Sabtu, 31 Januari 2009

sambungan


hampir 30 tahun tidak ketemu

wah kepunakanku -boleh masuk pertandingan bayi sihat






balik kampung













catatan sepanjang cuti hujung minggu

menghidangkan juadah
ada masa sempat gak menjenguk saudara

wlaupun gula kurang dlm pasaran masih lagi tambah gula dlm bubur asyura


FERN posing dgn anak lelakinya.








SEMPAT MENYAMBUT TAHUN BARU DI RUMAH U SUAT FERN





















Rabu, 28 Januari 2009

Kampung Halamanku

Catatan blog pada kali ini sempena cuti tahun baru cina pada 26 dan 27 Januari 2009.


foto ini dirakam pada waktu senja di hadapan rumahku



waktu siang dalam perjalananku ke tempat gotong-royong

aku melalui sawah padi dengan banjaran pepohon nyior


flora dan fauna pun kedapatan di sini

petang hari cuti kedua TBC aku menjenguk pesisir pantai di sebelah ufuk timur rumahku




inilah rentetan yang sempat ku rakamkan melalui menara Gallery Tengku Anis

Betapa damai dan nyamannya- bumiku Malaysia

Apakah keamanan, keselamatan dan kedamaian akan berkekalan jika bumi ini tidak lagi diperintah oleh Umarak Hadhari??..

Selasa, 27 Januari 2009

cinta sejati seorang ibu terhadap anak-anaknya



Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr : "Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku." Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam. Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa." Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya. Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal." Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga.

Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah . Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair, "Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi." Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang.


Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair, "Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah." Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair, "Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi." Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair, "Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku." Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat.

Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri. Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan, "Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!" Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperagan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

Isnin, 26 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2009 TAHUN LEMBU

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2009 and happy holidays to all my dear friends.
to all chinese in malaysia esp mr.loh hung hing, hong kam cheong,koh peng wong,lim bar sin,alex ong,kho kha sin,liu nam peng,keluarga gek kg cina jln machang-t.merah,kang guan ti and kong seow fatt
dll.
In conjunction with the Chinese News year celebration, i want to take oppurtunisty to wish you all a bountiful year of prosperity,good health and happiness.
GONG XI FAI CHAI...

ANTARA SABAR DAN MENGELUH


* ANTARA SABAR DAN MENGELUH


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda.

Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah
dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.


Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya." Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah

Ahad, 25 Januari 2009

pahala

Cium anak pun boleh dapat pahala

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan, Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dantidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..” Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”

Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”

Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”

Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

sampah oh sampah


Utamakan kebersihan Pasar Siti Khadijah

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengingatkan peniaga di Pasar Siti Khadijah supaya mementingkan kebersihan di premis masing-masing. Yang Dipertuanya, Mohd Faudzi Che Mamat berkata, kebersihan menjadi tarikan utama untuk memajukan perniagaan mereka. :Menurutnya, pengguna akan memilih premis yang bersih dan juga peniaga yang mempamerkan keterampilan yang kemas. “Saya berharap barangan (kotak, plastik kertas) yang tidak digunakan dibuang supaya tidak menyebabkan kekotoran dan ruangan menjadi sempit. “Saya mendapati ada juga di antara peniaga yang menyimpan barangan ini dan keadaan itu mengganggu persekitaran mereka berniaga,” katanya semalam. Terdahulu beliau bersama lebih 400 peniaga, persatuan terlibat dan kakitangan MPKB-BRI mengadakan aktiviti membersihkan pasar itu semalam. Beliau berkata, peniaga di Pasar Siti Khadijah perlu sentiasa mengamalkan gaya kerja yang memelihara kebersihan memandangkan pasar itu menjadi tumpuan kepada pengunjung luar dan tempatan. :“Sempena Tahun Kebudayaan Kelantan juga MPKB-BRI berharap peniaga dapat meningkatkan kesedaran mereka supaya tempat urus niaga mereka dijaga dengan elok dan pengunjung luar serta dalam negeri berpuas hati,” katanya. Mohd Faudzi berkata, bagi memastikan peniaga sedar kepentingan kebersihan pihaknya akan mengadakan aktiviti gotong-royong membabitkan peniaga setiap tiga bulan sekali. Menurut Mohd Faudzi, menjaga kebersihan juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan zon bebas sampah di negeri ini pada tahun 2010 nanti.

Bencana Alam



Isu Bencana Alam

1. Mengikut kronologi, kebanyakan bencana yang melibatkan tanah runtuh banyak berlaku di kawasan elit atau mewah bermula dengan Highland Towers, Hulu Kelang, Damansara dan terbaru di Bukit Antarabangsa.

2. Mengikut kajian, tanah di Bukit Antarangsa adalah dari jenis laterite dan extended clay yang mana lazimnya tanah jenis ini adalah longgar dan mudah tergelincir atau tergelungsur apabila memerap air yang banyak.

3. Terdapat pelbagai persepsi mengenai tanah runtuh antaranya:
3.1 Bangunan yang dibina di lereng bukit dengan asas yang kuat adalah selamat.
- Sebenarnya jika bangunan itu dibina di lereng bukit sama ada mempunyai asas yang kuat ia boleh diheret oleh gelinciran tanah.

3.2 Parit di permukaan tanah boleh menghalang cerun daripada runtuh.
- Sebenarnya parit ini hanya mengurangkan penyerapan air di dalam tanah. Jika parit tidak diselenggara dengan baik, air yang terkeluar dari parit akan menyebabkan berlakunya runtuhan tanah.

3.3 Benteng cerun dapat menghalang runtuhan cerun.
- Sebenarnya jika benteng cerun tidak diselenggara dengan baik atau terlalu nipis, ia tidak boleh menahan tanah yang penuh dengan air daripada tergelincir.

3.4 Runtuhan atau gelinciran adalah selamat.
- Runtuhan atau gelinciran adalah tidak selamat.
4. Kegelinciran tanah atau tanah runtuh berlaku disebabkan graviti. Sama ada teruk atau tidak sesuatu kejadian tanah runtuh itu bergantung pada jenis tanah tanih yang terdapat di kawasan itu.

5. Kerajaan perlu mewujudkan peraturan yang sesuai bagi mengawal pembangunan di lereng bukit. Mengikut Kanun Tanah Negara, pihak berkuasa boleh menghalang ataupun tidak membenarkan sesuatu permohonan membangunkan tanah. Tetapi Kanun Tanah Negara juga memberi hak kepada individu untuk memohon bagi membangunkan tanah mereka.

6. Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk menolak atau meluluskan permohonan pembangunan sesuatu kawasan tetapi setiap permohonan perlu dilayan selagi permohonan itu mengikut segala polisi perundangan dasar sedia ada yang termaktub.

7. PBT perlu mengambil tindakan tidak membenarkan pembangunan di kawasan sensitif dan bagi kawasan sensitif yang sedia mempunyai penduduk pemantauan yang lebih ketat perlu dilakukan supaya penduduk merasa yakin akan keselamatan mereka dan bahawa Kerajaan sensitif atas apa yang telah berlaku.

8. Prosedur bagi pemberian kelulusan pembangunan kawasan lereng bukit telah sedia ada dan sangat ketat serta perlu dipatuhi oleh pemaju. Pemaju perlu mendapatkan kelulusan sekurang-kurangnya dari 13 agensi teknikal sebelum sesuatu kebenaran diberikan. PBT hanyalah sebagai one stop center bagi permohonan ini.

9. Oleh sebab adanya demand dari pembeli yang mahukan rumah di kawasan lereng bukit ini maka pemaju selalunya akan membuat rayuan dan laporan serta cadangn dari pakar-pakar supaya permohonan mereka diluluskan. Jika cadangan konsultan itu bersesuaian pihak PBT akan meluluskan permohonan tersebut.

10. Semua pihak seperti PBT, pemaju dan konsultan mempunyai tanggungjawab masing-masing bagi mengelak sesuatu pembangunan itu menjurus kepada kejadian bencana.

11. Satu master plan pembangunan lereng bukit perlu diwujudkan supaya ada penyelarasan bagi setiap pembangunan yang hendak dilakukan di kawasan ini.

12. Semua orang harus faham apa yang dikatakan kawasan sensitif. Bila dikatakan kawasan itu sensitif maknanya ia tidak kuat dan tidak mampu menampung pembangunan yang banyak jadi pembangunan di kawasan ini harus dikawal.

13. Bagi mereka yang telah diarahkan berpindah haruslah mengikut arahan kerana soal keselamatan adalah paling utama. Dengarlah nasihat pihak yang bertanggungjawab kerana mereka ini telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan.

