perlu dikekalkan untuk pengundi-pengundi tertentu yang tidak dapat keluar mengundi seperti pengundi biasa pada hari mengundi.
Bantahan yang sering dikemukakan berhubung dengan pengundian pos ialah mengenai keraguan bagaiman cara pengundian dilakukan. Ada pihak yang mendakwa pengundian pos dilakukan secara paksa di mana pengundi-pengundi diminta mengundi calon-calon tertentu. Dakwaan ini adalah salah kerana mengikut keputusan beberapa pilihan raya kecil yang lepas tidak semua undi pos pergi kepada satu parti sahaja dan tidak semua kertas undi pos dikembalikan, malah ada tempat-tempat tertentu yang keputusan undi pos dimenangi oleh calon pembangkang, jika dakwaan menyatakan parti kerajaan telah menyelewengkan sistem pengundian pos maka undi-undi pos di pihak pembangkang tidak mungkin berlaku. Proses pengundian pos agak rumit dan memerlukan ketelitian untuk menerima keputusan sesuatu kertas undi pos, sebab itu dalam keputusan pilihan raya yang lepas didapati banyak kertas-kertas undi pos yang dianggap rosak atau tidak dikembalikan.
Berhubung dengan keperluan pengundian undi pos adalah tidak dapat dinafikan kerana terdapat golongan pengundi- pengundi tentera dan polis yang masih diperlukan bertugas di hari mengundi. Begitu juga dengan pelajar-pelajar dan kakitangan awam yang berada di luar negara, jika sistem undi pos dimansuhkan golongan ini tidak dapat mengundi dan sekali gus menafikan hak 214,939 pemilih pos yang berdaftar sekarang. Soal tohmahan merupakan permainan politik parti-parti yang kalah kerana pemikiran mereka pilihan raya di negara ini hanya dipenuhi dengan penipuan. Mereka tidak mahu menerima hakikat yang mereka tidak diterima oleh pengundi, sedangkan undi pos yang diamalkan di Malaysia ini adalah sama sepertimana yang diamalkan di England, Amerika, Australia dan lain-lain negara demokrasi yang maju di dunia.
[SUMBER SPR)