14. Kawasan lereng-lereng bukit ini bukanlah melambangkan prestij tetapi mungkin ia sudah ada branding sebab itu ia dilambangkan sebagai mempunyai prestij. Pembeli dinasihatkan supaya memikirkan implikasi yang bakal dihadapi jika ingin memiliki kediaman di kawasan-kawasan sebegini.



TRANSKRIP

PERANTARA: Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera bersama tetamu kita yang saya akan perkenalkan sebentar sahaja nanti. Pada malam ini isu khas kita akan bincang tentang “Prestij Mengundang Bencana” kalau kira dari kronologinya tentang tanah runtuh ini, pada 11 Disember, 1993 di mana tragedi bangunan runtuh ini bermula dengan kondominium Highland Towers dan kemudian susulan kejadian ini satu lagi tragedi tanah runtuh berlaku pada 20 November, 2002 di Hulu Kelang yang mengorbankan 8 orang ahli keluarga, Jeneral bersara Tan Sri Ismail Omar bekas Panglima Angkatan Tentara dan kemudian pada 1 Disember, 2008 satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di Hulu Yam Perdana yang mengorbankan 2 nyawa sekeluarga, 3 hari kemudian tragedi yang sama berlaku di Jalan Semantan, Damansara yang memusnahkan 11 buah kenderaan awam dan pada 6 Disember, 2008 iaitu baru-baru ini yang hangat diperkatakan pada ketika ini tragedi tanah runtuh berulang di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan 4 nyawa apabila 14 buah banglo mewah tertimbus dan beberapa buah kawasan perumahan di puncak Bukit Antarabangsa terputus hubungan dan hampir 5,000 orang penduduk terperangkap lebih 100 buah rumah terputus bekalan elektrik dan air bersih.

Jadi kalau kita lihat ya kawasan-kawasan yang Hani sebutkan tadi semuanya di kategorikan kawasan elit ataupun mewah dan berprestij. Adakah berprestij ini mengundang bencana? Ini sebenarnya yang kita ingin bicarakan. Tapi kita perkenalkan dahulu tetamu, 3 orang tetamu sudahpun bersedia bersama Hani pada malam ini. Yang pertama sekali iaitu Dr Rustam Abbas, Perancang Bandar Bertauliah dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Mara. Assalamualaikum Dr.

DR RUSTAM ABBAS: Waalaikum Salam Warahmatullah.

PERANTARA: Dan juga tetamu kita yang kedua, Profesor Sharifah Mastura Syed Abdullah, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan juga Ketua Penyelidik Pusat Penyerapan Bumi Universiti Kebangsaan Malaysia. Assalamulaikum selamat kembali ke set kami. Sebenarnya Prof telahpun menjadi tetamu kita di dalam Selamat Pagi Malaysia dan juga Tuan Haji Muztaza Haji Mohamad, Bendahari Kehormat Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia ataupun REDHA Malaysia. Sebelum kita berbicara dan berbincang bersama tetamu-tetamu kita, sebelum kita membuka panggilan untuk anda semua hubungi kami di sini membicarakan tentang topik ini, kita saksikan dahulu YB Datuk Dr James Dawos Mamit, Ahli Parlimen Mambong, Sarawak dalam persidangan Parlimen yang telah berlangsung tadi. Kita saksikan.

(
petikan dari Persidangan Parlimen oleh YB Datuk Dr James Dawos Mamit, Ahli Parlimen Mambong, Sarawak)

“Tanah di Bukit Antarabangsa ialah jenis laterite dan extended clay. Hasil daripada Welding of granite rock (dengan izin) jenis tanah ini lazimnya longgar. Di Bukit Antarabangsa kedalaman tanah jenis ini adalah lebih daripada 2 meter di lereng bukit. Apabila tanah laterite memerap air ianya jadi satu data untuk tanah tersebut tergelincir ataupun tergelungsur. Kegelinciran tanah dan gelungsuran tanah adalah satu proses yang lazimnya berlaku di lereng bukit. Ianya natural process kekuhan tanah di cerun dan lereng bukit bergantung kepada resistance glaciering. Apabila tanah memerap air atau saturated with water (dengan izin) tekanan air di tanah di namakan pour pressure mengurangkan kekuhan tanah. Terdapat pelbagai persepsi-persepsi mengenai tanah runtuh. Pertama, bangunan dengan asas ataupun foundation yang kuat kononnya selamat, tidak semestinya kalau di lereng bukit. Jika bangunan itu di lereng bukit sama ada bangunan ada cerucuk kuat atau tidak bangunan itu boleh diheret oleh tanah tergelincir.

Kedua, parit di permukaan tanah boleh menghalang cerun daripada runtuh, jika parit longkang itu baik. Ianya mengurangkan penyerapan air ke dalam tanah jika di bina di tempat yang sesuai. Namun, jika parit sudah retak atau pecah jika parit terlalu kecil tidak mampu membawa pengaliran air. Air yang terkeluar daripada parit menyebabkan berlakunya galis yang menyebabkan runtuhan tanah. Ketiga, genting cerun tidak dapat menghalang runtuhan cerun. Jika benteng tidak diselenggarakan dengan sempurna, jika benteng terlalu nipis ianya tidak boleh menahan tanah di cerun yang penuh dengan air dapat tergelincir ataupun runtuh. Keempat, runtuhan ataupun kegelinciran adalah selamat, ini tidak selamat.

Walaupun kedua-dua proses adalah geomorphology namun kegelinciran ataupun landslip berlaku kerana ada tarikan graviti. Oleh itu jika tanah tergelincir dari cerun ianya mencari tapak rata bagi penempatan ataupun settlement. Jika ketinggian tanah runtuh tidak dapat dielakkan sebab ianya natural process. Kerajaan seharusnya mengwujudkan peraturan yang sesuai bagi mengawal pembangunan di lereng bukit. Cadangan saya ialah jangan lagi meluluskan projek-projek pembangunan di lereng bukit kerana tanah runtuh dan tanah tergelincir pasti berlaku. Bukit Antarabangsa adalah satu contoh di mana carrying capacity iaitu keupayaan untuk membina pembangunan sudahpun melebihi batas. Oleh itu larangan untuk pembinaan rumah di lereng bukit dan di cerun seharusnya dikaji dari segi kekuhan cerun dan carrying capacitynya. Di dalam akta 56 tahun 1965 kanun tanah negara seksyen 51- 54 ternyata boleh digunapakai untuk kegunaan tanah. Kuasa negeri dan kuasa pegawai-pegawai negeri berkenaan dengan penggunaan tanah adalah dinyatakan dalam akta yang sama seksyen 11 – 16. Selain daripada itu Rancangan Desa tahun 1976 boleh juga di guna pakai untuk mengawal pembangunan di lereng bukit dan cerun. Sekian terima kasih.”

PERANTARA: Ya kata-kata daripada YB Datuk Dr James Dawos Mamit, Ahli Parlimen Mambong, Sarawak dalam Persidangan Parlimen yang berlangsung sebentar tadi. Jadi sebelum kita mendapat maklum balas dan juga respon daripada para tetamu kita di sini kita akan bacakan dahulu SMS bagaimana caranya untuk anda berbicara dan melontarkan pandangan anda melalui SMS ataupun Sistem Pesanan Ringkas ini “Prestij Mengundang Bencana” menghantar komen anda sila taip ISU Nama, Lokasi & Komen Anda dan hantarkan SMS ke 32776. Kami juga akan buka talian kepada anda semua sebentar sahaja nanti. Jadi kita hendak mintalah maklum balas daripada Dr Rustam dahulu tentang apa yang sudah dikatakan tadi.

DR RUSTAM ABBAS: Terima kasih Hani, saya sangat setuju apa yang disebut oleh YB daripada Mambong tadi, sesungguhnya selagi ada graviti akan berlaku gelinciran tanah dan seterusnya keruntuhan tanah jadi selagi ada graviti benda itu akan berlaku dan kadar sama ada teruk atau tidaknya bergantung kepada jenis tanah-tanih yang terdapat di tempat tersebut. Satu lagi adalah kita harus ingat bahawa tanah-tanah ini mengalami kejadian alam yang semula jagi di mana kejadian kegelinciran tanah ataupun tanah runtuh ini berlaku setiap waktu tetapi apa yang saya suka hendak sambut daripada yang YB sebut tadi yang Kanun Tanah Negara. YB menyebut tentang Kanun Tanah Negara bahawa pihak berkuasa boleh menghalang ataupun tidak membenarkan sesuatu permohonan tanah tetapi harus kita ingat Kanun Tanah Negara juga memberi hak kepada individu untuk memohon membangunkan tanah.

Jadi persoalannya, kawasan-kawasan yang berisiko tinggi ini telah banyak dipunyai oleh individu-individu telah ada walaupun dari segi map ataupun peta kita melihat pokok ataupun gambar-gambar satelit pokok-pokok ataupun hutan tetapi dari segi di atas kertas, mungkin telah dimiliki oleh individu-individu ataupun syarikat-syarikat milik persendirian ataupun Sendirian Berhad. Mereka ini mempunyai hak untuk memohon memajukan tanah-tanah tersebut. Jadi persoalannya sekarang adalah kita harus memikirkan dengan mendalam dan sesungguhnya hak adalah pada kerajaan negeri. Di mana tanah adalah isunya, kerajaan negeri bertanggungjawab mempunyai hak untuk membenar ataupun tidak membenarkan tetapi apabila ada permohonan daripada individu untuk memohonkan perkara ini dia perlu layan selagimana permohonan tersebut mengikuti segala polisi-polisi perundangan-perundangan data sedia ada yang telah termaktub dalam kerajaan itu. Jadi kalau kita hendak ubah, misalnya katakanlah cerun lebih daripada 20 degree tidak boleh atau tidak ada permohonan lagi iaitu dalam gred 3 atau 4 tidak boleh. Misalnya luluskan dalam Dewan Perundangan Negeri dijadikan sebagai satu perundangan negeri maka senang tetapi selagimana perkara ini tidak diluluskan maka hak individu untuk memajukan tanah itu tetap ada. Pihak agensi kerajaan seperti pihak berkuasa tempatan perlu melayan sebab PBT atau Pihak Berkuasa Tempatan melayan mereka sebagaimana mereka melayani orang-orang ini. Ini adalah hak termaktub di dalam sistem demokrasi kita.

PERANTARA: Ya di mana setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan untuk melakukan asalkan mempunyai kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. Jadi kalau kita melihat juga Pihak Berkuasa Tempatan ini kalau 20 tahun dahulu berbeza dengan yang sekarang ini. Jadi kita akan perjelaskan sebentar lagi hal ini tetapi sebelum itu kita mungkin tanya kepada Profesor berdasarkan apa yang dikatakan oleh YB sebentar tadi. Dia menyebut geomorphology di mana kalau kita lihat perkara yang berlaku sekarang ini tanah runtuh tidak dapat dielakkan kerana kejadian semula jadi. Jadi boleh bagi respon sedikit Profesor.

PROFESOR: Yang Berhormat ini adalah bekas Alam Sekitar di Sarawak dahulu. Jadi beliau ini adalah pakar dalam bahagian ini. Saya juga setuju dengan apa yang di sampaikan tadi jadi cuba beliau menerangkan dengan panjang lebar ya. Iaitu proses tanah runtuh ini beliau menerangkan betapa mudahnya tanah runtuh di kawasan yang telah lanjut proses lulu-hawanya. Di mana bahan-bahan yang telah peroi ini dipenuhi dengan air-air yang menjadikan water pressure itu berat dan meruntuhkan tanah tersebut. Jadi isu ini adalah bila akhirnya diberitahu bahawa kawasan ini tidak boleh dibangunkan tetapi saya rasa di masa akan datang kita boleh buat peraturan jelas dan orang yang bertanggungjawab mengatakan bahawa tidak dibenarkan tidak diluluskan untuk masa hadapan untuk membina kawasan perumahan di kawasan cerun-cerun sebegini. Ramai daripada ahli-ahli yang telah membelipun rumah-rumah di kawasan bukit ini. Jadi isunya apa hendak jadi pada orang yang sudah mempunyai harta di kawasan bukit-bukit ini. Jadi itu isu besar saya rasa, kita tidak boleh halau dia, tidak boleh gantikan duit dia kerana itu melibatkan harta berjuta-juta. Jadi saya rasa ada dua perkara di sini, di masa akan datang bagus kalau kita tidak membenarkan pembangunan di kawasan yang sensitif begini dan kalau kita lihat dalam rancangan fizikal plan negara jelas bahawa kawasan ini sama ada kita kawal ketat dari segi kandungannya tidak padat tetapi sekarang ini yang isunya yang ada harta di situ. Jadi saya rasa kita patut keluarkan satu bantuan pada mereka yang sudah takut ini mereka sudah beli berjuta ringgit di kawasan-kawasan begini. Kita perlu adakan task force, supaya mengwujudkan kawalan, pemantauan yang lebih rapi supaya menyenangkan hati tuan punya rumah ini. Pemantauan yang ketat dan rapi mengwujudkan stesen-stesen pemantauan di tempat-tempat perumahan di tanah tinggi ini meletakkan katakan menyelenggara dengan lebih baik, tadi dia komen tentang penyelenggaraan yang lemah pecah longkang tidak diperbaiki dan sebagainya.

Jadi penyelenggaraan itu mesti tip top lah di kawasan-kawasan sudah berpunya tadi dan kita mesti ada pemantauan on-line di mana kita dapat tengok paras wap air dalam tanah tadi yang memenuhi water pressure yang menyebabkan runtuh itu. Kita ada tanamkan boundry station kawasan-kawasan ini di mana apabila berlaku keadaan tepu itu hendak dekat berlaku dan sebagainya ada siren ada amaran supaya di keringkan air-air ini dan sebagainya. Jadi itu perlu dilakukan kerana mereka telahpun memiliki dan kerajaan juga bertanggungjawab untuk melihat pemantauan ketat ini diwujudkan di kawasan perumahan jadi memberi keyakinan balik semula kepada rakyat bahawa kerajaan kita sensitif dan apa yang sudah berlaku ini. Pada masa akan datang saya memang sokong kawasan-kawasan ini dipetakan begitu detail di mana kawasan-kawasan yang tidak boleh dibangunkan. Kawasan yang kita kata clear tidak boleh di bangunkan, kawasan yang slope dia panjang yang kawasan yang cerun yang curam, kawasan yang tinggi 300 meter ke atas dan sebagainya.

PERANTARA: Jadi peta-peta ini profesor, kita akan tanya lagi jadi sebelum itu kita sebelum itu kita sebenarnya boleh buat tentang hak dan juga kelulusan. Anda juga boleh memberi respon anda bersama kami melaui talian yang hanya akan war-warkan sebentar sahaja nanti tetapi sebelum kita bersama Tuan Haji Muztaza kita akan bersama rakan setugas kita wartawan lokasi Rosli Nordin yang sudahpun berada di Bukit Antarabangsa. Silakan Rosli.

(Di Bukit Antarabangsa)

WARTAWAN ROSLI NORDIN: Di studio tajuk Prestij Mengundang Bencana sememangnya amat menarik untuk diperdebatkan dan diperbincangkan oleh khalayak umum kerana adakah kerana prestij semata-mata kita mengabaikan faktor keselamatan membina rumah-rumah di kawasan ataupun di lereng-lereng bukit yang dikatakan amat merbahaya sebenarnya jika tidak mempunyai kajian menyeluruh tentang keselamatan dikawasan tersebut. Dan untuk mengulas keadaan ini atau kejadian ini di mana kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ini, bersama saya ialah En Abdul Hamid Hussain yang merupakan Timbalan Yang Dipertua MPAJ. Terima kasih En Abdul Hamid, jadi En Abdul Hamid bagaimana kemungkinan atau apakah saranan MPAJ sendiri untuk menangani keadaan ini daripada berulang di masa akan datang dan sekaligus memastikan tidak ramai orang membina rumah di kawasan lereng bukit yang merbahaya sebenarnya.

En Abdul Hamid Hussain: Terima kasih. Jadi sebenarnya untuk mendapat kelulusan bagi pembangunan di kawasan di tanah tinggi bukanlah sesuatu yang mudah. MPAJ sebenarnya mempunyai satu garis panduan yang disediakan oleh kerajaan yang kita guna pakai yang mana apabila sesuatu pembangunan di tanah tinggi hendak diadakan mereka hendaklah mematuhi garis panduan. Garis panduan yang telah ditetapkan. Jadi pada masa ini apabila Majlis Perbandaran Ampang Jaya meluluskan projek pembangunan di tanah tinggi kita sebenarnya mempunyai satu checklist ataupun satu senarai semak yang mana pembangunan yang diluluskan hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan ataupun digariskan oleh jabatan-jabatan teknikal. Jadi pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya apabila meluluskan projek kita minta supaya pemaju ataupun pemilik bangunan membina mengikut apa plan-plan yang telah pun diluluskan. Jadi Majlis Perbandaran Ampang Jaya mempunyai senarai semak dan apabila kita mempunyai jadual semakkan berkala dan apabila semasa pembinaan dibuat sekiranya didapati pemaju ataupun pemilik bangunan membina tidak mengikut piawaian ataupun plan yang diluluskan maka majlis akan mengeluarkan notis dan supaya mereka diberi maklum dan sekiranya mereka tidak mengambil tindakan majlis seterusnya akan mengambil tindakan dan seterusnya memaklumkan kepada pihak jurutera perunding ataupun persatuan yang berkenaan.

WARTAWAN ROSLI NORDIN: Jadi En Abdul Hamid adakah kita sebenarnya sebagai rakyat Malaysia tidak pernah belajar untuk daripada apa jua kesilapan yang berlaku ataupun tragedi sebelum ini seperti Highland Towers ya. Bagaimana komen En Abdul Hamid.

En Abdul Hamid Hussain : Jadi pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya sebenarnya sukar untuk kita menolak cadangan pembangunan. Apabila sesuatu pemilik tanah dia mempunyai hak cadangan untuk membangunkan tanah tersebut. Jadi dalam hal ini kita perlu jugalah kepada pihak pemilik tanah dan sekiranya didapati bahawa tanah berkenaan tidak selamat untuk pembangunan seeloknya mereka tidak melaksanakan pembangunan. Jadi apabila melaksanakan pembangunan sekiranya mereka diluluskan pembangunan maka mereka hendaklah mematuhi garis panduan iaitu mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Dan juga pihak consultant yang dilantik hendaklah bertanggungjawab jadi kadang-kadang berlaku apabila kita memberi syarat tetapi pihak consultant ataupun pemilik bangunan mengambil jalan mudah, jalan pintas dan tidak mematuhi dan menyebabkan kecuaian berlaku dan kemungkinan keruntuhan tanah berlaku.

WARTAWAN ROSLI NORDIN: Jadi Encik Abdul Hamid apakah saranan ataupun nasihat kepada mereka yang mempunyai wang yang banyak sebenarnya ya mungkin untuk membina rumah di lereng bukit tapi mengabaikan faktor keselamatan khususnya di kawasan-kawasan MPAJ.

En Abdul Hamid Hussain : Jadi kepada mereka yang berkeupayaan dan berkemampuan untuk membina kediaman di kawasan-kawasan lereng bukit dan nasihat kami dari pihak MPAJ supaya dapat membuat penilaian dengan sehalus-halusnya sama ada tanah atau tapak cadangan pembangunan tanah tersebut benar-benar boleh dibangunkan dan hendaklah kajian yang teliti dibuat. Kadang-kadang mengambil jalan pintas apabila kajian tidak dibuat dan mengambil jalan pintas mengemukakan cadangan pembangunan yang tidak dengan mengemukakan data dan maklumat yang tepat maka apabila kita meluluskan akan berlaku kejadian yang tidak diingini. Jadi dalam hal ini, kita mintalah supaya mereka yang berkenaan khususnya pihak jurutera perunding, pihak pemaju dan sebagainya bertanggungjawab dan mempunyai etika supaya pembangunan yang dibuat itu tidak berisiko dan boleh tidak mendatangkan musibah.

WARTAWAN ROSLI NORDIN: Terima kasih En Abdul Hamid atas ulasan dan juga nasihat kepada orang ramai yang mereka bercadang unutk membeli rumah atau bercadang membina rumah persendirian seperti banglo mewah dikawasan lereng bukit yang sebenarnya agak merbahaya. Bukannya agak sebenarnya, amat merbahaya jika kajian yang tidak terperinci dilakukan untuk melihat bagaimana struktur batuan itu ataupun kawasan tersebut sebenarnya tidak sesuai untuk membina rumah dan untuk itu sekian daripada saya. Kembali semula bersama Hani di studio untuk menyambung semula tajuk perbincangan kita pada malam ini. Silakan.
Perantara : Baik. Terima kasih Rosli yang sebentar tadi telah berlintas lansung dari Bukit Antarabangsa. Jadi, kalau kita lihat tadi ya nak tanyalah kepada Tuan Hj Mustaza, kalau tadi sebelum kita berbicara, sebelum kita bersiaran lansung ini, Tuan Hj Mustaza mengatakan bahawa Persatuan Pemaju Perumahan ini sentiasa disalahkan. Kalau dilihat tadipun, dikatakan bahawa pihak pemaju seharusnya ada sikap amanah, bertanggungjawab dan perlu beretika. Tuan Haji dah tak sabar nak jawab soalan ini.

Tuan Haji MuZtaza : Dalam tempoh 40 tahun ini, pihak pemaju kita sudah mendirikan atau membina lebih kurang 4 juta buah rumah. Satu angka yang besar. Faedahnya kepada semua penduduk Malaysia. Bila pembeli mendapat untung mereka tidak ada memberi puji kepada pemaju tapi kalau ada kerugian, perkara pertama yang disalahkan adalah pemaju. Sebab dari segi Bukit Antarabangsa inipun tidak dikecualikanlah. Kita banyak dipersalahkan. Tapi kalau kita menoleh kebelakang dan meneliti balik tiap-tiap projek itu pihak pemaju telah melantik pakar-pakar dia. Kita terpaksa mengikut semua undang-undang kalau nak katakan mungkin13 buah government department kita kena melaluinya. Kita dah lantik dari segi perancangan perancang, jurutera awam, kejuteraan untuk melantik consultant dan sebagainya. Mungkin diketika antarabangsa dulu 20 tahun dahulu mungkin dia punya guideline itu tidak berapa strict mungkin maklumlah masa Majlis Daerah Gombak dan sebagainya. Tapi base on high side itu, mungkin dapat pandang ke depan dahulu. Kita kalau boleh ada satu master plan,satu what we call a master plan for the whole area tu. Sekarang ini berates pemaju disitu. Tiap-tiap orang itu, hanya membuat projek dia sendiri sahaja. Dimana dia hanya melantik consultant untuk meneliti projek dia saja. Jadi projek A. Projek B, C keliling dia tu tidak diambil endah.

Maknanya there’s no central agency tu. Kalau boleh itu, mungkin kita boleh buat satu suruhanjaya ke, satu agensi ke mungkin sampai di Taman TAR ke atau di Bukit Indah di Ampang ke sampai ke di Hill View tu we should have actually satu agensi itu meneliti dan satu master plan dan tiap-tiap pembangunan itu mesti ada master plan dia. Itu ikut high side lah. Senang saya cakaplah. Memang senang ikut high side. Tapi mengatakan sekarang ini we have to stop further the development itu sekarang ini I think it is a very short started. Mana kita ada pakar-pakar kita macam profesor disini, doktor di sini. Apa guna profesor dan doktor. Dia belajar tinggi-tinggi, kita ada universiti dan sebagainya. I think mesti guna kepakaran ini dulu. Mungkin 20 tahun dulu kepakaran ini mungkin kurang, tak digunakan tapi akan datang next 20 years next 50 years ada kepakaran dia.

So we should not be emotional about this issue. Kita tunggu dulu laporan audit ataupun teknikal dulu dan kemudian kita tengok apa sebab dia. Sekarang ini kita dah 50 tahun merdeka. With all the professors all the universities dan semuanya professional disini. Even pemaju pun professional. Even our staff is professional and everything it must have a green light from every department katakan. Dari segi kita offer plan siapa yang luluskan, PBT juga. Kita punya beaming phase siapa yang luluskan. Pengawal selia dari segi supervision consultant dan juga PBT yang menengokkan. Siapa yang tengokkkan. Sekarang kita ada DCC itu consultant yang luluskan. So pakar-pakar ini yang actually yang menguasai projek kita. Kita pemaju ini hanya mengeluarkan duit macam produser lah sesuatu file ini. Dan kita dipersalahkan kalau filem itu tak bagus kita dipersalahkan. Kita ini macam mistaken identity lah, kita ni pemaju ni.

Perantara : Boleh dikatakan sebagai guinea pig jugaklah ye.

Tuan Haji MuZtaza : Tak tahulah. Kita sebab orang politik salahkan kita ini.

Perantara : Ha itulah dia. Macam-macam cerita sebenarnya. Tapi sebelum kita bersambung ya untuk bicarakan tentang dari segi kecerunan apakah itu kategori kelas ketiga, kelas keempat dan juga banyak lagi yang boleh kita bincangkan dan bicarakan lagi bersama para tetamu kita. Kita akan berehat seketika dan kita kembali selepas ini untuk tajuk kita pada malam ini, “Prestij Mengundang Bencana” jadi talian akan hanya diuar-uarkan sebentar saja lagi tetapi sebelum itu kita saksikan respons daripada orang ramai di Pulau Pinang.

RESPONDEN 1: Kita nampak yang ada di sebelah belakang ini memang telah diluluskan oleh Kerajaan walaupun pemimpin tidak benarkan tetapi pegawai-pegawai tertinggi pihak atasan dah birokrasi, buatlah tugas dengan baik, fasal itulah jadi semua macam ini hari ini. Hal ini semua kena tanggunglah akibatnya, kita takut apa. Dah makan dah, dah kenyang. Rakyat kena tanggunglah. Siapa yang ditimpa bencana, masing-masing tunggulah nanti. Itulah, barulah semua orang puas hati dengan apa yang kita nampak ni. Kalau tidak ikut apa yang pemimpin yang tertinggi cakap, hari ini baru kita nampak bahawa kejadian-kejadian seumpama di Bukit Antarabangsa dan kondominium yang 15 tahun lepas- Highlands Tower tu akan berulanglah. Dekat Penang ni anytime kot, dah prime time dah ni. Harap-harap kalau tak mahu ambil tindakan yang cepat, nak bagi cepat lagi, buat lagi banyak, lagi bagus.

RESPONDEN 2: Saya rasa bersetujulah dengan pendapat tu. Kenapa kita nak sokong benda-benda macam ni sebab kita dah tahu ia akan membawa musibah kepada kita. So saya harap apa yang FOMCA dah cakap tu kita akan beri perhatianlah. Setuju dan wajarlah benda tu.

PERANTARA: Itu dia saudara, respons daripada orang di Pulau Pinang. Ada yang bentuk tu sinis bunyinya, kan tadi tu. Jadi sebelum kita bertanya, kalau di Pulau Pinang sebenarnya projek-projek di lereng bukit telah diberhentikan serta-merta. Kita nak tanya pemaju sebentar nanti. Sebelum kita nak tanya Tuan Haji, kita nak bertanya kepada Dr. dululah. Dari segi prosedur-prosedur yang perlu dilalui sebelum sesuatu projek itu diluluskan.

DR RUSTAM ABBAS: Sebenarnya prosedur itu telah sedia ada dan perlu diikuti dengan terperinci oleh pihak pemohon dan pemaju. Tidak akan ada sesuatu pembangunan akan dibenarkan tanpa ada kebenaran merancang ataupun development order dan untuk mendapatkan kebenaran merancang itu, paling kurang ada 13 agensi teknikal yang perlu dilalui oleh setiap pemaju. Kadang-kadang bila kawasan itu cerunnya lebih atau berisiko tinggi, mungkin lebih dari 13 antaranya termasuk kena melalui kelulusan ataupun sokongan daripada Jabatan Mineral dan Geosains ataupun dapat daripada IKRAM dan sebagainya.

Jadi dari segi proses itu sangat sukar yang perlu dilalui oleh pemaju. Dan apabila suatu keputusan itu dibuat, sebenarnya bukan keputusan dari seorang. Pihak yang boleh meluluskan adalah Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Akta 172, kuasa itu diberikan kepada mereka. Sebenarnya PBT ni macam one stop centre saja. Ia sebagai satu koordinator saja. Ia mengambil segala cadangan-cadangan ataupun komen-komen dari setiap teknikal ini dan kalau ada satu yang tidak bersetuju maka tidak akan dikeluarkan kebenaran merancang.

Pun begitu, sebagai satu Negara yang demokrasi, seorang pemaju itu apabila tidak mendapat kelulusan, dia akan membuat rayuan. Rayuan boleh dibawa kepada peringkat yang lebih tinggi iaitu kepada Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKN). Itu situ boleh diputuskan. Misalnya di kawasan yang agak sensitif contohnya di negeri Selangor. Dulu pernah ada satu Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Sensitif. Tetapi sekarang ini, bulan Mac tahun ini, apa yang berlaku adalah Gred 3 pun telah tak dibenarkan lagi. Dulu Gred 3 dibenarkan dengan syarat-syarat yang sangat ketat yang perlu diikuti oleh pemaju.

Dan sebagai seorang pemaju, kita faham mereka melihat oleh sebab banyak pula demand ataupun permintaan daripada pembeli yang berkehendakkan kepada kedudukan rumah-rumah yang berprestij di tempat yang walaupun berisiko tinggi, mereka terbuka untuk mendapatkan keuntungan daripada permintaan yang begitu tinggi. Jadi ini lumrah. Jadi mereka akan membuat rayuan dan membawa laporan-laporan dari pakar-pakar yang jauh lebih hebat daripada pakar-pakar yang ada di dalam agensi Kerajaan. Jadi apabila kita melihat secara profesional, secara akademik bahawa kaedah-kaedah mitigasi yang diberikan dan dicadangkan oleh pihak konsultan daripada pihak pemaju itu, boleh diterima akal maka kita terpaksa bersetuju untuk menyokong.

PERANTARA: Ya. Tadi Dr. ada menyebut tentang Gred 3. Dari segi klasifikasi ketinggian dan kecerunan itu ada 3, ada 4 , bolehkah Dr. terangkan?

DR RUSTAM ABBAS: Kalau lebih daripada 23o maka itu gred 3 dan kalau 4 lagilah. Itu memang tidak boleh langsung disentuh. Tapi perlu juga saya ingatkan iaitu apa yang berlaku sekarang, apabila kita mohon satu permohonan pada satu kawasan seperti apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa. Yang runtuh itu bukan tanah di mana rumah itu dimaklumkan tetapi di lereng bukit. Kita tidak tahu, siapa empunya tanah itu. Adakah dipelihara oleh Kerajaan ataupun dipunyai oleh individu. Kita tidak tahu. Cerucuk yang dibuat untuk menahan loading kepada sesuatu pemohon itu adalah di tempat di mana ia dibangunkan. Tetapi di tanah bersebelahan itu, apa yang boleh dibuat adalah mungkin pengadang ataupun menerusi kaedah yang lain. Tetapi maintenance ataupun selenggaraan di tanah persendirian, pihak Kerajaan tidak ada kuasa. Apabila ada complaint daripada jiran, pihak Kerajaan PBT boleh mengeluarkan notis kepada empunya tanah. Tetapi kalau tidak diambil tindakan baru PBT boleh ambil tindakan ataupun induksi.

PERANTARA: Ok, Dr. Tuan Haji, itu dari segi teorinya. Jadi secara praktikal daripada pemaju perumahan sendiri melihat akan situasi ini macam mana dari segi prosedur, selalunya pemaju perumahan sentiasa disalahkan. Jadi apakah agaknya prosedur-prosedur ini telah diluluskan dan akhirnya walhal apa masalah berlaku akan dituding kembali kepada pemaju perumahan. Beri respons sikit.

TUAN HAJI MUZTAZA: Dari segi tanggungjawab tu, boleh dikatakan semua pihak bertanggungjawab. Pihak konsultan ada tanggungjawabnya, pihak PBT ada tanggungjawabnya, pihak pemaju pun ada tanggungjawabnya. So, kita kalau boleh semua pihak yang bertanggungjawab tu hendaklah menjalankan tugas masing-masing dengan telus dan amanah. Tetapi saya tengok dari segi Bukit Antarabangsa ini, kos projek pun telah lama siap. So mungkin dari segi penyelenggaraan atau maintenance projek itu mungkin siapa yang menyelenggarakan projek di sekeliling itu. Pada saya mungkin PBT. Adakah PBT ada dia punya human resources, pasaran nya dan sebagainya? Mungkin sekarang ni PBT, ia punya technical department ia untuk monitor macam di Hong Kong dan sebagainya. Sekarang ini kita kurang endah dari segi kaji selidik tanah. Geo Technical Services kata mungkin tak bayar secukup-cukupnya. I think the time now, kita bayar pakar-pakar ni. Kita mesti ada pakar-pakar ni dalam setiap jabatan kita. (...dicelah)

DR RUSTAM ABBAS: (........mencelah). Sorry. Mungkin it’s a time atau tiba masanya pihak Kerajaan untuk membuat satu atau identify satu agensi khas untuk lereng berisiko tinggi. Seperti di Hong Kong tiap-tiap lereng yang berisiko tinggi ini di tagging sama ada dari segi fizikal ataupun dari segi menerusi satelit. Mereka boleh tahu pergerakan di bumi itu boleh di monitor di komputer. Satu perkara lagi di Hong Kong, tanah-tanah yang berisiko tinggi ini telah diambil alih oleh Kerajaan, tidak ada milik persendirian. So mungkin satu kaedah yang saya rasa sebab kita bercakap benda yang akan datang, yang berlaku kita ambil sebagai iktibar. So kita kena cepat untuk mengambil tindakan yang tegas sama ada perlu diambil balik tanah-tanah persendirian di mana mempunyai risiko yang tinggi. Sebab apa yang dibuat oleh IKRAM dan JKR, kebanyakannya tanah-tanah yang milik Kerajaan tetapi tidak pada tanah-tanah persendirian. Kita tidak tahu tanah kosong ni siapa yang punya.

PERANTARA: Ya. Jadi milik individu-individu adalah banyak sebenarnya. Dan sebentar tadi juga Prof. Madya juga ada mengatakan tentang pelan-pelan. Salah satunya adalah mengadakan satu kumpulan pakar dan Dr. pun ada menyatakan tadi, kita ada ramai pakar tetapi masih lagi orang cakap di tempat atau agensi-agensi.

DR RUSTAM ABBAS: Ia adalah pelbagai.

TUAN HAJI MUSTAZA: Pada awal 80an dulu semasa saya bekerja di pemaju dulu sebagai pengawal projek, awal tahun 80an.....(dicelah)

PERANTARA:...(mencelah). Baik sebentar sebelum menjawab soalan itu, kita ada seorang pemanggil di talian sebenarnya. Azlina dari Kuala Lumpur. Helo dan Assalamualaikum.

PEMANGGIL : Waalaikumusalam. Saya nak bertanya sedikit sebelum sesuatu projek perumahan dibuat, biasanya kita di Malaysia ni mempunyai pakar-pakar seperti Profesor Madya Sharifah dan banyak pakar-pakar ni sebenarnya. Tapi kenapa benda-benda ni masih berlaku? Pengalaman kita waktu Highlands Tower itu adalah pengalaman dan tragedi yang sangat menakutkan pada rakyat Malaysia. Tapi benda ni masih lagi berlaku lagi.

Saya rasa Malaysia ni kita menunggu suatu kematian baru ada action dilakukan. Any kematian and then action will be taken. Jadi macam kalau macam ni, kita ada banyak pakar-pakar, saya rasa kalaulah Profesor Sharifah dirujuk dulu mungkin kalau dia kata benda ini tidak boleh dibuat, adakah akan diluluskan juga untuk membuat projek-projek perumahan di tempat-tempat ini? Sepatutnya bangunan-bangunan yang tinggi, di gunung-gunung semua kena panggil orang yang pakar menentukan sama ada boleh atau tidak boleh buat bangunan tersebut. Tadi ada berkata kononnya bila suatu projek itu berjaya tiada siapa yang akan sebut, bila benda itu suatu keburukan, then orang akan kutuk. That happens in every where. Sama juga apa-apa pun misalnya suatu kejayaan, semua orang akan release begitu juga sebaliknya.

PERANTARA: Jadi terima kasih Puan Azlina dan saya pasti Tuan Haji ada respons dan Profesor Madya pun ada respons juga dari pemanggil kita sebentar tadi.

PROFESOR: Saya juga berkesempatan juga kadang-kadang untuk membuat PIA untuk kawasan-kawasan begini. Isunya ialah pakar-pakar ni dia mengeluarkan buku yang daripada laporan yang diluluskan tetapi persoalannya adalah begini, kadang-kadang apa yang kita tulis orang tak mahu ikut. Jadi satu masalah besar yang sering dihadapi oleh pakar-pakar ini di mana bila apa yang kita cadangkan kadang-kadang melibatkan kos. Jadi walaupun ditulis dalam buku katakanlah diberi ketebatan 1, 2 dan 3.

Kadang-kadang dia tak buat jadi pemantauan dari segi membuat apa yang pakar cakap, itu satu isu juga. On paper it’s look good jadi orang lain yang si lesen ni, dia bagilah lesen. Katakan ok, ok, ok. Tapi sebenarnya apa yang diminta dalam buku itu tak dibuat, tak dilaksanakan ataupun dilaksanakan tapi tak betul. Jadi tak habis, kepakaran sumbangan itu berhenti di setengah jalan. Makna tidak dapat nak dilihatkan bahawa cadangan itu dilaksanakan dengan sebaiknya.

PERANTARA: Profesor, ini adalah visual di kawasan Bukit Antrabangsa. Jadi kalau itu adalah kawasannya .

PROFESOR: Yang ini saya nak tunjukkan itu hari masa kita tunjukkan kawasan ini kan, saya masukkan beberapa faktor national physical plan, saya tengok kawasan ini, saya dapati kawasan ini kalau ikut MPP dia ada rank 1, rank 2 dan rank 3. Dan dalam recommendation dalam MPP tadi, didapati bahawa rank 1 dengan rank 2 memang tak boleh buat apa-apa pembangunan di atasnya. Kalau kita peta seluruh kawasan ini, kita boleh tahu apa dia pembangunan yang terletak di kawasan yang di rekomen Kerajaan tak patut membangun. Kawasan yang turun tadi rank 3 iaitu terdiri daripada lebih kurang 150 kaki, mostly lah dan seluk dia kebanyakan melebihi 20o. Itu pun dah kira rank 2 tu. Rank 2 ni meminta pembangunan tidak boleh padat begitu. Mesti ringan sedikitlah. Jadi itu pun saya boleh soal juga tu.

PERANTARA : Bila kita melihat ini, bila mendapat kelulusan daripada agensi-agensi atau kuasa-kuasa tertentu, adakah pihak pemaju mengambil peduli akan report-report yang telah diberikan ini.

DR RUSTAM ABBAS : Kita terpaksa akur report-report itu. Because yang menandatangani dan sign itu semua itu, pihak consultant dan PBT. Jika dia kata projek itu tidak mendapat green light, kita tidak buat dan sebagainya. So, itu terpulang kepada consultant, dia punya confident, dia punya report dan pihak PBT kalau 20 tahun dulu, awal tahun 80 an dan sebagainya, mungkin dia tiada engineer dan pakar juga lah. Majlis Daerah dulu pun kita tiada engineer pun. Dia depends 100% dengan consultant, jurutera awam dan dulu pun juruteknikal services pun mungkin tidak dititiberatkan. Ini dulu, mungkin sekarang ini lain sikit. So, masa sekarang ini baik kita fikir apa nak buat akan datang. Kalau boleh kita mesti ada pakar-pakar di setiap Jabatan, kita mesti ada bajet dia. Jangan kata tidak ada bajet, apabila ini berlaku pemaju dituduhkan. Itu perkara yang saya tengok, tak berapa mature of thinking tu tidak ada, orang katalah. Kita kena faham dulu prosedur dia, kita melalui banyak proses untuk menjadi seorang pemaju ini memanglah liku-liku dia itu, proses dia, prosedur dia memang ketat betul.

PERANTARA: Selalu mengambil masa tempoh berapa lama?

DR RUSTAM ABBAS: Kita terpulanglah kepada consultant, pihak PBT dan sebagainya kalau semua lengkap, cepatlah. Masalahnya pihak PBT atau pihak agensi kerajaan pun dia kena share information dengan kita, bila kita minta apa-apa dengan kerajaan dia kena bagi semua. Bagaimana, apa berlaku sekitar kita. So, kita nak wider picture sekarang ini, kalau kita tengok projek kita sahaja tidak mencukupi. We need the bigger picture actually.

PERANTARA: Ya, jadi sebelum kita bersama dengan tetamu kita seterusnya, untuk meneruskan dan memanjangkan ulas bicara kita tentang topic kita ini kita berehat seketika dan kembali selepas ini.

IKLAN

PERANTARA: Tajuk kita Prestij Mengundang Bencana. Kita mengharapkan anda juga melontarkan pandangan anda tentang topic kita pada malam ini. Caranya, 03-2282 8578 atau 03-2282 8579. Saya baru buka talian ada dua pemanggil ini. Hello, Assalammualaikum. Teruskan.

PEMANGGIL 1: Waalaikum salam. Saya Mazlan dari Pantai Ria, Pantai Dalam. Rumah tinggi ni. Saya harap ni, kalau boleh penguasa-penguasa yang dilantik oleh kerajaan, rumah-rumah flat-flat pun nak kena pantau la juga. Manalah kita tahu, Highland Tower atas bukit. Semua flat banyak di Pantai Dalam ni, ada yang retak ada yang tak retak takut tersungkur menyembah bumi. Lagi satu, lebuh raya kita berbukit-bukit takut nanti bas ekspress lalu tersungkur masuk dalam gaung, masalah jugak tu. Saya harap pemantau-pemantau yang dilantik kerajaan kena buat kerja lebih sikit sebab apa tanah kita ni tak menentu dengan cuaca kita. Terima Kasih.

PEMANGGIL 2: Saya Abdullah Osman dari Seremban. Saya bersetuju dengan pandangan tadi. Bahawa kita perlukan Geologist atau Ahli Geosains perlu diambil bekerja di PBT selain Jurutera Awam, Arkitek dan Perancang Bandar. Jadi, lagi satu, adakah kerana terlalu padat dengan bangunan dan taman perumahan di lerang bukit menjadi salah satu faktor atau adakah disebabkan bukit itu terlalu ditarah menjadi penyebabnya? Masalah lagi satu, apabila pihak penduduk membuat pengaduan tidak diambil perhatian sewajarnya oleh PBT, ini yang menjadi masalahnya yang sebenarnya. Kadang-kadang benda ni diorang ambil ringan sahaja perkara ini seperti aduan penduduk Bukit Antarabangsa baru-baru ini. Lagi satu, ada pemaju rumah sekarang ni, taman-taman perumahan sekarang ini mudah retak ya. Apa sebenarnya ya?

PERANTARA: Baik, En Abdullah. Kita boleh jawab dulu persoalaan dari Encik Mazlan. Dari segi pemantauan, kalau dulu ada dinyatakan 3 bulan sekali, kalau sekarang ini, sebulan sekali . jadi, sejauh mana tempoh masa yang diperlukan untuk mendapatkan pemantauan-pemantauan terkini ini?

TUAN HAJI MUZTAZA: Dari segi pemantauan ini kita klasifikasikan kepada jenis-jenis hartanah tersebut. Kalau hartanah tersebut mempunyai risiko tinggi, mungkin kekerapan pemantauan itu perlu dibuat. Kalau perlu mungkin dua minggu sekali atau sebulan sekali tapi kalau kawasan itu mungkin kita lihat tidak berisiko tinggi mungkin tiga bulan sekali. Dari segi pemantauan kita harus juga lihat keupayaan pihak pemantau. Misalnya Majlis Perbandaran Ampang Jaya keluasannya adalah 145 ribu batu persegi. Dari segi bangunan dan rumah-rumah beribu-ribu. Sedangkan kalau kita lihat Jabatan Kejuruteraan misalnya hanya seorang Jurutera dan mungkin Technician mungkin 10 orang begitu. Jadi, tetapi itu tidak dikatakan mereka boleh tidak membuat kerja dengan baik.

Pada pendapat saya mereka telah melaksanakan kerja mereka dengan baik dengan apa yang ada, resources dan sumber-sumber yang ada pada mereka. Disitulah penduduk-penduduk kita sebagai rakyat perlu membantu pihak-pihak kerajaan. Kalau PBT sebenarnya pihak kerajaan ketiga , kerajaan tempatan. Kalau sayalah misalannya, kalau saya tinggal di tempat risiko tinggi, saya buat aduan sekali, dua kali tidak diendah sedangkan apa yang saya adukan ini mungkin membawa bahaya kepada anak-anak dan isteri saya. Saya tidak akan berhenti di situ. Seharusnya, penduduk di situ harus lebih persistent kena lebih terus pergi kepada peringkat-peringkat yang boleh mereka pergi kalau benda itu merbahayakan diri mereka atau keluarga mereka sendiri. Di situlah akan mengubah cara pendekatan perspektif kita bekerja. Kalau ada semangat yang begitu.

PERANTARA: Jadi, sebelum itu berkenaan dengan pemanggil kita, Abdullah Osman berkata adakah pembangunan di lereng bukit yang begitu banyak dan padat menyebabkan tanah runtuh ini berlaku. Tapi sebelum itu kita mintalah Tuan Haji kita , pemaju kita tentang Abdullah Osman juga berkata retak yang kalau kita nampak di rumah bila kita lihat retak itu berlaku adakah itu satu petanda yang tidak baik untuk akan berlaku risiko-risiko yang lain?

TUAN HAJI MUZTAZA: Ini retak ada macam-macam retak. Satu, dipanggil line crack, satu lagi structural crack. Saya bukanlah seorang jurutera untuk memberi laporan teknikal. Selagi amnya kita kena rujuk kepada jurutera, kalau kita fikir crack itu besar dan sebagainya elok tulis surat kepada arkitek atau pemaju rumah dan kita akan meneliti due to condition ke atau workmanship ker sebagainya. Kalau segi workmanship mungkin tiada banyak masalahlah. Kita boleh identified lah. Sekarang ni pun pembeli boleh rujuk kepada tribunal. Home tribunal dan sebagainya untuk mendapat pampasan dan sebagainya. Tapi kalau ada structural crack dan sebagainya itu mungkin masalah serius dan pihak pembeli ini kena participate lah. Kita ada prosedur-prosedur menulis surat kepada pemaju, cc kepada Arkitek dan Jurutera dan PBT dan sebagainya dan wakil rakyat pun juga. Boleh juga lah dan sebagainya. Kalau boleh form satu action group dan kita akan tengok dan meneliti. Saya percaya semua pemaju ni berlesen dan mereka professional dan bertanggungjawab. Kita ada lebih kurang 2000 hingga 3000 pemaju dan mungkin kalau ada 1 atau 2 yang black sheep la. Tapi kebanyakkan bertanggungjawab dan berlesen. Dan pembeli juga boleh adu kepada KPKT atau Malaysia of Housing dan sebagainya. Kita banyak saluran, surat khabar pun boleh, radio pun boleh.

PERANTARA: Ya, banyak boleh. Ada saluran untuk memberi respon. Kita berbalik kepada Prof, berdasarkan kepada Encik Abdullah Osman mengatakan adakah pembangunan di lereng bukit yang padat ini menyebabkan keruntuhan ini berlaku?

PROFESOR: Saya nak bangkitkan tentang kawasan yang dikatakan kawasan sensitive. Semua orang menggunakan perkataan kawasan ini kawasan sensitive, environmentally sensitive area. Why we call that? Mesti ada sebab kan. Kita panggil sensitive memanglah sensitive , dia tak boleh pikul, dia tak kuat, dia tak boleh memikul yang berat-berat. Maknanya alam sekitar disini, mudah runtuh, mudah terhakis, mudah sakit, bila dia rosak susah nak dipulihkan. Jadi banyak sangat constraint dia, dia tak kuat nak pikul jadi, tak kuat nak bangunkan kawasan yang padat tu. Itu yang maksudnya sensitive. Jadi, apa sahaja pembangunan di atas itu mesti bersesuaian dengan keadaan dia yang sensitive. Jadi, ini I think basic yang orang mesti faham. Jadi, tak boleh kawasan yang sensitive kita sogokkan dengan pembangunan yang berat dia tak boleh pikul, bila tak boleh pikul dia runtuh, kita pulak nak marah dengan alam sekitar macamana? Itu basic yang semua orang kena faham. Semua orang sebut sensitive itu, dia tak tahan tak kuat.

TUAN HAJI MUZTAZA: Kawasan sensitive ini adalah kawasan yang kebarangkalian untuk menjadi malapetaka atau risiko lebih tinggi daripada kawasan yang kurang sensitive. Jadi, kalau kita sensitive kepada keluarga kita, kita jauhkan daripada kawasan-kawasan begini. Sebab kebarangkalian untuk berlaku itu jauh lebih tinggi daripada kawasan-kawasan yang tidak sensitive dan lebih selamat. Jadi, disitu pada saya, jangka panjang kita boleh mengatasi masalah-masalah ini.

PERANTARA: Jadi kalau kita lihat saudara ya, di mana telah dilaporkan bahawa tempat di kawasan Bukit Antarabangsa, tempat tragedi berlaku, telah dilaporkan penduduk-penduduk di situ harus berpindah dari rumah mereka. Ada juga yang berdegil dan dilaporkan mereka sanggup sign surat mati kerana tidak mahu berpindah. Sebagai pakar ya, bagaimana apa nasihat yang boleh kita berikan kepada mereka?

DR RUSTAM ABBAS: Saya rasa kalau pendirian macam itu seolah-olah kita hendak berkompromi dengan orang gila. Kita suruh makan ubat dia tak nak makan ubat, walhal sakit kena makan ubat. Jadi, doktor kena ambil tindakan cucuk sahaja.
PERANTARA: Ada yang marah Dr.

DR RUSTAM ABBAS: Ini kita bercakap soal keselamatan. Walaupun nyawa kita tetapi kita tidak ada kuasa ke atas nyawa kita. Saya nak bunuh diri, tidak boleh. Kita dalam satu masyarakat yang bertamadun dan kita perlu menghormati bahawa keselamatan nyawa itu adalah yang paling tinggi yang paling utama. Jadi, dengarlah nasihat mereka yang bertanggungjawab yang telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab ini, pindah lah ke kawasan selamat.

PERANTARA: Tuan Haji, di kawasan lereng bukit ini dikatakan dikategorikan prestij, mengapa agaknya? Nak tahu sahaja kenapa misalnya, ramai telah disarankan untuk berpindah dari kawasan elit ini, lereng-lereng bukit, secara ringkasnya kita nak minta respon, adakah ia dikategorikan sebagai kawasan berprestij?

TUAN HAJI MUZTAZA: Mungkin branding je lah. Orang Asli pun duduk atas bukit jugak. Tapi sebab branding Canny Hill Bukit Tunku, branding Bukit Damansara. Dari segi branding tu jelah.

DR RUSTAM ABBAS: Pada saya, mereka ini terperangkap dengan kata-kata pemasaran, gimik-gimik pemasaran. Jadi, seluruh masyarakat sebenarnya kalau tanya, Hani misalnya, ada pilihan mesti nak tempat tinggal di Canny Hill, mungkin di Bukit Tunku. Nak address cantik lah. Tapi kena lihat apa juga keputusan yang kita kena buat akan ada dia punya implikasi. Implikasinya ialah adakah risikonya tinggi atau rendah, kebarangkalian untuk menjadi tragedinya tinggi atau tragedinya rendah. Tepuk dada tanya selera.

PERANTARA: Saya pasti dengan tiga panel kita telah bersetuju dengan apa yang telah disimpulkan oleh Dr sebentar tadi dan tepuk dada tanya seleralah. Jadi kita ucapkan terima kasih kepada Dr Rustam Abbas, Perancang Bandar Bertauliah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Universiti Teknolgi Mara. Profesor Madya Sharifah Masturah Syed Abdullah, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Ketua Penyelidik Pusat Pencerapan Bumi, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Tuan Haji Mustaza Haji Muhammad, Bendahari Kehormat Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REDHA Malaysia) Terima Kasih diucapkan Insya Allah, kalau boleh kita panjangkan untuk bicarakan hal ini. Apa yang penting di sini ialah tepuk dada tanya selera jika anda fikirkan kawasan itu berbahaya, kita mintalah berpindah seperti yang disuruh pihak berwajib. Kita jumpa lagi, terima kasih. Assalammualaikum dan Salam Muhibah.Terima Kasih dan Selamat Malam.

Lagi Punca Kematian...





































ini satu lagi punca kematian


kekejaman Israel


kubur II


TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

kubur


MAYAT BANGUN DARI KUBUR

Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya.
Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya. "Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata : "Silakan pilih mayat sekehendakmu," jawabnya."Cuba hidupkan Sam dan Nuh," kata mereka.
Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal it bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan rambutnya sudah memutih.Begitu melihat keduanya hidup kembali, Isa bertanya, "Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu,". Keduanya lalu menjawab bahawa mendengar panggilan Isa, ia mengira hari kiamat sudah tiba. "Berapa lama kau sudah meninggal?" tanya Isa. "Empat ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku." Jawabnya.
Melihat mukjizat Allah, berimanlah semula orang-orang yang kafir itu.

Sabtu, 24 Januari 2009

Strategi Syaitan menjerumuskan manusia

Strategi Syaitan Menjerumuskan Manusia
Sebelum kita mengetahui strategi setan menjerumuskan manusia, ada baiknya terlebih dahulu mengetahui Visi dan Misi syaitan.Visi syaitan adalah memperbudak manusia dan Misi syaitan mengkondisikan manusia lupa kepada Alah SWT.Adapun strategi syaitan untuk mewujudkan visi dan misinya adalah sbb :
1. Was-was artinya membisikkan keraguan pada manusia ketika melakukan kebaikan atau amal sholeh. Saat kumandang azan subuh dan tubuh kita masih dililit selimut, terbersit dalam pikiran kita, "Nanti lima minit lagi". Ini adalah was-was. Kenyataannya bukan lima minit tapi satu jam, akhirnya Solat Subuh terlambat bahkan tidak sholat.
2. TazyinTazyin artinya membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. Segala yang berbau maksiat biasanya terlihat indah, Misalnya, mengapa orang yang berpacaran lebih mesra daripada suami-istri? Jalan-jalan saat pacaran lebih mengesankan daripada setelah menikah. Ini karena ada unsur tazyin. Pacaran itu maksiat, sementara nikah itu ibadah. Maksiat disulap oleh syaitan sehingga terasa lebih indah, nikmat dan mengesankan. Inilah yang disebut strategi tazyin.
3.TamanniTamanni artinya memperdaya manusia dengan khayalan dan angan-angan. Pernahkan terbit niat akan Solat Tahajjud saat merebahkan badan di tempat tidur? Namun pada jam tiga saat berbunyi, kita cepat-cepat mematikannya lalu meneruskan tidur.Pernahkan kita ingin bertaubat? Namun pada sat maksiat ada di depan mata, kita tetap saja melakukannya. Ironisnya ini berlangsung berkali-kali. Inilah yang disebut strategi tamanni.
4. A'dawahA'dawah artinya berusaha menanamkan permusuhan. Syaitan berikhtiar menumbuhkan permusuhan di antara manusia. Biasanya permusuhan berawal dari prasangka buruk. Supaya manusia bermusuhan, syaitan biasanya menumbuhkan prasangka buruk.Karena itu waspada kalau kita berprasangka buruk pada orang lain, sesungguhnya kita telah terperangkap strategi syaitan.
5. TakwifTakwif artinya menakut-nakuti. Pernahkah merasa takut miskin karena menginfakkan sebagian harta, takut disebut sok alim karena datang ke majlis taklim? Kalau kita pernah merasakannya, inilah strategi takhwif.
6. ShaddunShaddun artinya berusaha menghalang-halangi manusia menjalankan perintah Allah dengan menggunakan berbagai hambatan. Pernahkah anda merasa malas saat mau melakukan solat, atau mengantuk saat membaca AlQur'an meskipun sudah cukup tidur? Ini adalah gejala shaddun dari syaitan.
7. Wa'dunWa'dun artinya janji palsu. Syaitan berusaha membujuk manusia agar mau mengikutinya dengan memberikan janji-janji yang menggiurkan. Akhirnya manusia mempercayainya. Misalnya, banyak kasus seorang wanita menyerahkan dirinya pada sang pacar karena dijanjikan akan dinikahi, namun setelah hamil sang pacar meninggalkannya begutu saja. Dia tidak mau bertanggung jawab. Inilah contoh wa'dun atau janji palsu dari syaitan.
8. KaidunKaidun artinya tipu daya. Syaitan berusaha sekuat tenaga memasang sejumlah perangkap agar manusia terjebak. Pernahkah saat diberi tugas, kita berpikir nanti saja mengerjakannya krn waktu masih lama? Ternyata setelah dekat waktunya kita mengerjakan asal-asalan dan tergesa-gesa sehingga hasilnya tidak optimal atau ada kemunginan pada waktu yang ditentukan pekerjaan tidak selesai. Strategi ini disebut kaidun.
9. NisyanNisyan artinya lupa. Sesungguhnya lupa itu adalah hal yang manusiawi. Lupa memang sesuatu hal yang manusiawi, tetapi syaitan berusaha agar manusia menjadikan lupa sebagai alasan untuk menutupi tanggung jawab. Pernahkan kita lupa menunaikan janji? lupa solat? Kalau sesekali itu bisa disebut manusiawi, tetapi kalau sering dilakukan berarti terjebak strategi nisyan.Demikian ringkasan tentang strategi syaitan. Semoga kita dapat mencermati dan berusaha agar tidak terjebak strategi syaitan laknatullah (syaitan yang dilaknat Allah)

Harimau,tikus dan buaya

Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... Jeng!Jeng!Jeng!... bunyi....AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah ja tuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba ALLAH tu bergayut.Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus.Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya.Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ... bunyi lebah bawa madu. Si hamba ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba ALLAH ni tadi. Pun yalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu kata, "Fuh manisnya madu ni, tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah. Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir yg menanti ki ta di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sen tiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada ALLAH. Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.ASTAGHFIRULLAH...1 minit untuk mengingati Allah
Step 1:Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:*SUBHANALLAH*ALHAMDULILLAH*LAA I LAHA ILLALLAH*ALLAHU AKBAR*ASTAGHFIRULLAH*LAA ILAH ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH *ALLAHUMMA SALLY WA SALLIMWABAA-RIK A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD WA A'A-LIHI WA SAHBIHI AJMA-IIN
Step 2:Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,perkataan demi perkataan

Result 1:Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati,berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.
Result 2:Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.
Result 3:Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya adala kengkawan yang mendoakan kesejahteraan untuk kita dan di AMIN oleh para Malaikat, INSYALLAH Oleh itu....................duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan ALLAH dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang diredhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di beri nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita kerjakan. Wasalam